Saturday, January 15, 2011

True Beauty

Hosted and judged by Vanessa Minnillo, along with judges Cheryl Tiegs and Nolé Marin


True Beauty is a television series in which contestants are competing to see who is the most beautiful. However, they think they are only being tested on outer beauty. The show is hosted by three judges, who judge the contestants on their inner beauty. The contestants are competing for $100,000 and to be "featured in People magazine's 100 most beautiful people issue." The series is produced by Tyra Banks and Ashton Kutcher. It premiered on SWR channel (ASTRO) every Thursday on 8.00 PM.

baru intro je..belum masuk lagi isi kepada entry aku kali ni..

apa itu cantik? or in english nya beauty? ha ni baru nak masuk part isi


ramai di kalangan kita bila bercakap pasal cantik, apa yang terus berada dalam fikiran kita adalah rupa yang cantik..kan kan kan? kecantikan ni terlalu subjektif..kenapa aku kata subjektif? sebab ia tak tetap..kecantikan ni mengikut kepada mata yang melihat sesuatu objek

ada yang kata LISA SURIHANI ni cantik..tak kurang juga ada yang kata biasa jee...tapi pada aku? dia memang cantik..ahaksss

ada yang kata HELIZA ni cantik dan manis..mata dia cantik..ayu bla bla bla..tapi ada juga tu yang kata dia ni takdelah cantik mana pun..tapi pada aku? yess dia mmg cantik..aku suka betul la cara dia pakai tudung..macam2 style dia pakai..

korang kenal ni sapa? cantik tak pada pandangan mata korang? pada mata aku memang cantik..perfect di mata aku sebagai manusia..cantik gilerrr woooo dia ni..tapi sapa ni? untuk pengetahuan korang, dia adalah Miss India 2010..



asyik cite pasal pompuan jeee...ok takpe, aku cite pasal lelaki plak..adil kan?

amacam? ensem ke tak? chinese look ni..pada aku ok la..nak kata ensem sesangat tu idak lerrr sebab bila tengok lama2 aku tak rasa nak tengok banyak2 kali..so maknanya pada mata aku sekadar good looking jee..


next!!!!

hua hua hua..boleh gugur jantung aku dengan pandangan mata mu iteww....pada mata aku yang ni baru ensem..amboiii mentang2 mat saleh idung mancung, terus aku kata ensem..


tak kisah la macam mana pun kita lihat kecantikan yang ada pada seseorang itu..sama ada dia cantik atau tak..kurus atau gemuk..putih atau hitam..manis atau ayu..hensem atau tak..macho atau bergaya..

persoalannya kat sini ialah...

ADAKAH KECANTIKAN ITU HANYA SEKADAR DI NILAI DARI LUARAN????

the best part from true beauty ni bukan hanya menilai kecantikan dari luar sahaja..tapi juga menilai kecantikan dari dalaman..apa itu kecantikan dari dalaman? ramai orang diluar sana yang salah paham di mana bagi mereka, kecantikan cukup sekadar mempunyai rupa paras yang menarik..tapi kecantikan yang sebenarnya datang dari dalaman kita..sikap kita terhadap keadaan sekeliling akan membawa kepada personaliti kita secara tak langsung

KECANTIKAN BERMULA DARI DALAM!!!!

tak perlu mengejar kesempurnaan sebab kita tak akan menjadi sempurna seperti yang kita mahukan..cukup la sekadar mempunyai etika yang betul dan apa jua tindakan yang kita buat tidak melangkaui batas seorang manusia..




notakaki : semua gambar di dalam entry ini di ambil dari google image

Wednesday, January 12, 2011

Genggam Tak Tiris

Sesungguhnya harta kekayaan yang di kurniakan oleh Allah SWT adalah suatu nikmat yang terkandung di dalamnya ujian ... mampukan kita manusia menerima ujian kesenangan dan kekayaan dunia itu ??? ... Adakah manusia yang sabar sanggup menerima kesusahan dan kepayahan hidup??? ... tidak kurang juga yang gagal bila di uji dengan kesenangan

tu baru intro jeee..ok berbalik pada tajuk entry aku kali ni..apa tu genggam tak tiris? GENGGAM TAK TIRIS ni maksudnya org yg bersifat kedekut dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT atau selalunya org yg kedekut ni kita panggil haji bakhil..kenapa haji bakhil? pd yg penah tgk cite nasib si labu dan labi (lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) mesti korang dah kenal sangat dengan haji bakhil ni kan?

aku baru je layan cite genggam tak tiris ni kat astro prima..aku selitkan sedikit info pasal cite ni

Description: Kisah mengenai Zairul anak sulung kepada Naemah dan Bahar yang begitu terkenal dengan sikap kedekut dan bakhil. Bagi adik beradik yang lain zairul dipanggil tangkai jering. Namun panggillah apa sahaja Zairul tak kisah, yang penting Zairul bahagia dengan cara dia. Lakonan: Zinan Nin, Norkhiriah, Fauziah Nawi.


perlukah kita kedekut....


sampaikan nak beli peti sejuk pun tak nak..lebih sanggup gantikan peti sejuk dengan kotak..ni kedekut taik idung masin dah ni..bukan masin lg dah...masam kelat semua ada..

apa guna kereta mewah, pakaian dan kasut yg mahal tp nak sedekahkan kasut pd mereka yg betul2 memerlukan pun kedekut..kedekut satu hal..ni ditambah kata2 hinaan yang menyakitkan hati..Allah tu maha adil..bila2 je Dia boleh tarik segala kenikmatan yg kita ada sekarang..toksah takbur sgt laa dgn kekayaan donia fana ni..

bila org sekeliling minta kita curahkan ilmu yg kita ada...haaa yg ni paling aku tak suka..aku tak suka org yg kedekut ilmu...apa sgt la ilmu yg kita ada kalau nak dibandingkan dgn org lain..bila kawan2 minta tlg ajar..mula la bg alasan2 super duper tak masuk dek akal..bz la ade hal penting la bla bla bla..apa ko dpt dgn kedekut ilmu ni? bukan boleh buat ko org paling pandai pun dgn ilmu yg ko ada tu..

menu hari ni - megi..esok pon megi lg..lusa pun still makan megi..tulat dan seterusnya makan megi..perlu ke kedekut sampaikan hari2 nak kene makan megi?  nak makan makanan lain nak kene keluar byk duit..maklommmm org kedekut ni syg duit..kdg2 tu 1sen pun berkira..lebih sanggup pilih makanan murah daripada menikmati makanan mahal tp menyelerakan..



duit berkepuk2 dlm bank tu nak bawa kemana? sampaikan lebih sanggup ikat perut dan tak peduli dgn keadaan sekeliling sehingga mengabaikan diri sendiri..dalam Islam pun ada cakap yg kita sbg manusia mmg tak perlu terlalu seronok dgn harta donia tp tak pula diminta utk kita mengabaikan keseronokan duniawi..pandai2 la balance idup antara donia dgn akhirat..


semoga kita dijauhkan dengan sifat kedekut ni...

"Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan, dan janganlah kamu bertolong tolongan dalam dosa dan permusuhan".
(Surah Al Maidah 5:2)


Monday, January 10, 2011

Jodoh Yang Telah Ditentukan

dalam kehidupan kita ni..ada beberapa perkara yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t terhadap setiap hambaNya di atas muka bumi..dan salah satunya ialah

JODOH!!!!!

setiap jodoh kita telah ditentukan olehNya..samada jodoh di dunia atau di akhirat..cuma yg membezakan antara kita ialah cepat atau lambat jodoh tu sampai..aku percaya setiap dari kita mesti dah tetapkan ciri2 lelaki idaman untuk dijadikan suami dan pendamping hidup kita sepanjang hayat..



ada yang mahukan lelaki yg kaya raya yg dpt memberikan kemewahan hidup, harta benda dan segala bagai kekayan di donia..yela kalo dpt lelaki yg kaya nk kereta porsche dpt..nak banglo sebijik mcm istana senang2 je boleh dpt..pendek kata hidup seperti dikelelilingi emas dan permata la..tp adakah kekayaan saja dh mencukupi utk menjamin kebahagiaan hidup? untuk aku cukuplah sekadar yg mampu menanggung makan minum dan segala keperluan aku secara bersederhana..amboiii nak demand lebih2 plak..xkaya pun xpela yg penting mampu

 tak kurang juga yg ingin kan lelaki yg berotot ketul2 mcm ni..nampak gagah gitewww..adakah ini lelaki idaman aku? sama sekali tidakkk..hahaha sbbnya aku rasa seram tgk otot2 di badan itewww..pd aku cukup la lelaki yg mempunyai tubuh yg sihat...

adakah korang berminat dgn lelaki yg mampu angkat berat sebegini rupa..tp nak angkat korang pun alahaiiii beratus kali minta pun blom tentu nk angkat..tak romantik la u ni..

atau lelaki yg sentiasa nk menunjukkan kemesraan dgn kita sampai offer nak dukung kita sepanjang pantai mcm ni? how sweet they are..erkkk larat ke bakal laki aku nk dukung aku sepanjang pantai? takut separuh jalan dh semput..

bila dh sayang...semuanya nampak indah..tgh harum la katakan..duduk kat tengah2 tasik berdua sambil mendayung bersama..bot separuh tenggelam pun tak perasaan dek kerana keasyikan panahan cinta..ada aku kisah org sekeliling nak kata apa? donia ni kita berdua yg punya..hohoho

cinta dgn bunga ni dh mmg sinonim..mmg tak boleh dipisahkan la..time ni la kumbang2 di luar sana sibuk cari fresh flower utk dihadiahkan pd kekasih hati..especially mase Velentine Day..time ni kalo nk jual bunga secara part time mmg idea yg bagus la..confirm laku..kacing kacing tambah duit pokettt


apa pun jua pasangan yg kita mahukan, masing2 mempunyai tujuan yg sama iaitu untuk memiliki

KELUARGA BAHAGIA!!!!!


yg lengkap dgn pasangan yg memahami kita dan juga anak2 yg lincah dan membahagiakan..memiliki keluarga yg bahagia sudah cukup membahagiakan setiap manusia di muka bumi ini..jadi berdoalah semoga dikurniakan pasangan yg membahagiakan kita dunia dan akhirat serta anak2 yg soleh..AMIN


semoga kebahagian yg diperolehi kekal sehingga ke akhir hayat..