Saturday, February 19, 2011

My Sis Eksiden

pukul 9.45 pagi tadi cik bubble menerima panggilan dari abang mengatakan adik pompuan cik bubble eksiden..tersentap cik bubble tika itu bila abang kata adik masuk ICU..adik dah dibawa menggunakan ambulan ke hospital serdang..




dengan fikiran yang kosong, cepat2 cik bubble sarung tudung dan terus pecut moto dengan adik lelaki ke hospital serdang (kebetulan kedua kunci kete abang cik bubble bawa sekali..apa lagi merempit la cik bubble dengan adik lelaki)


sampai je hospital, terus call mak, sayu je cik bubble dengar suara mak yang tersedu2 menahan sebak..sampai depan hospital kami nampak mak tunggu dengan abang..




adik dah di bawa masuk ke dalam wad..lega bila dapat tahu adik bukan dimasukkan ke dalam ICU..cuma dimasukkan ke dalam wad zon separa kritikal..dan menurut kata doktor, peluang adalah 50-50



tak putus2 kami berdoa semoga semuanya berjalan lancar..hampir sejam juga la kami menunggu di luar..selepas sejam, kami didatangi oleh pembantu perubatan mengatakan adik dah sedarkan diri dan boleh masuk untuk melawat tapi dibenarkan masuk 2 orang setiap kali lawatan..


keadaan adik cik bubble dengan kepala masih berdarah..perasan tak kat belakang kepala tu ada kesan darah? caya lahhh adik cik bubble ni..dalam kesakitan pun masih mampu untuk memberikan posing dengan senyuman yang comel


darah sana sini..dengan luka yang tak berapa teruk di kedua lutut..kaki adik masa ni tak boleh gerak langsung..seluar terpaksa digunting..kesian adik bila seluar kesayangan digunting oleh nurse..


mak yang keluar masuk wad sebab terlalu risau dengan keadaan adik..masa ni mak baru sedar dari pengsan sebab terlalu terkejut dan risau dengan keadaan adik sampai terpaksa ditenangkan oleh 3 orang yang yang berada di tempat kemalangan..dalam plastik hitam tu baju dan tudung adik yang berlumuran darah


keadaan adik semasa di tahan di wad pemerhatian..doktor kata kalau adik tak muntah dan boleh berjalan, adik dah boleh balik rumah pukul 4 petang ni..hopefully adik dibenarkan balik rumah untuk meraikan hari pertunangan cik bubble esok..

semoga adik cepat sembuh...amin



No comments:

Post a Comment