Wednesday, July 13, 2011

Tak Larat Sudahhhh!!!

Assalamualaikum.

Kan aku dah cakap. Bila idea nak update berduyun-duyun datang dalam kepala otak, hari-hari aku update blog. Kadang tu sehari kalau boleh nak update berkali-kali. So at the same time blog aku pun jadi clean and clear. Yela hari-hari jengah blog. Tapi bila idea tu macam segan-segan nak singgah, hambik kau. 4 hari blog aku tak bersapu. Fuh nyamuk yang datang singgah pun siap dah bertelur lagi.

Aku masih didalam mood tak larat. Sebab tu aku dengan susah payah terpaksa memejamkan mata membiarkan blog tanpa di update selama beberapa hari. Seperti semua sedia maklum, sebagai mom to be ni, perubahan hormon pasti berlaku secara mendadak. Aku tak mabuk, tak loya teruk jauh sekali mau muntah-muntah buat masa sekarang, tapi aku sangat mengantuk. Tersangat lah mengantuk. Kalau boleh mata ni macam nak pejam je setiap masa. Kalau aku tak pejam mata, kepala mula ke kiri dan ke kanan. Pening.


Masuk ofis je aku rasa mengantuk. Balik rumah je aku rasa mengantuk. Kiranya, tak kira masa aku akan sentiasa rasa mengantuk. Jadi, bagi mengurangkan rasa pening kepala dek kerana mengantuk tahap gaban ni, terpaksa la aku memaniskan muka depan bos, asking for his permission untuk bagi ruang pada aku tido dalam surau asalkan tak menganggu waktu kerja. Dan yes, sebagai bos yang sangat prihatin, aku dibenarkan berehat dan kalau keadaan tidak mengizinkan, aku dibenarkan bekerja dari rumah. Yahooooooooo tak suka korang dapat bos cenggini baik? Tapi no no no. Sila jangan mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain ye. Aku sebat korang if korang berperangai macam tu. ahaksss



Orang yang mengandung ni dah sinonim dengan asam, ye dak? Dan aku tak terkecuali. Beberapa minggu lepas, pelbagai asam yang aku beli merupakan sahabat karib aku dikala tekak mula rasa nak uweekkk uweeekkk. Tapi sekarang? Aku telah mengkhianati asam kerana aku sudah tidak memerlukannya lagi. Makan sikit-sikit bila teringin jela. Tak habiskan rasa membazir pulak. Marah suami aku nanti. He he he. 


Selera makan pun dah berkurangan. Kalau dulu sebelum lunch hour, dalam otak dah standby menu apa untuk lunch nanti. Siap berlebih lagi dek kerana nafsu rakus aku terhadap makanan. Tapi sejak preggy ni, selera  makan hilang entah ke mana. Terpaksa juga la try and error apa makanan yang layak untuk tekak aku ni. Kadangkala yang amat merisaukan, sepanjang hari selera makan macam dah mati. Oh tidakkkk kesian pada baby saya ni. Dia pun nak makan juga.

Hope untuk beberapa bulan ke depan, segalanya berjalan dengan lancar. Baby tak banyak kerenah, mood saya tak swing ke sana ke mari. Dan keadaan disekeliling amat menggembirakan. Dan yang pasti dan amat berharap, selera makan kembali seperti dulu. 




Terima kasih kerana sudi membaca entry ini =)