Thursday, March 24, 2011

Aku Ke Yang Bersalah???

entry kali ni adalah entry yang penuh tanda tanya..tanda tanya apa? tanda tanya dengan sikap manusia disekeliling aku ni..ye betul bila kita sebagai manusia hidup bersama dengan manusia yang lain (dah tu tak kan nak hidup dengan beruk pulak kan...sadis!!!) kita tak kan lari dengan perasaan sakit hati..

meh sini cik bubble nak bercerita sikit..nak dijadikan cerita dekat satu ofis ni mesti akan ada la perasaan tak senang hati la bengang la sesama sendiri (ala standard la..kata ko hidup dengan manusia kan..manusia bukan kayu yang takde hati dan perasaan) tapi kita yang konon2 mengaku diri kita ni matang..pepandai la nak ejas perasaan sakit hati tu biar tak menyerlah sangat sampai orang lain perasan..tapi kalau dah perasan juga, sendiri cari jalan la kan...tak kan la itu pun cik bubble ni juga nak kene ajar..

cik bubble and da geng bukan EMO..tapi pelik dengan sikap si B (mari kita namakan dia sebagai B sahaja walaupun pangkal huruf nama dia bukan la B dan si B ni adalah seorang pompuan macam kami juga occay)..yela bila si B ni rasa dia adalah seorang yang berfikiran moden, tak main la nak emo2 tak tentu pasal ni, maka si B rasa dia berhak cakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan perasaan kami yang tidak la sekuat dan seteguh jambatan Pulau Pinang sehinggakan kadangkala kata2 si B boleh merobek hati we ols semua (merobek occay..so paham2 sendiri la kan macam mana laser nya dia bila mula mengeluarkan kata2...malas la nak story kat sini nanti cik bubble tambah sakit hati)

kata moden? kata tak main la emo2? tapi bila we ols malas nak layan kerenah si B ni, tau pulak melenting..tapi melenting bukan depan2 we ols tau , dia melenting dekat personal blog dia..entah macam mana link blog si B boleh keluar dari search engine kat pakcik google masa cik bubble sibuk cari info untuk assignment yang perlu dihantar sabtu ni..ermmmmm bila baca je blog si B, Tuhan je yang tahu perasaan we ols semua..sapa yang cari pasal dulu? tapi takpe..we ols bersabar je..tak main la gaduh2 tarik rambut ni kan sampai memalukan kaum sendiri..kita gaduh secara professional (ada ke gaduh secara professional? suka2 je cik bubble ni kan)



si B dah block diri dia sendiri dari we ols semua..ada aku kesah???keje tetap keje..hidup mesti diteruskan..biar masa yang menentukan walaupun sebenarnya cik bubble ni tak nak gaduh2..tapi dah si B yang rasa we ols patut di layan sebegini rupa..kami pun layannzzzzz

ok..full stop...jom bekerja kawan2...selamat bekerja semua...da di du

No comments:

Post a Comment