Friday, May 6, 2011

Aduhhhh Ramainya!!!!!

Dulu aku tak ambil kisah pun bila masa cuti sekolah, ye la sejak meninggalkan alam persekolahan ni, aku tak ambil tahu langsung apa-apa aktiviti berkenaan sekolah, teruknya la aku!!!! Dan kenapa aku memilih tarikh 29 Mei sebagai tarikh keramat aku? sebab seperti semua orang sedia maklum itu adalah tarikh cuti sekolah bermula. Ini bermakna ia merupakan hari untuk ibu bapa membawa anak-anak bercuti sakannnn dan juga adalah tarikh pilihan para bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Dan tak terkecuali juga aku, memilih tarikh di kala cuti sekolah sebagai hari bahagia aku bersama bakal suami. Persiapan masih lagi dalam proses, ye la kan nak buat keje kenduri kendara especially kenduri kawen ni bukan keje senang, banyak aspek yang perlu diambil kira terutama bila 2 belah pihak akan bersama pada hari bahagia. 

Setakat hari ni, aku dapat 7 jemputan dari sahabat handai yang ingin melangsungkan perkahwinan. Tapi apakan daya sebab 5 dari 7 jemputan yang aku terima terpaksa aku pejam kan mata saja disebabkan aku juga telah memilih hari yang sama seperti korang. Apa korang ingat korang je ke yang nak bersanding? Hak hak hak

Kepada korang yang juga telah memilih 29 Mei 2011 sebagai hari bahagia, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke cucu cicit. Semoga majlis kita nanti berjalan dengan lancar..Amin




Notakaki : lega bila BFF aku cakap belakang rumah dia ada pokok inai. Tak sabar rasanya nak memerahkan jari aku dengan inai

2 comments:

  1. waaaa nk berumahtangga tak lama lagi eh? semoga berjaya.. semoga berkekalan hingga akhir hayat dan diberkati oleh Allah :)

    ReplyDelete