Tuesday, April 12, 2011

Beras Pun Tiruan Juga Ke!!!!

Entry aku yang lepas menyentuh mengenai isu hangat masa kini iaitu TELUR TIRUAN. Rujuk entry Palsu @ Fake. Dan sekarang ni aku nak share info mengenai beras tiruan pula (lepas ni apa yang tiruan??). Aku dapat info ni daripada email kawan pagi tadi.

Sedikit info :
dikatakan some companies kat China dah menghasilkan beras dari gabungan kentang, keledek, n plastik. kreatif kan mereka? dan kerana tahap kekreativiti yg tinggi nih maka dikatakan kita cuma perlu makan 3 mangkuk beras tiruan sahaja untuk mendapatkan hasil yg sama dgn memakan sebungkus plastik. bukan nasi bungkus yer... diulangi.... bungkusan plastik itu sendirik. 

Kerajaan China dah buat investigation untuk memantau aktiviti yg merbahaya nih. Bayangkan, kita dah siap2 kat umah nak masak yg sedap2 siap lauk daging ayam tetibe tanpa disedari nasi yg kita telan tuh sebenarnya plastik... x ker haru?

Dah lah plastik amik beratus tahun nak hancur kan? pastu kita tak sedar, kita makan nasi tuh ari2.... habis kalau dah dari kecik ko asik makan plastik, sampai ke besar la muke ko jadik muke plastik kan?






Beras daripada plastik? So pada korang yang suka beli beras dari China tu, berhati-hati la ye. So far famili aku memang beli beras tempatan je dari dulu sampai sekarang. Harapnya kerajaan lebih memantau produk-produk makanan tiruan yang semakin berleluasa

Monday, April 11, 2011

Kejap Naik Kejap Turun

Sekejap aku naik sekejap lagi aku turun. Apa yang naik apa yang turun ni? mood nak menulis dalam blog aku ni kejap ada kejap lagi takde. Macam mana nak sustain mood yang macam ni supaya blog aku tak terabai seperti blog-blog yang lepas? Idea tu banyak je nak update blog tapi tangan rasa berat je nak menaip. Sebab mood dah hilang entah kemana. Jadi, bagaimana untuk aku sentiasa rajin mengupdate blog aku?


Aku percaya kebanyakan blogger di Malaysia ni berperasaan sama seperti aku iaitu MALAS NAK UPDATE BLOG. Sekali aku dah malas, aku akan malas dan malas dan malas nak update blog. Sudahnya blog terabai then bila datang semangat yang berkobar-kobar nak update, aku akan buka lagi satu akaun blog yang baru (konon-konon nak memulakan hidup yang baru la padahal kebanyakan blog yang lepas-lepas tu, aku lupa password dengan username..hak hak hak)

Harapan aku agar blog aku sentiasa update dengan pelbagai cerita-ceriti mengenai apa jua yang aku rasa nak cerita. Pada korang yang selalu jenguk blog aku (ada ke yang rajin singgah blog cik bubble ni?), jangan bosan-bosan la dengan entry aku yang kadangkala mengarut je. Sebab blog ni adalah satu medium yang pada aku kadangkala boleh dijadikan tempat untuk meluahkan apa yang kita rasa.