Wednesday, March 21, 2012

Cahayamata Terindah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi tatkala mengurniakan seorang cahayamata lelaki yang sempurna dan tersangatlah comelnya. Hilang segala kesakitan yang terpaksa aku tempuhi bila melihat bayi aku selamat keluar dari dalam perut aku.

Pada kakak-kakak, abang-abang, auntie, uncle sekalian, dengan berbesar hatinya saya ingin memperkenalkan putera saya

Gambar diambil 15min selepas aku keluar dari Labour Room

Details baby :
Nama Penuh : Aqiel Najwan bin Saizulazmil
D.O.B : 1st March 2012
Tempat Lahir : Hospital Labuan
Masa Lahir : 4.10 PM
Berat Masa Lahir : 3.3 kg (Lahir secara normal)

Pengalaman bersalin? Ikutkan due aku 24hb Feb. Tapi sehingga tarikh tu, aku takde rasa sakit-sakit apatah lagi turun tanda. Tengahari lepas solat Jumaat, aku dengan husband bergegas ke hospital untuk serah diri. Then smpai je hospital, doktor bagi extra 10 hari lagi. Kalau masih takde rasa sakit atau turun tanda, induce la jawabnya. Alhamdulillah 1hb tu dalam kul 2 pagi aku rasa basah je kat bawah tu. Alamak, nape aku tak rasa nak kencing pun, tau-tau je basah tilam. Mulanya suspek kencing, sekali buka lampu, hambik ko. Darah meleleh tak hengat. 

1st experience, gila gabra aku masa tu. Panggil laki aku, tak maunya bangun. Last aku kuatkan suara barulah laki aku bangun dengan kelam kabutnya. Oh ya, kebetulan mak aku sampai 29hb pagi tu. Baby aku tunggu nenek dia juga baru nak keluar. Tak tunggu lama, aku mandi siap-siap terus gerak pegi hospital. Dalam kul 2.30 pagi sampai hosp then check bukaan dah 2cm. Masa ni tak sakit lagi, so boleh la tido lena kan. Kul 5 pagi baru start sakit. Masa ni la baru aku tau kan betapa sakitnya sakit kontraksi ni. Sakit gila beb. Susah nak describe sakit kontraksi ni. Pinggang rasa nak patah. Badan rasa macam nak terpisah dua. 

Dekat 11 jam juga aku menanggung kesakitan. Akak-akak kiri kanan depan aku semua dah selamat beranak tapi aku tak beranak juga. Mungkin sebab anak sulung, so lambat la sikit. Petang kul 3.30 doktor check bukaan dah 6cm. Aku ditolak masuk Labour Room. Check bukaan dah 9cm. Tapi baby jauh lagi dari pintu, so aku kene teran baby sampai ke pintu. Bayangkan entah berapa puluh kali aku teran, dalam 25min aku asyik meneran je semata-mata nak push kepala baby ke pintu bukaan tu. Then dah nampak sikit kepala baby, aku nak kena teran lagi bagi baby keluar. Entah berapa puluh kali juga. Dek sebab aku dah takde tenaga, aku lupa yang tak boleh angkat punggung, dengan tak sengaja aku terteran sambil angkat punggung. Tinggi plak tu. Dah sakit, apa pun tak peduli. hak hak hak korang jangan ikut apa aku buat. Sebab sangat bahaya.

Syukur tepat jam 4.10 petang aku selamat melahirkan. Leganya Tuhan aje yang tau. Sakitnya pun Tuhan aje yang tau. Tapi dalam pada sakit tu tak pulak terlintas kat fikiran aku yang aku dah tak nak beranak lagi pasni. Apa pun pengalaman bersalin ni lain-lain pada setiap orang. Pahala wanita melahirkan anak ni sangat besar ganjarannya. Hari ni hari ke 21 aku berpantang. Berat dah turun dan yang pasti aku sudah kurus kembali..Yeeehaaaaa


Lain-lain gambar baby sepanjang 21 hari






Tali pusat tanggal hari yang ke 12. Then hari ke 15 cukur rambut


Muka redha je nak cukur rambut


 Tadaaaaaa. Sudah menjadi budak botak. Kepala dah ringan, tido pun lena. Krooohhh kroooohhhhh


30 comments:

  1. comelnyer.....jeles tul tgk org dpt bby...huhu

    ReplyDelete
  2. salam..tahniah ye :)

    -doa kan saye plakkk :)

    ReplyDelete
  3. tahniah.. x sabar nak deliver.. hehehe.. comeynya.. :)

    ReplyDelete
  4. semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh baby aqiel najwan. tahniah kak. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak ! Lepas ni ley la buat satu pasukan bola sepak hehe. Baru riuh satu rumah tu. Seronok baca entry akak kali ni. Best =)

    ReplyDelete
  6. Mabruk atas kemunculan org baru dlm family.Semoga Allah kurnia n tambahkn lagi barakah.

    p/s:akak jgn lupa jadual imunisasi anak n ur post-natal checkup as well...

    ReplyDelete
  7. Tahniah...comel baby..semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat..amiin.

    :-)

    ReplyDelete
  8. tahniah kak.. semoga menjadi anak yg soleh kelak! anis dah follow akak.. jempot follow anis ye.. =)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah . tahniah kak . comel sangat baby akak . [:

    ReplyDelete
  10. tahniah ye...bila baca pengalaman org bersalin ni gerun juga...huhu

    ReplyDelete
  11. comelnya baby akak.. :D geram piqah tgokk.. :) rasa nak peluk2 ja.. :D apa pown tahniah ye akak..

    ReplyDelete
  12. Syukur dah ada anak :) Comeynya....:)

    ReplyDelete
  13. Tahniah..
    salam singgah balas kunjungan..

    ReplyDelete
  14. comel bby akak . seram pulok bace time akak nak bersalin 2 .
    macam deqja pulok nak bersalin . sakkiitt :)

    tahniah , cute bby 2

    ReplyDelete
  15. comelnye baby tu,,
    anyway, tahniah akak!! :)

    ReplyDelete