Sunday, February 26, 2012

4 Keadaan Wanita Perlu Mandi Wajib

Assalamualaikum

Sebelum aku beranak (entah la bila baby aku nak keluar dari perut ni, padahal entry sebelum ni aku cakap maybe yang terakhir sebelum aku beranak), aku rasa macam terpanggil untuk share satu info ni bersama kalian semua. Mungkin ada setengah dari kita yang memang sedia maklum akan hal ni, alhamdulillah pada yang tahu tapi pada yang belum, aku sangat rasa bersyukur sekiranya info yang ingin aku kongsikan bersama ni dapat dimanfaatkan bersama.

Pada kaum hawa, dulu-dulu zaman sekolah mesti kita ada ambil subjek agama Islam kan. Mesti korang tau 4 keadaan yang menyebabkan mengapa kita sebagai wanita beragama Islam perlu mandi wajib. Pada yang samar-samar, meh sini aku senaraikan :

1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak

Aku pasti no 1, 3 dan 4 tu mesti korang dah sedia maklum kan. Yang menjadi masalahnya, ada di antara kita yang konfius. RAMAI YANG MENGANGGAP WILADAH DAN NIFAS TU SAMA. Oh tidak sama sekali ye kengkawan. Malah aku sendiri pun ingin wiladah dan nifas adalah sama. Rupanya berbeza.

Ni sedikit info yang aku google untuk pengetahuan korang :


MANDI WAJIB WILADAH DAN NIFAS ADAKAH SAMA?
Soalan: Saya seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Masalah saya, adakah saya perlu mandi wajib nifas selepas saya habis pantang (berhenti darah nifas) sekali sahaja. Kerana saya ada mendengar bahawa seorang perempuan bersalin, perlu mandi dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Minta penjelasan? (Anis-PMM)
Jawapan: Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok saya definisikan maksud wiladah dan nifas. Wiladah ialah bersalin dan nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin. Oleh itu wiladah dan nifas adalah dua darah yang berbeza. Oleh sebab itu perempuan yang bersalin perlu mandi wajib dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani. Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri. Wallahu a’lam.



Kenapa aku rasa terpanggil untuk share info ni? Sebab Tuhan dah buka mata aku luas-luas untuk tidak mengambil mudah perkara wajib dalam agama Islam. Syukur aku masih belum terlambat. Then kelmarin aku saja google mengenai mandi wiladah ni, aku terkejut bila mana ada para ibu yang dah beranak pinak tak pernah mandi wajib wiladah. Mereka menyangka wanita bersalin hanya perlu mandi selepas darah nifas kering. Dan apa yang aku faham, sekiranya kita kaum ibu tidak mengerjakan mandi wajib wiladah sejurus selepas melahirkan anak, segala amalan kita tidak akan diterima. Tidak kah sia-sia saja amalan kita hanya kerana kurangnya ilmu pengetahuan?

Mandi wiladah ni takdelah betul-betul dilakukan lepas kita beranak je terus kena mandi. Kalau dah tak larat tu, tunggu la sampai kita betul-betul boleh berdiri. Islam bukan agama yang kejam. Tapi ada juga kaum ibu bagi alasan takut masuk angin la kalau basahkan kepala bla bla bla. Alasan yang sangat tak masuk akal. Takut masuk angin, sila guna air suam. 

Nasihat aku (aku idak lerr baik mana, tapi selagi mampu untuk menegur sesama sendiri, tak salah untuk aku lakukannya)

Kaum ibu - tiada alasan untuk tidak mandi wajib wiladah sekiranya anda mengetahui hukum mandi wajib tersebut. Tak larat nak mandi, minta bantuan suami atau keluarga terdekat. Takut masuk angin sekiranya basah rambut, mandi la guna air suam

Kaum bapa : ini yang aku paling kesian sebab ada segelintir bapa yang memang tak tahu pun pasal ni, tapi masih selamba cakap bukan dia yang melahirkan. Bukan ke tugas suami itu membimbing isterinya?


Minta share pada kengkawan kalian ye mana-mana yang tak tahu. Harapnya lepas ni ada yang tak konfius bahawa wanita yang melahirkan anak perlu mandi wajib sebanyak 2 kali..Untuk keterangan lanjut, korang boleh google sendiri