Thursday, October 25, 2012

Rezeki Datang Dari Allah SWT

Assalamualaikum

Sebelum tu aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha esok. Mesti ramai yang dalam perjalanan pulang ke kampung, tidak kurang juga yang sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk esok hari. Aku pulak? Balik ke kampung tak, masak pun tak. Lepak-lepak dulu, malam baru on duty kat dapur.

Alhamdulillah, syukur akan rezeki yang Allah SWT berikan pada aku. Just nak share pada rakan-rakan blogging, sejak aku beranak baby aqiel sehinggalah ke harini aqiel bakal genap 8 bulan beberapa hari sahaja lagi, rezeki blogging aku tak pernah putus. Mana tidaknya, BE dalam akaun nuffnang aku tak putus-putus datang. Kalau dulu nak dapat satu BE pun, alahai berjanggut aku tunggu, tapi sekarang aku bersyukur malah lebih bersemangat nak terus berblogging.


Hari ni aku saja nak tengok amount akaun nuffnang aku, tup tup hari ni ada 2 tambahan BE yang berjalan dalam blog bubble lebam. Sebelum ni BE VW dengan Digi. Malu la nak tunjuk amount yang aku dapat dari BE ni. hik hik. Walaupun tak banyak mana jumlahnya berbanding blog-blog yang top, tapi sudah cukup untuk aku. 

Inilah dinamakan rezeki anak. Pada yang belum pernah dapat BE tu sabar ye kawan-kawan. Rezeki belum ada. Jangan berputus asa untuk terus menulis walaupun tak sekerap mana untuk update blog, yang penting masih tetap meneruskan penulisan kalian sebab aku juga tergolong dalam golongan penulis blog yang tak berapa aktif menulis. Kadang-kadang idea tu macam takde je. Kang nak merapu ntah apa-apa korang bosan pulak nak masuk blog aku.

Pada yang belum berkahwin tu, kawen cepat-cepat ye. Beranak pun cepat-cepat. Insyaallah ada la rezeki tu nanti dalam blogging. Cuma lambat atau cepat je rezeki tu nak datang. Apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada yang sentiasa support blog bubble lebam ni walaupun kadang-kadang sebulan tu takde entry baru pun untuk tatapan kalian.