Wednesday, June 29, 2011

Honeymoon Time

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak story mory pasal honeymoon plak. Pada pasangan yang sudah berkahwin especially pada mereka yang baru je mengikat satu ikatan yang suci, perghhhh ayat!!! honeymoon ni memang wajib lagi-lagi kalau dapat pergi tempat-tempat yang mendamaikan jiwa. Nama pun honeymoon, ingin bersama pasangan sepanjang masa, tak kan la korang nak pegi tempat-tempat yang menyemakkan fikiran korang kan?

So destinasi pilihan kami ialah PULAU PERHENTIAN.


Aku ambik pakej yang ditawarkan oleh Bubu Resort selama 3 hari 2 malam. Review aku sepanjang 3 hari ni, aku berpuas hati dengan service yang diberikan. Bilik penginapan memang selesa walaupun takde TV, makanan memang tip top sebab aku asyik makan je kat sana. Memang sedap. Berat pun dah naik berkilo-kilo. Aktiviti walaupun tak banyak tapi memang best. 




Aku baru tau yang pulau perhentian ni ada sekolah (sila rujuk gambar ke-2). Mula-mula ingatkan salah tengok, bila makin dekat. Sah. Memang sekolah. Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Kiranya ramai juga la penduduk kat pulau perhentian ni sehinggakan ada sekolah kat situ.




Menikmati suasana matahari terbenam. One of the activities pada hari ke-2. Kagum melihat keindahan ciptaan Tuhan. 



Hari ke-3. Dek disebabkan takde aktiviti yang boleh dibuat, aku pun ajak husband untuk berkayak. Cewah cewah. Memula tu berkobar-kobar la aku ajak nak berkayak. Ok takpe. Kayak dah ada, safety jacket dah ada, semua dah lengkap. Ayuh kita berkayak. Dayung punya dayung sedar tak sedar dah agak ke tengah. Yang kelakarnya kan. Kayak ktorang tu berpusing-pusing. Entah mana silapnya. Then husband cakap dayungan kena sama. Ok fine. I follow. But still berpusing juga. Buat la macam mana pun, kayak tu macam takmo pegi lurus. Mesti bengkang bengkok punya. Bila dah makin jauh ingatkan makin expert. Makin teruk lagi ada lah. Fed up betul. Malu pun ada. Tu la, dah tak reti nak berkayak buat lah cara tak reti. Husband sampai ke sudah asyik perli je. Layan jela.


Dah sampai ke tengah, masing-masing dah pancit. Tensi pun ada sebab kayak asyik berpusing-pusing. Take 5 kejap. Smile!!! Sebelum tu, nak share dengan korang, kayak yang aku sewa ni harganya RM15/sejam. Ada yang harga RM20/sejam dan paling mahal RM30/sejam.



SNORKELING time!!! Hari-hari ktorg snorkeling. Cerita pasal snorkeling ni. Ada tragedi yang tragis. Bila difikirkan balik, memang kelakar. Kalau nak diikutkan, ktorg hanya dibenarkan snorkeling kat tepi pantai saja, atau kawasan yang dibenarkan. Tapi hari ke-2 tu, ktorg di bawa ke tempat lain untuk aktiviti snorkeling. Laut yang lebih dalam. Sampai je kat situ, tak tunggu lama. Masing-masing terus terjun. Dek kerana keasyikan melihat pelbagai khazanah laut, sedar tak sedar aku dengan husband dah jauh dari bot. Bila nak patah balik, masing-masing dah semput. Tapi gagah juga la nak berenang balik ke bot. Entah macam mana, aku perasan yang bot ktorg tu dah bergerak nak ke tempat lain. Ktorg apa lagi, macam orang lemas terkapai-kapai angkat tangan sambil menjerit ke arah bot. Fuhhhh!! Lega beb. Nasib baik dorang perasan. Kalau tidak. Ada yang kena tinggal ni. Ha ha ha. Tapi serius malu weh dengan yang lain sebab hampir-hampir kena tinggal.


Disebabkan kamera yang kami ada tu terlalu la mahal harganya (mahal la sangat, padahal semua gambar-gambar honeymoon hanya diambil melalui kamera handphone je sebab husband lupa bawa kamera. Sadis) maka, sebelum nak snorkeling tu, ambik gambar dulu. Nak buek macam mano, at least ada la juga gambar kenangan bersama snorkeling equipment kan. Karang bila bercerita yang ktorg snorkeling, sorang pun tak caya kalau takde gambar.


Itinerary sepanjang 3 hari di Pulau Perhentian.


Kalau diberi peluang, memang aku nak ke sini lagi untuk kedua kalinya. Insyaallah.



Happy reading. daaaaa

4 comments:

  1. wahhhhhh! bestnya... mia belum pernah sampai pulau ni..

    ReplyDelete
  2. mia, memang best. air mmg jernih sesangat..snorkeling mmg best sbb ikan byk

    ReplyDelete
  3. Best betul pegi Pulau! Tak mabuk laut eh? :D

    ReplyDelete
  4. bunga, maunya tak mabuk..2 hari demam..hehe
    anyway best pulau ni..snorkeling paling best kat tepi pantai sbb ikan byk..xrugi la kiranya..tp kat laut dalam, ikan memang kurang

    ReplyDelete