Monday, March 28, 2011

Segalanya Bermula - Part 1

ececehh..tajuk entry macam nak bermula apa je kan..hari ni aku masuk lewat sikit ke ofis..sebab en.tunang dah pesan suruh pegi pejabat agama ambil borang permohonan kebenaran berkahwin kat pejabat agama..gerak dari rumah pukul 8.30 pagi..sampai je kat pejabat agama Kajang dalam 8.45 pagi (15min perjalanan campur tolak bahagi darab dengan jalan sesak)..melilau juga la mata aku tatkala melangkah masuk kawasan pejabat agama tu..maklum la 1st time jejak kaki ke situ..

masuk je ke ruang pendaftaran, kene ambik no giliran tau..memandangkan orang tak berapa ramai (memang tak ramai pun, 2 3 orang je ada dalam tu) so tak perlu nak tunggu terlalu lama





bila tiba giliran..pegawai bertugas beri penerangan berkenaan prosedur yang perlu aku buat (sila rujuk chart di bawah)



maknanya, aku kene tunggu en.tunang setelkan prosedur dia dulu baru aku boleh proceed belah aku pulak..so aku kene tunggu dokumen dari en.tunang..sementara tu mari mengisi borang


No comments:

Post a Comment