Tuesday, July 24, 2012

Langkah Demi Langkah

Assalamualaikum


Cak!!! Lama tak update blog. Sejak laptop slow, rasa nak update blog tu semakin menipis dan lebih parah lagi seakan tidak mempunyai satu semangat untuk aku jenguk blog kesayangan aku ni. Tapi semangat itu datang kembali tatkala melihat BE yang tidak putus berkunjung ke blog yang tak seberapa ni (rasanya tak perlu la aku tunjuk screenshot BE yang aku dapat, cuma yang boleh aku kongsikan sejak ada baby ni, BE tak putus-putus menepek...alhamdulillah rezeki anak).

Entry kali ni aku nak bercerita mengenai perkembangan anak aku. Well, usia anak aku sekarang dah nak masuk 5 bulan lagi beberapa hari. Seperti baby yang lain, sudah semestinya perkara-perkara tertentu dah mampu dilakukan sendiri. Dan ketika usianya genap 3 bulan 19 hari, anak aku sudah pandai meniarap sendiri dengan jayanya. 


Taraaaaa!!!!!

Saya sudah berjaya meniarap. Well done my son 





Bahagia rasanya perasaan seorang ibu yang dapat melihat anak membesar depan mata. Kadang tu kelakar pun ada bila anak aku dah pandai meniarap, mengigau pun nak meniarap (baby pandai mengigau ke? hehe). Mana taknya, tengah syok lena, baru kejap aku paling muka pada tempat lain, tengok-tengok dah meniarap dengan mata tertutup. Sebagai langkah keselamatan, setiap kali tido, aku letak bantal besar kiri dan kanan. 

Yang ni masa anak aku genap 3 bulan. Masih lagi cuba-cuba untuk meniarap tapi misi gagal. Takpe, cuba lagi 




Dan yang ni 4 bulan sudah. Misi untuk meniarap sudah berjaya. Dan sekarang anak aku sudah menunjukkan tanda-tanda untuk mengesot pulak. Fuhhh sampai berpeluh-peluh wa cakap sama lu. Go aqiel go




Entry seterusnya, aku akan update lagi perkembangan anak aku ni. Stay tuned occay ^_^

17 comments:

  1. Comel. Tahniah cik bubble kerana berjaya menjadi seorang ibu yang baik. ^_^

    ReplyDelete
  2. waa.. comelnye anak akak, tahniah akak n___n

    ReplyDelete
  3. geram tgokkk nye....comeiiiii sgt2,,,,... ^^,)

    ReplyDelete
  4. gebot jln sini...
    tahniah encik bulat bambam berjaya meniarap....^_^

    ReplyDelete
  5. comelnya baby... gebu dan bambam... hehe...

    ReplyDelete
  6. weeee
    comeinyer dier...grrrr...
    geram..hihi ;p

    ReplyDelete
  7. comel...geram...nk cubit leh? hihi

    ReplyDelete
  8. wah semua kancing gigi sebab geram tgk kecomelan hero ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. thanks semua atas komen yang diberikan..syukur alhamdulillah dikurniakan cahayamata yang sihat dan comel..amin

    ReplyDelete