Friday, March 25, 2011

Gelak Tergolek..Sure Gelak Tergolek-Golek

korang pernah tak rasa nak gelak sampai tergolek2??mase bila korang akan rasa nak gelak sampai tahap macam tu? semalam aku tengok adik aku sejak beberapa hari ni khusyuk betul melayan novel cinta jiwang karat..memang la dulu we ols ni suka bebenor melayan novel2 jiwang karatzzz ni tapi sejak beberapa tahun kebelakangan, rasa minat nak layan novel ni dah jadi semakin kurang..mungkin faktor usia (alaahaii cik bubble, macam la dah tua sangat..muda lagi apa) menyebabkan aku dah semakin malas nak buang duit membeli benda yang hanya bersifat sementara ni..koleksi2 novel yang kononnya nak buat kenangan entah mana aku campak pun aku dah tak ingat..


dek kerana penangan kekusyukan adik aku melayan novel, aku pun tanya kat dia 

cik bubble : ada lagi tak novel nak di baca..bosan la dalam tren takde buat apa
adik : ada, nah ko baca ni, sure tergelak2 ko nanti (sambil menghulurkan novel tajuk gelak tergolek)
cik bubble : novel apa yang ko bagi kat aku ni? 
adik : baca je la


ni la dia novel tu..cover page dia aje dah kelakar

Rahman : "Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai."
Tuk Kadi : "Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat."


memang superbbbbbb..ayat2 yang penulis guna memang santai dan tak berbunga2...macam seolah2 bahasa seharian yang kebanyakan dari kita gunakan..aku kat ofis bila rasa tensen je mesti layan novel ni..hilang terus rasa stress..memang sangat kelakar occay..tak tipu punya laaa..


Sinopsis :

Gelak Tergolek

RM18.00
Harga Semenanjung:  RM18 Ahli KN:  RM14
Harga Sabah/Sarawak RM21 Ahli KN: RM17
Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.
Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.
Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.
Gelak Tergolek… wajib dimiliki!



pada mereka yang tak jumpa novel ni kat kedai, korang layan online jela..sila klik link di bawah


confirm korang gelak sakan...kalau tak gelak juga, sila jumpa doktor pakar..hahaha layanzzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment