Friday, April 22, 2011

Tudung Nikah

Hari ni aku nak cerita mengenai tudung nikah. Aku tak nak sentuh langsung pasal baju masa aku sanding sebab orang kat butik tu dah janji yang dorang akan provide aku lengkap dari atas kepala sampai ke kaki. Confirm aku meletoppssss mengalahkan artis (ini akak kat butik tu cakap kat aku tau bukan aku saja nak sesuka riak, karang korang tengok takdelah cantik mana pun baju sanding aku, aku juga yang malu)

Berbalik pasal niat asal aku nak bercerita mengenai tudung nikah, masa majlis nikah ni nanti semua kelengkapan aku kene sediakan sendiri kecuali make up la. Aku akui yang aku ni jarang make up dan kalau make up pun memang hancur la. Takut nanti masa nikah kalau aku make up nampak serupa macam pelakon opera cina. 

Apa jenis tudung yang aku nak cari?



Yang ni cantik juga. Simple dan tak la nampak serabut dengan dipenuhi manik-manik 




Yang ni pun lawa tapi ada awning, aku tak berapa selesa dengan tudung awning tapi tak salah untuk aku mencuba



Yang ni pun cantik cuma aku tak penah lagi cuba jenis anak tudung macam ni, tak tau la sesuai ke tak tapi bila tengok orang lain pakai molek terletak je muka dorang



Aku paling suka yang ni. Cantik dan tak la meriah sangat dengan manik. Orang kata kalau nak cari anak tudung macam ni pegi Jalan TAR atau pun Semua House.

Apa pun tengok la nanti tudung apa yang aku decide nak beli. Kalau boleh nak yang simple, cantik tapi harga berpatutan (semua orang pun nak macam ni juga kan cik bubble). Bermula dari minggu ni, setiap hujung minggu aktiviti aku hanya akan dipenuhi dengan persiapan majlis perkahwinan aku je. Dan alhamdulillah sepanjang 2 bulan ni aku memang takde kelas, boleh la betul-betul fokus dengan persiapan je.


Notakaki : Semua gambar sekadar gambar hiasan dan pemberian pakcik google ~sekian

Thursday, April 21, 2011

Tido Bawah Meja

Minggu ni aku kerap betul sakit kepala tapi bukan sakit yang teruk la. Cuma ada rasa pening-pening lalat especially bila aku dah start mengadap komputer. Sampaikan satu ketika aku rasa aku tak boleh nak buat kerja langsung, yela kerja aku dah semestinya memerlukan aku sentiasa untuk mengadap skrin komputer.

Jadi, aku pun try la bertanyakan dengan pakcik google petua-petua untuk diguna pakai bagi mengurangkan rasa sakit kepala aku ni. Antara petua yang tersenarai ialah TIDO. Yesssss i loikeeeeeee. Disebabkan ofis aku ni takdelah besar mana pun kan, surau pun muat-muat orang nak solat, so aku taknak lah menganggu ofismate yang nak solat. 

Dimanakah port biasa untuk aku tido? Sudah semestinya bawah meja kerja aku (nasib baik la meja aku mengadap dinding, bila lepak bawah tu ofismate lalu lalang tak kan nampak kalau aku baring bawah meja)


Aku percaya mesti ada antara korang yang selalu tido bawah meja kerja kan bila dah takde port lain yang lebih strategik. Yang bahaya bawah meja aku ni bukan apa, bila dah mengadap dinding, keadaan agak gelap yang membolehkan untuk aku cepat lena tu sangat senang. Kesian ofismate aku terpaksa jadi MAK GUARD tolong kejutkan aku kalau aku terlajak tido sampai 2 jam. Nak tido lama-lama pegi balik rumah..ahakssss




Wednesday, April 20, 2011

Kad Jemputan

Salam semua. Hari ni aku nak cerita berkenaan kad jemputan. Alhamdulillah kad jemputan majlis perkahwinan aku dah pun siap dari minggu lepas lagi tapi baru hari ni berkesempatan untuk aku update kat blog yang tercinta ni. Tarikh keramat aku bersama en.tunang semakin dekat, so macam mana dengan persiapan aku? 

Terus terang aku katakan persiapan aku hanya 10% saja (baju nikah + baju sanding + makeup + photographer = done), yang lain insyaAllah bermula minggu ni akan aku usahakan bersama ahli keluarga lain. Korang rasa sempat tak? Mesti ada yang kata tak sempat sebab kebanyakan dari bakal-bakal pengantin buat preparation 6 bulan sebelum tarikh majlis. Tapi aku? semuanya aku buat sebulan sebelum tarikh keramat. So tengok je la nanti macam mana. 


Ni la dia kad jemputan majlis perkahwinan aku (actually yang ni khas untuk sahabat handai dan saudara mara terdekat sahaja). Minggu ni adalah sesi pengumpulan alamat dan pengeposan kad jemputan. Kepada korang yang mengenali aku (termasuk yang dah lost contact tu aku minta maaf kalau time kenduri baru nak terhegeh-hegeh cari korang sebab medium untuk aku still keep in touch cuma FB je, sila add aku P'ruz Yoes)

Pada semua kengkawan aku, tunggu kedatangan kad jemputan dari aku dan juga en.tunang. Diharap dengan kedatangan kalian ke majlis kami dapat memeriahkan lagi majlis kami nanti. InsyaAllah..

Tuesday, April 19, 2011

Parking Yang Tragis!!!!!

Salam semua. Hari ni baru berkesempatan update blog setelah bercuti beberapa hari (sure bos aku berbulu je kan sebab aku asyik cuti je..ahaksss). Entry kali ni aku nak cerita mengenai parking yang tragis. Takde lah tragis mana pun cuma kalau korang berada kat tempat aku masa tu mesti bengang sangat-sangat.

Apa yang berlaku? Kisahnya terjadi hari Jumaat lepas. Macam biasa aku dengan adik perempuan aku balik keje naik komuter. Sampai je ke destinasi kami, dengan langkah kaki yang laju konon-konon excited dapat sampai awal, kami pun terus menuju ke kereta. Sampai je ke kereta, halamakkkkkkkkk rasa nak marah pun ada. Sebab apa kami marah??? 


Kami marah disebabkan ini!!!!!!!




Kenapa dengan kereta kancil yang comel ni? Sebab kereta ni dah block kereta kami. Bayangkan dia sanggup parking macam ni. Kalau parking saja takpela tapi kereta ni dah membuatkan kami tak boleh keluar. Jenuh la aku dengan adik aku cuba nak keluar, dah minta tolong dengan brader-brader yang lalu pun memang dorang kata susah nak keluar. Dan kebetulan kakak yang parking sebelah kami bagitahu yang semalam kereta dia pun dah kene block dengan kancil ni juga (lagi kurang asam jawa betul owner kancil ni, mentang-mentang kecik je)


Nampak macam boleh lagi je kan nak keluar tapi jarak antara kancil dengan kereta kami cuma sejengkal je. Dan kat depan plak betul-betul rapat dengan pagar. Ini la susahnya rakyat Malaysia bila kesedaran sivik tu kurang. Nak parking tu tak salah tapi jangan la sampai menyusahkan orang. Kenapa aku kata menyusahkan orang? Dah la parking macam ni, lepas tu hand brake plak tak biar lepas. Tak ke lagi hangin kami dibuatnya.

Berapa lama kami tunggu??? Dekat 2 jam occay. DIULANGI 2 JAM!!!!! Buta-buta je kami tunggu dalam kereta. Kalau tak nak lepaskan hand brake, tinggalkan la contact no kat dalam kereta, senang kami nak contact. At least kami tahu pemilik kereta ni dah ada kat mana. 


Tengok ni, gambar yang paling atas tu aku ambik keadaan masih cerah. Lepas 2 jam keadaan dah gelap macam ni. Sapa yang tak marah?? Ada sesape antara korang yang tak marah bila melalui saat-saat macam ni? Paling koman pun kalau tak dapat pecahkan cermin kereta ni, mesti korang akan pancitkan tayar tak pun calarkan kereta dia kan? Mesti punya laaaaa..So macam mana kami dapat keluar? Thanks to brader cina tu sebab tolong kami tolak kereta kancil ni, dapat lah space nak keluar. Legaaaaaaaaa!!!!

Sebenarnya perkara ni pun boleh jadi pengajaran pada kita semua. Ada entry aku sebelum ni pasal parking juga. Kalau nak parking macam ni boleh, tapi tinggalkan la contact no atau lepas kan hand brake tu supaya kete yang kita block tu boleh keluar. Takde la nak menyusahkan orang. Kalau kena dekat kami berjiwa lembut ni (jiwa lembut la sangat!! padahal dah standby nak maki hamun dah..nasib baik owner dia tak sampai lagi masa kami dapat keluar kan kerete tu, kalau tak boleh jadi perang dunia ke-3 la kot)

Pada semua, marilah sama-sama meningkatkan kesedaran sivik. Bila kesedaran sivik kita tinggi, maka kurangklah tindakan-tindakan bodoh lagi menyusahkan orang seperti apa yang dah jadi pada kami minggu lepas. Ini dah kira menganiaya orang lain. Pada pemilik kereta WPD 7721 (maaf la ye aku terpaksa letak juga plat no kereta kat blog aku, diharap anda lebih sedar lepas ni. Berhenti dari mementingkan diri sendiri)