Saturday, September 8, 2012

Baby Walker

Assalamualaikum

Seperti entry sebelum ni, kali ni aku masih lagi nak bercerita mengenai perkembangan anak bujang aku yang dah pun berusia 6 bulan. Seperti sedia maklum, entry sebelum ni ada aku cerita mengenai anak aku yang dah pun berjaya meniarap dengan jayanya dan kali ni aku nak cerita mengenai walker pulak. 

Rata-rata info yang aku dapat, para ibu meletakkan anak mereka ke dalam walker seawal 5 bulan. Tapi aku decide nak letak anak aku bila dah lebih 6 bulan. Kenapa aku memilih menunggu sehingga 6 bulan? Sebab anak aku sudah pun menjadi super duper aktif. Tak larat aku nak mendukung setiap masa. 


See!!! Sungguh happy baby aqiel ni bersama walker barunya. Mula-mula masuk dalam tu, alahai nak bergerak pun kesian sangat aku tengok. Kalau tak perasan memang rasa macam anak aku statik je kat situ. Tapi sekarang, setelah seminggu penggunaan walker diteruskan, nah ambik ko!!! Kejap je ke sana ke mari. 

Ok baby, dok dendiam dalam walker occay. Mama nak buat keje. Sila bagi kerjasama ye sayang 



Tuesday, July 24, 2012

Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum


Cak!!! Lama tak update blog. Sejak laptop slow, rasa nak update blog tu semakin menipis dan lebih parah lagi seakan tidak mempunyai satu semangat untuk aku jenguk blog kesayangan aku ni. Tapi semangat itu datang kembali tatkala melihat BE yang tidak putus berkunjung ke blog yang tak seberapa ni (rasanya tak perlu la aku tunjuk screenshot BE yang aku dapat, cuma yang boleh aku kongsikan sejak ada baby ni, BE tak putus-putus menepek...alhamdulillah rezeki anak).

Entry kali ni aku nak bercerita mengenai perkembangan anak aku. Well, usia anak aku sekarang dah nak masuk 5 bulan lagi beberapa hari. Seperti baby yang lain, sudah semestinya perkara-perkara tertentu dah mampu dilakukan sendiri. Dan ketika usianya genap 3 bulan 19 hari, anak aku sudah pandai meniarap sendiri dengan jayanya. 


Taraaaaa!!!!!

Saya sudah berjaya meniarap. Well done my son 





Bahagia rasanya perasaan seorang ibu yang dapat melihat anak membesar depan mata. Kadang tu kelakar pun ada bila anak aku dah pandai meniarap, mengigau pun nak meniarap (baby pandai mengigau ke? hehe). Mana taknya, tengah syok lena, baru kejap aku paling muka pada tempat lain, tengok-tengok dah meniarap dengan mata tertutup. Sebagai langkah keselamatan, setiap kali tido, aku letak bantal besar kiri dan kanan. 

Yang ni masa anak aku genap 3 bulan. Masih lagi cuba-cuba untuk meniarap tapi misi gagal. Takpe, cuba lagi 




Dan yang ni 4 bulan sudah. Misi untuk meniarap sudah berjaya. Dan sekarang anak aku sudah menunjukkan tanda-tanda untuk mengesot pulak. Fuhhh sampai berpeluh-peluh wa cakap sama lu. Go aqiel go




Entry seterusnya, aku akan update lagi perkembangan anak aku ni. Stay tuned occay ^_^

Sunday, May 6, 2012

Baby of the month contest

Assalamualaikum

Aku kembali bersama entry yang baru selepas beberapa minggu habis berpantang. Lega weii. Maunya tak, 44 hari pantang itu ini tapi yela berpantang ni sebenarnya untuk kita gak. Kesihatan kita sebagai wanita. Ada kebaikan kalau kita berpantang ni. Menu aku selama 44 hari sama je. Ikan kerisi masak sup campur sawi. Takde menu lain selama 44 hari. Hahaha gila tak? Yela mak aku jaga 20 hari je pastu dah balik kajang. Segala urusan jaga baby atas bahu kami laki bini. At least aku tau gak cara nak mandikan baby.

Entry aku kali ni aku nak cite kat korang yang untuk pertama kalinya aku join satu contest. BABY OF THE MONTH CONTEST. Sekadar ingin mencuba nasib sebab hadiah dia sangat menarik.


Menarik kan hadiah dia? Tapi target aku nak dapatkan 2nd place tu je sebab memang nak car seat. Breastpump bukan satu keperluan pada aku buat masa sekarang. Direct bf la katakan. Bagi la peluang pada yang memerlukan breastpump tu. So aku sangat memerlukan car seat bagi memudahkan urusan luar aku memandangkan kerja laki aku yang tak menentu.

So pada korang yang baik hati tu, cewahhh beli jiwa la plak, minta jasa baik korang luangkan masa beberapa saat je untuk vote baby aqiel. Insyaallah ada rezeki dapatlah baby aqiel car seat baru.



Macam mana nak vote? Klik link di bawah




Tq all..muah muah


Wednesday, March 21, 2012

Cahayamata Terindah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi tatkala mengurniakan seorang cahayamata lelaki yang sempurna dan tersangatlah comelnya. Hilang segala kesakitan yang terpaksa aku tempuhi bila melihat bayi aku selamat keluar dari dalam perut aku.

Pada kakak-kakak, abang-abang, auntie, uncle sekalian, dengan berbesar hatinya saya ingin memperkenalkan putera saya

Gambar diambil 15min selepas aku keluar dari Labour Room

Details baby :
Nama Penuh : Aqiel Najwan bin Saizulazmil
D.O.B : 1st March 2012
Tempat Lahir : Hospital Labuan
Masa Lahir : 4.10 PM
Berat Masa Lahir : 3.3 kg (Lahir secara normal)

Pengalaman bersalin? Ikutkan due aku 24hb Feb. Tapi sehingga tarikh tu, aku takde rasa sakit-sakit apatah lagi turun tanda. Tengahari lepas solat Jumaat, aku dengan husband bergegas ke hospital untuk serah diri. Then smpai je hospital, doktor bagi extra 10 hari lagi. Kalau masih takde rasa sakit atau turun tanda, induce la jawabnya. Alhamdulillah 1hb tu dalam kul 2 pagi aku rasa basah je kat bawah tu. Alamak, nape aku tak rasa nak kencing pun, tau-tau je basah tilam. Mulanya suspek kencing, sekali buka lampu, hambik ko. Darah meleleh tak hengat. 

1st experience, gila gabra aku masa tu. Panggil laki aku, tak maunya bangun. Last aku kuatkan suara barulah laki aku bangun dengan kelam kabutnya. Oh ya, kebetulan mak aku sampai 29hb pagi tu. Baby aku tunggu nenek dia juga baru nak keluar. Tak tunggu lama, aku mandi siap-siap terus gerak pegi hospital. Dalam kul 2.30 pagi sampai hosp then check bukaan dah 2cm. Masa ni tak sakit lagi, so boleh la tido lena kan. Kul 5 pagi baru start sakit. Masa ni la baru aku tau kan betapa sakitnya sakit kontraksi ni. Sakit gila beb. Susah nak describe sakit kontraksi ni. Pinggang rasa nak patah. Badan rasa macam nak terpisah dua. 

Dekat 11 jam juga aku menanggung kesakitan. Akak-akak kiri kanan depan aku semua dah selamat beranak tapi aku tak beranak juga. Mungkin sebab anak sulung, so lambat la sikit. Petang kul 3.30 doktor check bukaan dah 6cm. Aku ditolak masuk Labour Room. Check bukaan dah 9cm. Tapi baby jauh lagi dari pintu, so aku kene teran baby sampai ke pintu. Bayangkan entah berapa puluh kali aku teran, dalam 25min aku asyik meneran je semata-mata nak push kepala baby ke pintu bukaan tu. Then dah nampak sikit kepala baby, aku nak kena teran lagi bagi baby keluar. Entah berapa puluh kali juga. Dek sebab aku dah takde tenaga, aku lupa yang tak boleh angkat punggung, dengan tak sengaja aku terteran sambil angkat punggung. Tinggi plak tu. Dah sakit, apa pun tak peduli. hak hak hak korang jangan ikut apa aku buat. Sebab sangat bahaya.

Syukur tepat jam 4.10 petang aku selamat melahirkan. Leganya Tuhan aje yang tau. Sakitnya pun Tuhan aje yang tau. Tapi dalam pada sakit tu tak pulak terlintas kat fikiran aku yang aku dah tak nak beranak lagi pasni. Apa pun pengalaman bersalin ni lain-lain pada setiap orang. Pahala wanita melahirkan anak ni sangat besar ganjarannya. Hari ni hari ke 21 aku berpantang. Berat dah turun dan yang pasti aku sudah kurus kembali..Yeeehaaaaa


Lain-lain gambar baby sepanjang 21 hari






Tali pusat tanggal hari yang ke 12. Then hari ke 15 cukur rambut


Muka redha je nak cukur rambut


 Tadaaaaaa. Sudah menjadi budak botak. Kepala dah ringan, tido pun lena. Krooohhh kroooohhhhh


Sunday, February 26, 2012

4 Keadaan Wanita Perlu Mandi Wajib

Assalamualaikum

Sebelum aku beranak (entah la bila baby aku nak keluar dari perut ni, padahal entry sebelum ni aku cakap maybe yang terakhir sebelum aku beranak), aku rasa macam terpanggil untuk share satu info ni bersama kalian semua. Mungkin ada setengah dari kita yang memang sedia maklum akan hal ni, alhamdulillah pada yang tahu tapi pada yang belum, aku sangat rasa bersyukur sekiranya info yang ingin aku kongsikan bersama ni dapat dimanfaatkan bersama.

Pada kaum hawa, dulu-dulu zaman sekolah mesti kita ada ambil subjek agama Islam kan. Mesti korang tau 4 keadaan yang menyebabkan mengapa kita sebagai wanita beragama Islam perlu mandi wajib. Pada yang samar-samar, meh sini aku senaraikan :

1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak

Aku pasti no 1, 3 dan 4 tu mesti korang dah sedia maklum kan. Yang menjadi masalahnya, ada di antara kita yang konfius. RAMAI YANG MENGANGGAP WILADAH DAN NIFAS TU SAMA. Oh tidak sama sekali ye kengkawan. Malah aku sendiri pun ingin wiladah dan nifas adalah sama. Rupanya berbeza.

Ni sedikit info yang aku google untuk pengetahuan korang :


MANDI WAJIB WILADAH DAN NIFAS ADAKAH SAMA?
Soalan: Saya seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Masalah saya, adakah saya perlu mandi wajib nifas selepas saya habis pantang (berhenti darah nifas) sekali sahaja. Kerana saya ada mendengar bahawa seorang perempuan bersalin, perlu mandi dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Minta penjelasan? (Anis-PMM)
Jawapan: Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok saya definisikan maksud wiladah dan nifas. Wiladah ialah bersalin dan nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin. Oleh itu wiladah dan nifas adalah dua darah yang berbeza. Oleh sebab itu perempuan yang bersalin perlu mandi wajib dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani. Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri. Wallahu a’lam.



Kenapa aku rasa terpanggil untuk share info ni? Sebab Tuhan dah buka mata aku luas-luas untuk tidak mengambil mudah perkara wajib dalam agama Islam. Syukur aku masih belum terlambat. Then kelmarin aku saja google mengenai mandi wiladah ni, aku terkejut bila mana ada para ibu yang dah beranak pinak tak pernah mandi wajib wiladah. Mereka menyangka wanita bersalin hanya perlu mandi selepas darah nifas kering. Dan apa yang aku faham, sekiranya kita kaum ibu tidak mengerjakan mandi wajib wiladah sejurus selepas melahirkan anak, segala amalan kita tidak akan diterima. Tidak kah sia-sia saja amalan kita hanya kerana kurangnya ilmu pengetahuan?

Mandi wiladah ni takdelah betul-betul dilakukan lepas kita beranak je terus kena mandi. Kalau dah tak larat tu, tunggu la sampai kita betul-betul boleh berdiri. Islam bukan agama yang kejam. Tapi ada juga kaum ibu bagi alasan takut masuk angin la kalau basahkan kepala bla bla bla. Alasan yang sangat tak masuk akal. Takut masuk angin, sila guna air suam. 

Nasihat aku (aku idak lerr baik mana, tapi selagi mampu untuk menegur sesama sendiri, tak salah untuk aku lakukannya)

Kaum ibu - tiada alasan untuk tidak mandi wajib wiladah sekiranya anda mengetahui hukum mandi wajib tersebut. Tak larat nak mandi, minta bantuan suami atau keluarga terdekat. Takut masuk angin sekiranya basah rambut, mandi la guna air suam

Kaum bapa : ini yang aku paling kesian sebab ada segelintir bapa yang memang tak tahu pun pasal ni, tapi masih selamba cakap bukan dia yang melahirkan. Bukan ke tugas suami itu membimbing isterinya?


Minta share pada kengkawan kalian ye mana-mana yang tak tahu. Harapnya lepas ni ada yang tak konfius bahawa wanita yang melahirkan anak perlu mandi wajib sebanyak 2 kali..Untuk keterangan lanjut, korang boleh google sendiri