Sunday, February 13, 2011

Parking

entry ni semalam punya cite tapi hari ni baru dapat update sebab study untuk paper hari ni.. cik bubble ada 1 paper je semalam..paper apa ni? entry sebelum ni ada cik bubble bagitau kan yang sabtu dan ahad ni cik bubble ada midterm test..so, petang semalam masa cik bubble nak ke IPB (Institut Professional Baitulmal), tempat peperiksaan diadakan, dalam hati dah terdetik yang kalau ada paper petang mesti susah dapat parking..almaklum la zaman sekarang ni memiliki sebuah kereta adalah satu keperluan bagi setiap orang..

paper start pukul 3.00 petang, tapi pukul 1.30 petang cik bubble dah gerak dari rumah..awal kan? perjalanan campur tolak darab bahagi ambil masa 45min je kalau jalan tak jam..tapi seperti dijangka, jalan memang jam gile2 la kat MRR2..nasib baik cik bubble tak sempat jadi hulk dalam kete tu..sampai IPB pukul 2.30 petang, masalah nak cari parking pulak..setengah jam je lagi exam nak start..nak tak nak kene parking juga..

so apa yang cik bubble buat bila dah terdesak macam ni? apa la lagi yang terdaya cik bubble buat selain parking bertindih macam ni..darurat sangat dah ni..kiranya kalau nak keluar memang tak boleh la sebab cib bubble parking ikut suka hati je kan..




tapi cik bubble masih mempunyai kesedaran sivik yang tinggi walaupun dalam keadaan darurat..apa cik bubble buat? 




cik bubble letak contact no kat cermin depan tu..just in case kalau ada mana2 owner kete yang nak keluar, boleh call cik bubble untuk alihkan kereta..biasanya kita boleh nampak keadaan macam ni kat bank..tapi masih ada lagi orang yang takde kesedaran sivik..dah la parking ikut suka, contact no pun tak letak..kan dah menyusahkan orang lain yang nak keluar..



tengok ni..bukan cik bubble je yang parking kete bertindih tau..tapi parking memang limited la..sapa cepat dia dapat..so pada u all kat luar sana, kalau nak parking macam ni..sila sila la letak contact no ye..jangan menyusahkan orang lain dengan kesusahan kita..




No comments:

Post a Comment