Saturday, February 19, 2011

My Sis Eksiden

pukul 9.45 pagi tadi cik bubble menerima panggilan dari abang mengatakan adik pompuan cik bubble eksiden..tersentap cik bubble tika itu bila abang kata adik masuk ICU..adik dah dibawa menggunakan ambulan ke hospital serdang..




dengan fikiran yang kosong, cepat2 cik bubble sarung tudung dan terus pecut moto dengan adik lelaki ke hospital serdang (kebetulan kedua kunci kete abang cik bubble bawa sekali..apa lagi merempit la cik bubble dengan adik lelaki)


sampai je hospital, terus call mak, sayu je cik bubble dengar suara mak yang tersedu2 menahan sebak..sampai depan hospital kami nampak mak tunggu dengan abang..




adik dah di bawa masuk ke dalam wad..lega bila dapat tahu adik bukan dimasukkan ke dalam ICU..cuma dimasukkan ke dalam wad zon separa kritikal..dan menurut kata doktor, peluang adalah 50-50



tak putus2 kami berdoa semoga semuanya berjalan lancar..hampir sejam juga la kami menunggu di luar..selepas sejam, kami didatangi oleh pembantu perubatan mengatakan adik dah sedarkan diri dan boleh masuk untuk melawat tapi dibenarkan masuk 2 orang setiap kali lawatan..


keadaan adik cik bubble dengan kepala masih berdarah..perasan tak kat belakang kepala tu ada kesan darah? caya lahhh adik cik bubble ni..dalam kesakitan pun masih mampu untuk memberikan posing dengan senyuman yang comel


darah sana sini..dengan luka yang tak berapa teruk di kedua lutut..kaki adik masa ni tak boleh gerak langsung..seluar terpaksa digunting..kesian adik bila seluar kesayangan digunting oleh nurse..


mak yang keluar masuk wad sebab terlalu risau dengan keadaan adik..masa ni mak baru sedar dari pengsan sebab terlalu terkejut dan risau dengan keadaan adik sampai terpaksa ditenangkan oleh 3 orang yang yang berada di tempat kemalangan..dalam plastik hitam tu baju dan tudung adik yang berlumuran darah


keadaan adik semasa di tahan di wad pemerhatian..doktor kata kalau adik tak muntah dan boleh berjalan, adik dah boleh balik rumah pukul 4 petang ni..hopefully adik dibenarkan balik rumah untuk meraikan hari pertunangan cik bubble esok..

semoga adik cepat sembuh...amin



Tuesday, February 15, 2011

Apabila Lif Rosak

semalam lif dekat ofis cik bubble rosak..dari 6 lif yang ada cuma 2 je yang berfungsi..boleh imagine tak berapa ramai staf yang perlu menggunakan lif dalam satu bangunan yang ada 23 tingkat..

so cik bubble and da geng pun tak nak menunggu lebih lama, we all naik tangga sebagai alternatif..owhhh nasib baik la ofis cik bubble tu tingkat 7 jee..kalau tingkat 20 ke 21 ke harus cik bubble berkampung kat ground floor tu (alasan nak ponteng keje la tu kan..isk isk)

ok..on your mark...get set....go



baru tingkat 3 dah tercungap2..nampak sangat malas exercise ni..mase ni senyum lebar lagi..maklummm baru half way kan


sikit je lagi nak sampai..mase ni ketaq lutut la cik bubble sebab dah penat...elehhh baru naik 5 tingkat dah penat..mengada2 la cik bubble ni..

finallyyyyy...sampai juga ke tingkat 7..senyum pun dah macam senyum paksa jeee..agak2 berapa kalori la yang terbakar dalam badan cik bubble semalam..


kepada semua masyarakat beragama Islam, cik bubble mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam maulidur rasul..semoga kita semua menjadi yang lebih baik dari hari ke hari


Sunday, February 13, 2011

Parking

entry ni semalam punya cite tapi hari ni baru dapat update sebab study untuk paper hari ni.. cik bubble ada 1 paper je semalam..paper apa ni? entry sebelum ni ada cik bubble bagitau kan yang sabtu dan ahad ni cik bubble ada midterm test..so, petang semalam masa cik bubble nak ke IPB (Institut Professional Baitulmal), tempat peperiksaan diadakan, dalam hati dah terdetik yang kalau ada paper petang mesti susah dapat parking..almaklum la zaman sekarang ni memiliki sebuah kereta adalah satu keperluan bagi setiap orang..

paper start pukul 3.00 petang, tapi pukul 1.30 petang cik bubble dah gerak dari rumah..awal kan? perjalanan campur tolak darab bahagi ambil masa 45min je kalau jalan tak jam..tapi seperti dijangka, jalan memang jam gile2 la kat MRR2..nasib baik cik bubble tak sempat jadi hulk dalam kete tu..sampai IPB pukul 2.30 petang, masalah nak cari parking pulak..setengah jam je lagi exam nak start..nak tak nak kene parking juga..

so apa yang cik bubble buat bila dah terdesak macam ni? apa la lagi yang terdaya cik bubble buat selain parking bertindih macam ni..darurat sangat dah ni..kiranya kalau nak keluar memang tak boleh la sebab cib bubble parking ikut suka hati je kan..




tapi cik bubble masih mempunyai kesedaran sivik yang tinggi walaupun dalam keadaan darurat..apa cik bubble buat? 




cik bubble letak contact no kat cermin depan tu..just in case kalau ada mana2 owner kete yang nak keluar, boleh call cik bubble untuk alihkan kereta..biasanya kita boleh nampak keadaan macam ni kat bank..tapi masih ada lagi orang yang takde kesedaran sivik..dah la parking ikut suka, contact no pun tak letak..kan dah menyusahkan orang lain yang nak keluar..



tengok ni..bukan cik bubble je yang parking kete bertindih tau..tapi parking memang limited la..sapa cepat dia dapat..so pada u all kat luar sana, kalau nak parking macam ni..sila sila la letak contact no ye..jangan menyusahkan orang lain dengan kesusahan kita..