Tuesday, June 28, 2011

Euuuwwww Pacat Geget!!!




Pesal gedik sangat tajuk entry aku kali ni. Tengok tajuk je korang mesti dah tau hari ni aku nak bercerita pasal apa. Ye tuan-tuan dan puan-puan hatta bebudak cenonet sekalian, hari ini aku nak bercerita mengenai PACAT!!! Korang tau apa itu pacat? Tak tau??? Pada mereka yang duduk bandar mungkin la boleh dimaafkan, tapi yang memang dahulu kalanya menjadi orang kampung, kalau korang cakap tak tau pacat tu apa, meh sini aku simbah air satu baldi bagi korang sedar sikit dari dunia khayalan.

Pada yang tak tau apa itu pacat, meh tengok gambar ni (pada yang geli geleman dengan spesis macam ni, sila jangan ambil risiko untuk meneruskan niat anda melihat pacat occay)



Amacam? Rasa geli tak? Ini baru gambar, belum betul-betul real punya pacat kat depan mata korang. Kalau real pacat ada depan korang, mau terbuntang biji mata tu. Paling tidak pun mesti akan melompat tergedik-gedik sebab geli.

Nak dijadikan cerita, lepas honeymoon time, aku memang stay a few days kat kampung suami aku. Salah satu agenda suami sementara masih bercuti ialah jenguk kebun dia yang dah tak serupa kebun. Lalang-lalang tumbuh dengan rakus dan suburnya walaupun secubit baja pun tak pernah ktorang tabur. So kerja kami adalah menghayun tangan sekuat mungkin untuk menebas semak samun.

Dek kerana keasyikan aku menghayun tangan tanpa hala tuju, sedar tak sedar aku rasa kaki aku macam basah. Eh eh nak kata hari hujan awan dari pagi tadi cerah. Tak tergerak langsung nak tengok kaki. Mak mertua dah tanya aku. Takde pacat ke. Perghhhhh dengan berlagaknya aku cakap "takde pacat langsung". Padahal entah ada entah tak aku sendiri pun tak pasti.

10 minit berlalu. 15 minit. 20 minit. Ok aku dah pancit. Fuhhhh berpeluh jugalah aku menebas lalang ni. Dan jeng jeng jeng. Masa tu la baru aku tergerak nak tengok kaki aku sebab dah rasa macam melekit.


Eh apesal plak berdarah-darah kaki aku ni. Tak kan menebas lalang pun sampai berdarah kaki. Tajam sangat ke daun lalang? Then barulah adik ipar bagitau yang kaki aku dah kene geget sama itu pacat.

Eeeeee....euuuuwwwww...makkkkkkkk...tolonggggggg..kaki kene gigit pacat (sambil melompat-lompat kegedikan)

Opssss korang ingat itu ke reaksi aku bila tau kaki kene gigit dengan pacat? Silap besar la, saya bukan spesis gedik seperti itu yang terkinja-kinja tak tentu hala bila mana mengetahui kaki kene gigit dengan pacat. Reaksi aku cukuplah sekadar "owh kene gigit pacat rupanya" Alahai, pacat je pun, korang balik rumah basuh la darah tu. Setel. Bukan nampak pocong pun. Kalau nampak pocong haruslah aku angkat kain tinggi-tinggi pecut balik ke rumah.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya aku sendiri pun tak tau macam mana rasaya bila kene gigit dengan pacat. Ni pertama kali la. Dan just nak share dengan korang, pacat ni bila gigit memang tak sakit. Tak sakit langsung. Sebab tu aku tak sedar masa bila pacat gigit. Darah je lebih-lebih meleleh keluar tapi memang tak rasa sakit walaupun sikit. Inilah susahnya pacat. Dah gigit tapi tak reti-reti nak seal gigitan tu. Itu yang darah dok meleleh je. Yang susahnya kita juga. So pengajaran, kalau tak nak kene gigitan pacat, sila pakai stokin ye.


Terima kasih kerana sudi membaca. Happy reading. daaaaaa

1 comment: