Monday, June 27, 2011

Bila Dah Lama Meninggalkan Satu Tabiat

Salam dan selamat sejahtera semua. 

Di pagi Isnin ni, macam biasa aku dilanda kemalasan untuk bekerja. Mood cuti lagi daa. Ok mari kita teruskan untuk bercerita. Korang pernah tak buat something yang dahulu kalanya itu la yang paling kerap korang lakukan tapi sejak bertahun lamanya korang dah tinggalkan tabiat itu. Dan tetibe je kan korang buat perkara yang dah korang tinggalkan bertahun lamanya. So apa korang rasa?

Harini aku datang ke ofis naik moto bersama en.suami. So kenapa dengan moto? Ramai je yang naik moto. Apa yang aku nak kecoh-kecoh sangat kat blog ni. Just nak share je dengan korang, dahulunya aku ni adalah seorang perempit wanita yang agak menggerunkan la juga..yo la tu, gerun la sangat kan. Eh aku serius la. Kalau bawa moto tak macam orang gila memang bukan aku la. 


Nak dijadikan cerita, bertahun-tahun lamanya aku bawa moto ni dari umur aku belasan tahun bawa la sehingga aku menyambung pelajaran ke IPT, memang moto tu dah jadi pakwe aku la. Dek kerana dah biasa menunggang moto, kalau bawa moto dengan berhemah tu aku rasa bosan. Korang pun tau kan, dalam mind set korang mesti dah termaktub yang kalau pompuan bawa moto mesti lembab, terhegeh-hegeh dan sopan santun gitu. Tapi aku tak. Bab cilok sana sini, bukan nak kata besar, tapi hakikat memang aku expert. Jarang la nak calarkan mirror kete orang lain bila time nak mencilok. Kalau highway lagi la aku balun kaw-kaw. Kalau tak rasa nak tercabut helmet yang aku pakai tu, memang bukan aku la.


Tapi itu dulu....


Bertahun lamanya aku tak sentuh moto sejak mula bekerja dan berkereta. Bila ada kereta, aku rasa keperluan untuk naik moto tu tiba-tiba dah takde. Lupa daratan kan aku. uhuk..uhuk. Dek kerana aku dah jadi seorang yang lupa daratan, maka moto yang selama ni telah banyak berjasa pada aku, telah pun dengan rela hatinya aku berikan pada adik bongsu aku. Selama bertahun-tahun aku tak naik moto, nak dijadikan sebuah cerita pendek, aku hanya menjadi pembonceng sahaja tatkala aku diperlukan untuk kemana-mana dan memerlukan aku untuk naik moto.  Tapi itu pun boleh dikira dengan jari bilangan aku membonceng motosikal.



Ok berbalik pada soalan aku kat atas tadi. Bila satu benda yang dah lama kita tinggalkan, tetibe je harini kita kene buat. Apa korang rasa? Dan pagi ini, setelah sekian lama aku tidak merempit, dengan terpaksa menghadapi ribuan kenderaan di atas jalanraya (standard KL la kan, mana penah tak jam pepagi ni lagi-lagi time orang nak pegi keje), walaupun hanya duduk di belakang, aku rasa sangat janggal occay. Sampai je kat bawah bangunan ofis, turun dari moto, owhhh tidak..percaya atau tak, aku rasa seluruh badan aku kebas. Dan paling tragis bila aku nak berjalan terasa seluruh kaki tidak dapat berfungsi dengan baik. Poyo kan. Mana tidaknya, kat atas cite pong pang kan main, konon-konon minah rempit. Baru bonceng moto dari kajang ke KL dan pancit. Yeee..sila lah gelakkan aku.

Dan pagi ni aku adalah orang pertama yang sampai ofis. Yeahhhhhhh dan yang pastinya orang yang selalu sampai awal akan terkejut melihat kelibat aku. ngeeeeee


No comments:

Post a Comment