Thursday, May 5, 2011

Shopping Barang Baby @ Suria KLCC

Pagi tadi dalam kul 11 pagi disebabkan dek kerana malas nak mengadap pc, aku dengan ofismate pergi Suria KLCC untuk shopping barang-barang baby untuk diberikan pada seorang manager kat ofis aku yang baru dapat baby minggu lepas. Owhhh bestnya dapat baby!!!!!

Dalam kepala otak aku memang dah fikir kalau boleh nak beli something yang boleh dipakai untuk long term. So aku decide untuk beli baju baby 2 jenis. Satu untuk umur baby dari 0-6bulan dan satu lagi untuk  dipakai selepas 6 bulan sehingga setahun setengah.

Pilih punya pilih sampai rambang mata aku, padahal dalam hati memang seronok giler sebab dapat tengok baju baby yang cute mute. Kalau ikut nafsu setan aku ni, semua barang kat situ aku nak beli sebab cute sangat-sangat. Lately aku sangat teruja la bila tengok baju budak especially baju budak perempuan dengan gaun kembang..peghhhhhhhh mata aku memang melekat lama la tengok gaun-gaun budak perempuan ni. Sangat bahaya untuk poket aku yang nipis ni tau!!!!!




Tak banyak gambar sebab aku lebih sibuk memilih berbanding nak ambik gambar. Dan apa yang aku beli pun aku lupa nak ambik. Tapi yang aku notice, kalau window shopping, aku prefer follow mak-mak buyung yang 2 orang tu sebab aku sangat teruja. Kat ofis aku ni dah 3 orang mak buyung, pening bos aku..hak hak hak.

Selingan untuk entry aku kali ni

Korang para ibu tu tak teruja ke tengok gaun-gaun budak perempuan yang macam ni?





Aku sangat teruja walaupun belum lagi bergelar ibu. Sangat cute la gaun kembang macam ni. Bila masuk mana-mana kedai jual baju budak, memang gaun budak la yang aku cari dulu. Aku beli tak? Takde maknanya sebab aku masih boleh berfikir secara waras. Kalau aku beli maknanya aku dah melakukan satu pembaziran.


No comments:

Post a Comment