Friday, June 24, 2011

Adakah Aku??

Salam dan selamat sejahtera semua.

Lately ni kan aku rasa aku dah berubah. Apa yang berubah? Ye kawan-kawan, hari ini saya nak cerita berkenaan perubahan yang terjadi dalam diri saya selama beberapa hari kebelakangan ini.




1. Badan aku berubah dari seorang yang kurus tirus (ceh perasan plak cik bubble ni) kepada seorang yang montel. Mana tidaknya, sikit-sikit makan, sambil keje sambil mengunyah. Belum campur tolak bahagi darab untuk breakfast, lunch dengan dinner. And the best part is bila ada je makhluk Tuhan yang sangat baik hati meletakkan segala macam makanan atas meja keje aku. Dah cukup syarat untuk membiarkan virus gemuk merebak ke seluruh badan. Fuh dugaan!! Hari-hari aku timbang berat u ols which something yang aku tak pernah buat pun masa bujang dulu. Dan jarum timbang tu tak pernah ke kiri. Asyik bergerak ke kanan je. Menyampah!!


2. Pagi petang siang malam aku rasa mengantuk jee. Tido awal pun mengantuk, tido lambat apetah lagi kan. Rasa macam nak sorong bantal kemana aje aku pegi. Tapi nanti orang label aku sebagai orang kurang siuman pulak. Bila aku puasa, port best untuk jadi tempat tido aku, of coz la bawah meja. Sangat strategik sebab bawah meja mengadap dinding..ngehhh. Then aku saja la kan try minum puan kacip (korang tau ke puan kacip tu apa? Ala kacip fatimah lerrr), takde maknanya occay. Mata aku ni rasa macam kene gam je bila aku dah start pejam mata. Tensiii!!!



3. Asyik nak ke toilet. Kejap-kejap rasa nak terkucil padahal baru je berjumpa Mr.Toilet 5min yang lepas. Pundi kecing aku ni bocor ke apaaaa??? Nak kata aku kuat minum air, takkan masa aku puasa pun aku minum air. Logik ka? Sampai satu tahap tu aku rasa nak bawa bantal tido kat toilet terus. Penat wooo ulang alik masuk toilet. Kalau la boleh aku lekatkan mangkuk tandas tu ke punggung aku, dah tentu aku buat. Tapi tak la kan. Sudahnya, aku tertonggeng macam beruang kat atas tu. Pening!!!!


Saja je la semalam aku tanya kat pakcik google tanda-tanda awal kehamilan. Ini yang pakcik google jawab :

1. Rasa lapar yang berpanjangan - asyik makan, makan, makan

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara - tettt, sensored padahal tak perasan pon

3. Kerap membuang air kecil - lotih dah makcik nak keluar masuk toilet

4. Merasa tidak bermaya - sangat rasa tak bermaya

5. Sakit dan tegang pada buah dada - adalah sikit

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari - not sure

7. Rasa loya dan muntah - belum lagi

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan - tak check plak

9. Missed period - dah lewat 3 hari dah

10. Ujian air kencing yang positif - tak check pun



Adakah aku? Ok jangan terlalu mengharap. Sila buat kerja seperti biasa. daaaaaaa

No comments:

Post a Comment