Friday, July 29, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Assalamualaikum.

Seperti korang semua ketahui, semalam merupakan hari bersejarah bagi kita semua rakyat Malaysia dimana ia merupakan penentu menang atau kalahnya pasukan Harimau Malaya ke pusingan seterusnya. Untuk ke sekian kalinya, dah lama aku tak bersemangat macam ni menanti pasukan kita beraksi. Selalunya tengok bola tempatan ni, acuh tak acuh je. Ye la aura takde lagi masa tu. 



Lebih kurang dekat-dekat pukul 9 malam, aku dah tercongok depan TV. Ye aku memang bersemangat, tapi dengan keadaan aku sekarang ni, selepas memikirkan keselamatan aku dan juga baby dalam perut, lebih baik aku hanya bersorak depan TV je. Pada korang yang berkesempatan merasakan aura dalam stadium, tahniah juga la pada korang. Mesti best kan.



45 minit berlalu, aiseh Malaysia tak dapat sebarang gol ni. Hati dah mula risau. Hati juga mula berkata-kata, mampukah pasukan Harimau Malaya berjaya membawa Malaysia ke peringkat seterusnya. Tetibe je aku hilang konfiden plak dengan pemain Harimau Malaya. Sori abang-abang tiger, saya rasa yang korang macam takde semangat je nak main. Kami penyokong ni plak yang terlebih semangat. Hangpa semua gugup ka berdepan dengan player dari Singapore tu? Jawab jangan tak jawab.

Ok masuk separuh masa kedua, aku berdoa dengan penuh harapan semoga pasukan tiger lebih bersemangat untuk mendapatkan gol. Minit ke 58 kalau tak silap, macam tak percaya je penyerang berbisa kita, Safee Sali meledakkan gol yang pertama buat Malaysia.

Cayalah Safee, anda memang hebat dan anda memang layak untuk senyum sebegitu rupa ^_^

Hati berbunga riang tatkala kita mendahului 1 gol dengan Singapore. Tapi apakan daya, bunga-bunga riang tak bertahan lama bila player Singapore ni dengan pantas menyamakan kedudukan. Owhhhh masa tu aku rasa macam nak tutup je TV, naik atas tido lagi baik. Tapi takpe, atas sokongan dan semangat yang masih ada dalam diri aku, aku masih setia berada di depan TV sehingga babak terakhir. Masa ni nak makan nak minum memang tak lalu la. Sebab kalau Malaysia kalah, aduhaiiiii robek hati ini. Mana tidaknya, bukan senang nak dapat aura sebegini rupa. 

Tettttttttt, kedengaran wisel penamat. Dengan ini juga bermakna Malaysia vs Singapore seri 1-1. Yang buat aku sedih bukan apa. Kalau kita kalah di tempat lawan, macam-macam alasan yang diberikan masih boleh diterima. Tapi seri ditempat sendiri? Dengan puluhan ribu penyokong sekeliling stadium? Apa lagi mau? Memang patutlah player Singapore ni semua berlagak konfiden dorang boleh menang. Takde rezeki kita malam semalam. Try lagi next time. Apa pun aku tetap bangga dengan Harimau Malaya sebab sampai ke pusingan ke-2. Go go chaiyokkk Harimau Malaya.

Masih dalam mood kesedihan atas kekalahan Harimau Malaya.


Notakaki : tamat perlawanan Malaysia vs Singapore, penuh kat wall FB kengkawan meluahkan perasaan sedih atas kekalahan Harimau Malaya.