Saturday, January 22, 2011

Aku Termalu Sendiri

pernah tak korang rasa termalu sendiri? macam mana keadaan yang buat korang rasa malu?


 aku nak cite pasal keadaan yang buat aku termalu sendiri..malu bila aku cakap dengan salah orang..bukan orang yang salah tau..tapi salah orang..

kejadian berlaku kat kinokuniya @ KLCC jumaat lepas..aku dengan 3 orang ofismate yang lain masuk bookstore nak survey buku yang menarik untuk dibaca..masuk je dalam bookstore tu, bos aku pulak sms tanya macam2 pasal keje..tanya itu ini sampai nak pandang kiri kanan pun tak sempat..

nak dijadikan cerita, aku berhenti kat satu area yang penuh dengan buku berunsur Islamik..sambil belek buku tu aku reply sms bos aku..tibe2 datang la satu hamba Allah ni belek buku yang sama..dengan mata yang khusyuk reply sms dan dengan hanya berpandukan ekor mata, aku assume yang sebelah aku ni akak ofismate aku..so dengan konfidennya aku cakap "eh tebalnya buku ni kan..bila la nak habis baca"..yang menjadi persoalannya dia pun boleh balas pertanyaan aku "aah la tebal betul kan buku ni"..dah lagak macam kenal lama jee..

then aku dongak kepala, aku nampak 2 orang ofismate aku dah tahan2 gelak..oh adakah????


AKU SALAH TEGUR ORANG!!!!!

eeee...malunyaaa la aku..tak tau nak letak mana muka ni..kalau la boleh disorok dalam poket seluar..memang aku dah buat dah..lepas tu aku terus pandang pompuan sebelah aku..dia pun senyum je bila tau yang aku tegur salah orang..rasa macam nak pecut lari balik ofis time tu juga..nasib baik aku terus maintain buat muka selambe..tapi dalam hati tuhan je tau betapa malunya aku dengan kejadian tu..


Kesimpulan : tak kira betapa sibuk pun kita dengan keje..jangan la sampai tak pandang kiri kanan

Thursday, January 20, 2011

Popeyes Chicken & Biscuits

Location : Popeyes Chicken & Biscuits Restaurant @ Jln Yap Kwan Seng
Time : Lunch Hour @ 1.00Pm - 2.00 PM


1st time try makan kat popeyes during lunch hour..10min walking from our office..service dia lebih kurang macam KFC and McD juga la..tapi pada aku ayam dia memang sedap..walaupun tak la sehebat rasa ayam KFC ni sebab ayam goreng popeyes lebih pada rasa ayam goreng kat kedai2 makan + resipi KFC


we all order satu set yang ada 8 ketul ayam..so cukup 2 ketul sorang satu..sooo yummyyyyy

sebelum makan sempat lagi tu nak posing...tapi sorang ofismate tak masuk dalam gamba sebab sibuk cari sos cili..ngeeee
ayam goreng...sedap sangat
kentang plak..pon sedap
biskut..lembut dan sedap
pendek kata semua sedap la dan berbaloi-baloi


kruuppp kraappp kruuppp kraappp..sedar tak sedar sejam lebih lepak kat popeyes ni..sepantas kilat menghayunkan kaki balik ofis..next time nak lepak sini lagi..