Tuesday, October 2, 2012

Proud Mother, Housewife & Part Time Student

Assalamualaikum

Acapkali kita dengar yang suri rumah tangga ni sering diperlekehkan oleh pihak yang berasakan diri mereka sudah hebat berbanding orang lain. Apa korang ingat dah hebat sangat sampai nak perlekeh housewife ni? Nampak macam senang je kan keje housewife.Alah duduk rumah je apa yang penat. Amboi amboi amboi. meh sini aku piat telinga hangpa yang cakap ikut sedap mulut tu. Kata-kata tidak semudah apa yang dilakukan.

Ingat tak penat nak buat keje-keje rumah ni? Penat tau tapi kami suri rumah ni cuba buat kerja dengan hati yang redha. Semoga dengan apa yang kami buat mendapat keberkatan dari Tuhan dan tentunya suami tercinta. Amin


Ini baru keje rumah. Belum yang ada anak lagi. Kalau seorang takpe. kalau ada anak kecik yang ramai? Peninggg mak ni haa dik non oiiii


Lepas tu, dah anak ramai, bergelar student pulak tu. Tak ke superwoman namanya tu. Tabik spring la pada yang beranak ramai. Sambil buat kerja rumah, tanggungjawab terhadap suami dan anak masih tidak diabaikan. Pulak tu masih berkesempatan lagi menimba ilmu. 


Dan aku kategori ibu, surirumah dan juga bergelar student. Walaupun PJJ student, bebannya tetap sama macam fulltime student. Bezanya aku cuma ada seorang anak je..ngeeeeee masih dalam kawalan. Apa pun aku bersyukur kerana walaupun aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja, suami tetap mampu menanggung makan minum kami sekeluarga. Dan yang pasti anak aku sentiasa berkepit 24/7 dengan aku..ngeeeee

Seronok dan satu pengalaman yang teramat indah melihat anak membesar depan mata. Ibu mana tak nak lihat anak mereka membesar depan mata kan. kalau diberi pilihan, aku yakin semua ibu inginkan perkara yang sama. Cuma mungkin keadaan yang tidak mengizinkan.