Wednesday, June 22, 2011

Owh Asyiknya!!!

Salam semua. Dari pagi tadi selepas melangkah masuk ke ofis, keje yang bakal menanti aku ni beratur panjang sampai tak cukup jari nak mengira betapa banyaknya keje aku pagi tadi. Kejap ke sana, eh lepas tu print ke situ plak. Maklum la printer cuma sebijik kat ofis ni. Itu la satu-satunya printer buah hati pengarang jantung kami satu ofis. Bila dah ramai sangat yang print dalam satu masa, hambik ko..beratur la kami seperti menunggu ingin membeli makanan di kantin sekolah rendah. 

Fuh!!! Baru setel keje aku semua. Dengan pantas tangan mencapai tetikus hitam ku dan segera mengarah cursor ke ikon Mozilla Firefox. Google Chrome aku sejak akhir-akhir ni dilanda penyakit siput babi. Buat aku menyampah je kalau nak surf guna Google Chrome. Apa benda yang aku nak surf? Of coz la FB kan. Korang yang ada FB lagi-lagi bila banyak masa terluang kat ofis tu, sehari tak masuk FB mesti tak boleh kan? Elak macam mana pun tangan tu tetap menggedik untuk menaip perkataan Facebook. 

Best bila tengok perkembangan kawan-kawan. Percaya atau tak, FB ni telah membantu aku keep in touch dengan ramai kawan-kawan sekolah yang dah lama lost contact. Untuk itu, aku ucapkan terima kasih pada Mark Zuckerberg kerana telah mencipta Buku Muka @ Facebook ini. Tetibe je aku teringat satu video yang suami aku bagi. So touching occay especially bila video ini diberi oleh orang yang paling kita sayang.


 

Tapi untuk part yang depan je la. Yang belakang tu bila story pasal salah paham, aku abaikan sebab dah merepek dah dan kalau boleh aku tak nak terjadi pun dalam hidup kami suami isteri. Bila tengok video ni berkali-kali, aku rasa rindu sangat kat suami aku. 

 Untuk pengetahuan korang, suami aku sekarang berada di Labuan dan aku masih di sini, di kota KL yang tak pernah lekang dengan manusia yang sentiasa ada urusan. Ikut perancangan, insyaallah aku akan stay bersama suami awal tahun depan. 

Ok, berbalik pada rindu, ye aku tak malu tau nak mengaku kat blog aku yang aku tersangat rindukan suami aku. Buat apa nak malu, bukan aku buat dosa pun mengaku aku rindu suami sendiri, malah perasaan macam ni lah bagus terutama pada mereka yang baru berkahwin. Sapa tak sayang suami beb!! Asal tengok video macam ni, aku rasa sebak semacam. Rasa rindu yang teramat dalam, susah untuk diungkap melalui kata-kata.

Apa yang pasti, perasaan sebegini sangat asyik u ols. Perasaan yang halal kan. Memanglah mengasyikkan. Serius cakap, aku tak pernah rasa perasaan macam ni masa bercintan cintun mahupun masa bertunang dulu. Pada yang bakal mendirikan rumah tangga, berkahwin ni satu ibadat dan sangat best lagi-lagi dapat suami yang best. Best macam mana yang aku maksudkan? Yela, pegi mana-mana bila kita perlukan sesuatu, suami sedaya upaya dapatkan, pastu bila rasa kita tak selamat, suami cuba menjadikan keadaan supaya kita si isteri rasa selamat bersama suami.

Anyway, Sabtu ni suami akan balik ke Kajang. Tak sabar rasanya nak berjumpa dan rasa dup dap dup dap tu masih ada walaupun selepas berkahwin apabila memikirkan akan berjumpa suami nanti di KLIA. Tak sabar untuk bergurau senda, bergelak ketawa dan yang pasti usik mengusik bersama suami aku yang sangat sporting.

No comments:

Post a Comment