Thursday, June 30, 2011

Al-Quran Menjelaskan Bahagian Otak Yang Selalu Bercakap Bohong


Assalamualaikum.

Tak sah kalau dalam seminggu aku tak share info kat blog ni. Semoga kita sema mendapat manfaat yang berguna. Kredit pada member yang rajin email aku info yang berguna. Ada beberapa ayat yang aku ubah tapi membawa maksud yang sama supaya kita semua lebih faham.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selama ini, mereka tidak mengetahui di bahagian otak manakah pada manusia yang paling bertanggungjawab terhadap kebohongan. Orang hanya tahu kalau bohong itu muncul dari ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bahagian tertentu dalam otak.

Setelah melakukan penyelidikan, akhirnya para saintis menjumpai jawapannya.

Bahawa, otak bahagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggungjawab terhadap terjadinya DUSTA ATAU PEMBOHONGAN.


Bahagian otak tersebut telah disebut di dalam Al-Quran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.

Yang amat mengagumkan adalah bahawa di dalam Al-Quran sejak berabad-abad lamanya, ada menyebut  tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahal:

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16 :

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.

Al-Quran memberikan sifat "naashiyatin kaadzibah" (mendustakan lagi derhaka).

Kenyataan seperti inilah yang dijumpai oleh ahli sains pada zaman sekarang dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.

Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan mukjizat Al-Quran yang baru dijumpai para saintis zaman moden.

6 comments:

  1. Masya-Allah. TQ for this info.

    ReplyDelete
  2. Syukran kak . Info yang menarik jugak . Naasiyatin kaazibatin ayat dari surah Al-Alaq . yang bermakna " Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah "

    Syukran

    ReplyDelete
  3. kalau nak difikirkan balik..bila seseorang tu bercakap bohong,mata mesti melihat ke atas seolah2 melihat ke ubun-ubun utk dapatkan idea

    ReplyDelete
  4. moga2 dengan jumpenye bende2 ni sebagai bukti, maken bertambah umat islam dlm mke bumi ni....untungnye sesape yg dpt mengislam seseorg...impian aku dr dulu....!!!

    ReplyDelete
  5. subhanallah..al-Quran itu benar2 mukjizat yg nyata..

    ReplyDelete