Monday, April 11, 2011

Kejap Naik Kejap Turun

Sekejap aku naik sekejap lagi aku turun. Apa yang naik apa yang turun ni? mood nak menulis dalam blog aku ni kejap ada kejap lagi takde. Macam mana nak sustain mood yang macam ni supaya blog aku tak terabai seperti blog-blog yang lepas? Idea tu banyak je nak update blog tapi tangan rasa berat je nak menaip. Sebab mood dah hilang entah kemana. Jadi, bagaimana untuk aku sentiasa rajin mengupdate blog aku?


Aku percaya kebanyakan blogger di Malaysia ni berperasaan sama seperti aku iaitu MALAS NAK UPDATE BLOG. Sekali aku dah malas, aku akan malas dan malas dan malas nak update blog. Sudahnya blog terabai then bila datang semangat yang berkobar-kobar nak update, aku akan buka lagi satu akaun blog yang baru (konon-konon nak memulakan hidup yang baru la padahal kebanyakan blog yang lepas-lepas tu, aku lupa password dengan username..hak hak hak)

Harapan aku agar blog aku sentiasa update dengan pelbagai cerita-ceriti mengenai apa jua yang aku rasa nak cerita. Pada korang yang selalu jenguk blog aku (ada ke yang rajin singgah blog cik bubble ni?), jangan bosan-bosan la dengan entry aku yang kadangkala mengarut je. Sebab blog ni adalah satu medium yang pada aku kadangkala boleh dijadikan tempat untuk meluahkan apa yang kita rasa.





No comments:

Post a Comment