Friday, April 8, 2011

Palsu @ Fake

Tak sangka betul la aku bila zaman semakin canggih, teknologi serba lengkap dan manusia semakin bijak, kita akan hidup dengan senang tapi semakin canggih teknologi itu, semakin bahaya kehidupan manusia di muka bumi ni (ahhh sudah apa aku merepek ni)

Itu baru mukadimah je. Ni aku nak cite pasal telur ayam. Rasanya semua orang pun dah tahu pasal ayam telur tiruan yang masuk berita. Tak sangka kan telur pun boleh ada tiruan. Inilah akibatnya kalau manusia semakin bijak, tapi kebijaksanaan mereka bukan kearah kebaikan tapi kepada kehancuran.

Boleh rujuk gambar di bawah, perbandingan antara telur tiruan dengan yang asli

Sumber rujukan : KLIK SINI



sila la berhati-hati ye korang, sebab aku tahu telur di memang banyak kegunaannya terutama masa majlis kenduri kendara ni. So lepas ni bukan sahaja telur, malah makanan yang lain pun kemungkinan besar akan ditiruan kan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab


Thursday, April 7, 2011

Birthday Costumes

Hari isnin lepas big bos aku bagi satu task pada aku memandangkan segala hal personal dia memang aku yang buat (tak kan aku nak kata tak nak pulak kan!! aishhhh ini lah nasib kuli seperti aku). So apa task yang dia bagi? dia suruh aku cari info mana2 kedai yang jual birthday costumes untuk anak perempuan dia berumur 2 tahun. Birthday party tu hari ahad ni.


Apa temanya? OCEAN THEME


Big bos suruh aku tengok kan kostum ikan buntal atau ikan jaws tak pun lanun (ada ke patut dia nak suruh anak perempuan dia pakai kostum ikan buntal/jaws? memang tak patut betul!!!) so dalam kepala otak aku ni kostum yang sesuai untuk anak dia mungkin mermaid




atau pun si lanun yang sedang mengganas..rasanya budak perempuan pun sesuai pakai kostum lanun ni



ada juga beberapa kostum yang kelakar tapi still cute mute tau..so cuteeee





mana nak cari kedai yang jual kostum birthday untuk budak2 ni? jenuh juga la aku cari kat internet tapi encik google macam dah buntu untuk membantu aku. Pada korang yang tahu mana-mana kedai yang jual kostum macam ni, bantuan korang sangat aku hargai



Wednesday, April 6, 2011

Segalanya Bermula - Part 2

Salam sejahtera semua pada pembaca blog bubble lebam. Untuk bahagian kedua ni, aku nak cerita mengenai HIV test. Seperti semua sedia maklum especially bakal-bakal pengantin, HIV test merupakan salah satu procedure yang semua orang wajib lakukan sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Tujuan pemeriksaan kesihatan ni, korang boleh rujuk laman web rasmi JAIS 

Khamis minggu lepas aku pergi klinik kesihatan kajang. Memandangkan aku memang tak pernah ambil tahu langsung mengenai HIV test ni, tak tahu pula nak kene buat appointment sebelum datang. Info yang aku dapat, dorang buat hari Rabu dan Jumaat sebelah petang. Bila sampai ke klinik, dorang minta aku datang 16/4. Dengan rasa teragak2, nurse tu cakap mungkin hari rabu. Esoknya aku check balik, 16hb tu hari sabtu. Aku call balik klinik, dan mungkin rezeki aku kot, dorang minta aku datang hari tu juga pukul 2.45 petang disebabkan ada yang cancel  appointment last minute. Fuhhhh lega sangat. Nak buat HIV test pun ada limit juga ye.


Boleh tahan ramai juga kat klinik ni walaupun hari bekerja


Isi borang dulu sebelum ambil no giliran 



 Menunggu giliran. Hampir satu jam juga la nak menunggu..mengantuk la


 Bilik no 10. Nak menunggu giliran sikit punya lama, tapi nak buat pemeriksaan tak sampai 5 minit pun


Ouchhhh jari ku sakit (eleh mengada betul la cik bubble ni, baru kene jentik dengan jarum sikit pun dah sakit)


result dapat masa tu juga, kene tunggu dalam 10 minit macam tu la. So HIV test - setel

Tuesday, April 5, 2011

Nyah Kau Dari Hidup Aku!!!!

entry sebelum ni aku ada cerita mengenai seseorang yang mengatakan kami (siapa kami? sila rujuk entry ini  KLIK SINI) cari pasal dengan dia. So hari ni aku nak cerita pula sambungannya dan mungkin ini adalah entry yang terakhir aku cerita mengenai hal ini sebab aku rasa aku hanya buang masa memikirkan orang yang bersikap seperti dia.

Tadi, bila ofismate aku tanya kenapa dia dah takde dalam friend list kat facebook, aku ingatkan ofismate aku tu bergurau. Bila aku check balik kat facebook aku, memang betul dia dah buang kami semua dalam friend list dia. Yang menjadi persoalannya, mengapa dia bertindak macam tu? marah sangat ke dia dengan kami semua ni? yang lagi best bila dia set privacy kat kami semua. Ini bermakna kami tak boleh nak view facebook dia. Ada aku kisah? 

Apa pun yang dia cuba lakukan, itu hak dia. Cuma kami terfikir-fikir, adakah tindakan dia boleh dikategorikan sebagai perangai kebudak2an? nak kata budak bukan sebab dia mak budak. Atau pembawakan budak? masalah ni semua berpunca dari sikap dia sendiri yang tanpa sedar kata-kata yang diluahkan kadangkala menyinggung perasaan orang lain. Biarlah dia dengan dunia dia sendiri. Biar masa yang menentukan. Sampai masa kalau dah ditakdirkan untuk kami bergelak ketawa bersama dengan dia, kami terima dengan hati terbuka.




Aku percaya ramai lagi di luar sana yang mengalami hal-hal macam ni kan? Apa yang perlu kita buat? aku rasa kita buat tak tahu je kot. Sebab kalau dilayan makin tak ada penghujungnya. Tepuk dada tanya diri sendiri.





Monday, April 4, 2011

March 2011 Birthday Club

salam semua..minta maaf lama tak update blog ni, maklumla last week cik bubble ni sibuk dengan study. Alhamdulillah selamat mengharungi sem 6 dengan jayanya, terlalu banyak hal yang ingin aku kongsikan bersama, tapi slow2 la ye update sebab kekangan masa pun menjadi hal nya sekarang ni..

last week we ols satu ofis sambut birthday untuk mereka2 yang lahir pada bulan Mac, simple arrangement je yang aku buat as long as we ols semua dapat kongsi kegembiraan bersama..dah menjadi satu tradisi kat company ni akan celebrate and share together seperti birthday, majlis kenduri kahwin, dapat baby etc. So sebagai PIC untuk semua benda ni dengan dibantu assistant aku yang cute mute tu, we ols beli sebijik kek dari Secret Recipe dan juga nandos (actually abis kering dah idea nak makan apa..asyik2 fast food je kan..bosan la)


masing2 menunggu kedatangan semua staff sebelum majlis bermula..siap ada yang tertonggeng2 lagi..opsssssss



sesi bacaan doa sebelum melantak..masing2 muka lapar je



birthday girl and boy..smileeeeeee





sedap kek ni..kek apa ye? aisehhh lupa ar..hukhuk rasanya pada yang suka beli kek dari secret recipe mesti tau ni kek apa..dalam dia ada pisang..sedapppppp 




ni dia cik bubble and da geng...akak yang kat sebelah kiri pakai penutup hidung tu bukan nurse tau tapi dia ada alergic dengan bau2an, maklum lah tengah mengandung kan so paham2 jela


alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh semua staff. Last minute arrangement sebab majlis start pukul 2.30 petang, pukul 12 tgahari baru aku email pada semua staff (teruknya la aku, keje main2 ke? tak nak keje balik rumah)