Friday, July 1, 2011

Korang Nak Stay Ke Atau Angkat Kaki??

Assalamualaikum.

Banyak sangat idea dalam kepala ni dengan bermacam cerita, kalau korang perasan, hari-hari aku update blog. Ye la tengah semangat la katakan. Cer kalau idea tu tak datang-datang, berhabuk blog. 

Kalau korang berada di situasi sebegini di tempat kerja, korang nak stay atau angkat kaki?


Diganggu oleh staff lelaki yang suka bebenor nak menggatal tak tentu pasal secara fizikal atau nak lebih tepat lagi dalam bahasa omputihnya ialah sexual harrasment. Kadang-kadang yang peliknya, niat dorang ni konon-konon nak bergurau je, nak kaco-kaco staff wanita especially yang masih bujang, macam dah takde keje lain je nak dibuat, nak-nak lagi kalau pompuan tu sikit punya cun melecun. Salah tu. Dan tindakan macam ni boleh di bawa ke pihak berkuasa. Ada masa-masanya yang kita tak boleh buat perkara tu sebagai gurauan. Sensitif. Tapi yang memburukkan lagi keadaan apabila big boss sendiri yang dah join this group. Masak beb. Nak layan ke tak? Kalau bujang lagi ok la. Peluang keemasan ni. Tapi kalau yang perut ke depan, tinggi 153cm je,  rambut agak jaghang-jaghang, anak-anak dah siap boleh buat 1 team bola, korang mau ka? Jangan jadi desperate woman. Unless kalau dah itu memang jodoh korang. Itu kes lain. Kes macam ni memang banyak terjadi kat merata tempat. Especially tempat-tempat public. Aku sendiri pun pernah kene. Rasa nak debik je mamat tu.



Selalu dibuli oleh pihak atasan. Part ni yang paling menyakitkan hati. Mana tidaknya, sometimes keje yang sedia ada pun tak terkejar, lagi mau tambah beban yang sedia ada. Paling sadis siap bagi dateline lagi. Hari ni bagi lusa dah minta. Padahal keje yang dia bagi, sikit punya banyak tak hengat dunia. Kalau kita expert takpe, kalau tak expert? Entah sapa-sapa punya keje la yang dia bagi kat kita. Main belasah je. Dah la terkial-kial nak siapkan keje, siap kene gasak dengan pihak atasan lagi sebab keje tak siap-siap. Apa ingat kita robot ke?  Dah submit, ada je yang tak kena. Haihhhh bos ni memang nak kena debik ke? Cewahhhh. Dalam hati boleh la kita cakap macam ni kan? Realitinya? Haram korang nak cakap. Tapi bila tengok pihak atasan relaks je siap boleh main game lagi, aku rasa tindakan yang wajar untuk orang atasan macam ni, memang debik sebijik je la jawabnya. Opssss terlebih sudah. Korang jangan buat. Aku cakap je. Bila stress keje bawa ke rumah, kita nak berehat kat rumah pun dah ikut sama stress. Kalau hari-hari macam ni, korang nak stay ke angkat kaki?




Ofismate ada hobi pok pek pok pek je keje dia. Suka mengata orang sana sini. Bayangkan, tengah korang sibuk nak siapkan keje, dia datang semata-mata nak cakap benda merapu. Buat tambah dosa je. Ye la, cepat korang setelkan keje, maka boleh la balik rumah on time kan. Balik lambat kalau bayar OT takpe la, kalau tak bayar? Nganga je la jawabnya. Aku percaya mesti ada golongan-golongan seperti ini kat ofis korang. Ada tu siap bergaduh lagi bila wujudnya pihak ketiga yang suka menyampai. Bila dah jadi macam ni, maka mula la adegan perang mulut sesame sendiri dan seterusnya suasana untuk bekerja pun dah semakin menurun. Motivasi untuk bekerja dah hilang.



Ada someone kat tempat keje memang minat gile dengan korang. Gila-gila punya minat. Fanatik la katakan. Dan paling best sekali bila yang minat kat korang tu ialah bos korang yang hensem dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Apa je yang korang nak dia mesti bagi. Tak best ke bila ada orang yang sentiasa layan korang macam raja/permaisuri. Syok wooo. Tapi janganlah berlebihan. Boleh mendatangkan rimas pada mereka yang tak suka terlalu diberi perhatian. Tapi, bila korang tolak cinta dia, haaa ape lagi, macam-macam yang dia buat. Antaranya, tak bagi keja langsung. Wah bestnya kan. Makan gaji buta je la jawabnya. Ataupun pi canang satu ofis yang korang ni la manusia paling teruk kat dunia. Takpun, paling sadis sekali bila dia putuskan line internet kat tempat korang. Ha kalau dah sampai ke tahap ni la kan, korang nak stay lagi ke tau angkat kaki?


Actually, aku bangkitkan entry ni sebab ada antara kejadian-kejadian kat atas ni telah terjadi pada adik pompuan aku sendiri sekarang ni. Kesian. Now adik aku pun dah berhenti dan menternak lemak kat rumah sambil-sambil mencari peluang kerja kat tempat lain. Yang menjadi persoalannya, lelaki yang dok tergila-gilakan adik aku ni adalah SUAMI ORANG dan juga BAPAK ORANG. Nak tanggung bini sekarang pun entah lepas entah tak, dok sibuk nak menggatal tambah cawangan. Bila lamarannya tak diterima, adik aku yang jadi mangsa. Tapi takpe sebab rezeki Tuhan di muka bumi ni luas. Allah S.W.T sentiasa bersama orang yang teraniaya. Adakah korang juga salah sorang yang menjadi mangsa keadaan seperti diatas? Kalau ya, maka banyakkan lah bersabar. Kerana kita semua tidak selalunya bertuah dan kadangkala apa yang kita kehendaki itu la yang susah untuk dimiliki. Tapi bila dah dapat, jadilah orang yang paling bersyukur.

15 comments:

  1. gile laaa.....dasat gile la means lelaki tua tu kacau ur sister.berenti keje sampai.huhu.

    ReplyDelete
  2. dear..tak la..mamat tu muda lagi..muda setahun dari my sis..engineer je pun, tu pn br naik pangkat..sebelum ni asst.engineer..tp yela keje dah lama kan. so orang2 jepun kat situ mmg percaya kat dia

    my sis tak penah menangis sbb benda2 mcm ni. this is the 1st time dia menangis. so i can imagine la betapa sedihnya dia dianiaya mcm ni

    no line internet, even pc pn dh xde. dia buat bodo je. paling sedih mamat tu canang cerita buruk satu kilang. tp geng2 my sis mmg tau mamat tu penipu.

    ReplyDelete
  3. kalau lisa pun xsuke..sangat annoying kan..:)

    ReplyDelete
  4. annoying sangat lisa. kalau dah takde line internet tetibe, then pc pun dia ambik. apa maknanya tu?

    ReplyDelete
  5. angkat penumbuk blh ke? confirm angkat kaki.

    ReplyDelete
  6. mona. angkat kaki je
    angkat penumbuk tu bahaya =)

    ReplyDelete
  7. Bila stress tu di bawa ke rumah mmg dah sumthing wrong. Bo baru2 ni resign dr kerja sbb stress melampau terbawa2 ke rumah. Kerja boleh di cari (walaupun sedikit susah lah kadang2). Yg penting kita & org sekeliling kita happy.

    http://boisanerd.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. banyak2 la bersabar...bab2 kerja ni..niat tu penting..jadi anggap anasir2 yg kacau tu macam cabaran untuk kehidupan kita...tanpa mereka pun kita susah jgk kan? :)

    http://mat-jungle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. fitrah kumbang mencari bunga... hihihi.. tapi bunga kan punya duri.. kasi cucuk sikit boleh ? err... aku cakap apa nih ??

    ReplyDelete
  10. kena report tu. kang ramai yg kena cenggitu lagi. eeee...geramnya org2 cenggitu tu. huh!

    ReplyDelete
  11. kalau angkat tangan penampar orang tu boleh?hehe
    bagus la tindakan adik awk..
    tak tenang kalau ade org dok ganggu ni..

    ReplyDelete
  12. tahnye,.laki ni kdg gurau lebih2..grm je nk tumbuk !..huuuh

    ReplyDelete
  13. "gaji staff aku dah bayar, nnt xgune rugi plk duit" kate bos tu :P

    ReplyDelete
  14. mesti adik tuan tanah byk ada penariknya kan..tu yg ada org berminat..

    ReplyDelete