Friday, July 8, 2011

Kedudukan Sujud Yang Betul Ketika Mengerjakan Solat


Assalamualaikum.

Saja nak share info di hari Jumaat ni. Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat dari info di bawah. Credit to my friend yang rajin menghantar email pagi Jumaat ni.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum WBT tuan/puan

Tiga bulan lepas saya mendengar Radio FM Alor Setar waktu petang Kedah FM selalu panggil ustaz ceramah bab agama...Ustaz tu kata Wajib bila sujud perut jari kaki kena sentuh lantai kesemuanya...Dalam pada tu ada call tanya ustaz...'Kalau imam sujud perut kaki tak sentuh lantai camna?' Ustaz jawab kita kena mufarakah...

Saya balik saya cuba sujud macam tu...sukar juga nak sentuh semua perut jari kaki...

Saya pon pergi surau ramai org sembahyang sujud perut kaki tak sentuh lantai, kat Masjid waktu sembahyang tarawikh pon ramai, sukar untuk saya bagi tau...ada juga kadang2 naik jadi imam...mufarakahlah saya.....

Jadi saya search kat web tanya ustaz Google..ada org cakap tak perlu perut kaki sentuh semua memadai yang termampu contohnya Ibu jari kaki, kaki kedua selepas ibu jari dan kaki ketiga....sunat sentuh semua. Mana satu yang betul Wajib atau Sunat sentuh semua

Saya ingin syer dengan tuan puan...maaf kalu tuan puan dah maklum... Kalu ada dalil dan komen sila hebah disini


Elok copy dan print poster sujud tu...lekatkan kat masjid dan surau


salam ustaz,

ada soalan drpd shbt ana, sepertimana diketahui, anggota sujud masa solat ialah tujuh. 2 drpdnya ialah perut jari kaki.

so, soalannya, adakah sah solat sekiranya kaki tidak mencecah sejadah, atau memacakkan kaki, atau melipat kaki kebelakang dengan sengaja. adakah sah solatnya, n apakah hukumnya.

sekian wassalam

***************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada Insya-Allah.

Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi saw :-


أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
"Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki......" [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].


Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :

وْ أَخَلَّ بِعُضْوٍ مِنْهَا لَمْ تَصِحّ صَلاته
"Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya"


Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :- 
 
واشترط الشافعية أن يكون السجود على بطون الكفين وبطون أصابع القدمين، أي أنه يكفي وضع جزء من كل واحد من هذه الأعضاء السبعة كاجبهة، والعبرة في اليدين ببطن الكف، سواء الأصابع والراحة، وفي رجلين ببطن الأصابع، فلا يجزئ الظهر منها ولا الحرف.
 "Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. " [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]

Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.

Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. WA.

Sekian, wassalam



Thursday, July 7, 2011

Good News

Assalamualaikum.

Kawan-kawan semua. Minta maaf sebab semalam tak terjah dan berlaga hidung langsung kat blog korang. Saya agak kurang sihat. Dan pada yang terjah ke blog saya ni, terima kasih banyak-banyak. So harini, kerja merempit akan saya lakukan seperti biasa ye. Siap sedia semua. Ha ha ha.

Actually, ada cerita yang ingin aku kongsikan harini (kejap aku kejap saya, belasah jela kan). Disebabkan keadaan aku malam kelmarin yang mendesak suami untuk membawa aku ke klinik, maka aku pun ke klinik untuk mendapatkan rawatan. And guess what? Kami dapat berita yang paling ditunggu-tunggu.

Ye kawan-kawan. Saya kini disahkan mengandung. Saya sangat gembira dengan berita ni sebab saya memang tak sabar-sabar untuk melihat baby saya sendiri. Dan saya percaya, semua pasangan yang sudah berkahwin pasti akan menunggu saat-saat seperti ini. Bahagianya saya. Kawan-kawan mesti tertanya-tanya kan berapa usia kandungan saya. Mengikut perkiraan doktor, mungkin kandungan saya sudah masuk minggu ke-4. Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah SWT kurniakan.

Gambar ehsan dari pakcik google


Kini saya sangat memilih makanan. Bukan untuk saya juga, tapi untuk baby saya. Mual-mual? Saya belum rasainya lagi. Masih awal. Tapi saya rasa saya perlu membawa bekal asam di ofis saya bagi mengelakkan kejadian yang sangat tidak diingini. Cuma kadangkala ada la masa-masa saya rasa ingin teruweeekkk uweekkkk tapi tidaklah sampai rasa mual atau loya. Mungkin badan saya saja yang mengada-ngada.

Bagi kaum hawa, kita semua inginkan keluarga yang bahagian bukan? Saya juga begitu. Saya dan suami mengharapkan anak yang lahir menjadi anak yang soleh dan hormat pada orang tua. Dan mengharapkan semoga kami menjadi orang tua yang terbaik dan memahami  untuk anak-anak kami. 

Gambar ehsan dari pakcik google


Oh ya, selingan untuk entry kali ini. Sedihnya saya bila berita di TV3 semalam mengisahkan seorang ibu yang tidak tahu menahu langsung akan kematian anaknya berusia 4 bulan di bawah jagaan pusat pengasuh. Beliau mengetahui akan kejadian tersebut melalui jirannya. Sebaknya rasa. Saya yang belum lagi bergelar ibu pun dah terasa akan kesedihan itu, ini kan pula ibu kepada bayi tersebut. Semoga beliau tabah. Tak lupa juga pada kejadian-kejadian sebelum ni berkenaan pembuangan bayi, bayi terjatuh dari bangunan yang tinggi etc. Sangat merobek hati. Binatang yang tidak berakal pun tahu sayangkan anaknya, inikan pula kita manusia yang dikurniakan akal dan cukup sifat.

Tuesday, July 5, 2011

Sapa Kata Blogwalking Tu Dah Tak Relevan?

Assalamualaikum.



Ada sesiapa antara korang yang rasa blogwalking dah tak relevan? Amboi amboi. Mentang-mentang korang dah glamer kan. Dah terkenal. Apa barang nak blogwalking ni. Korang ping je latest entry kat memana, sure beribu riban traffic naik. Memang la blogwalking ni dah tak boleh digunapakai tapi hanya pada blogger otai la. Untuk blogger picisan macam aku ni, blogwalking tu sangat efisen. 


Actually aku start blogging ni baru je lagi. Maksudnya secara aktif tu baru beberapa bulan yang lepas. Tak sampai setahun pun. Sebelum ni ikut mood je. Nak update ke tak ikut suka hati. Famous? Aku ni famous ke? glamour apetah lagi. Kalau setakat visitor yang datang tak sampai 200, itu pun kadang-kadang tak sampai 100 sehari, ada hati nak kata aku ni blogger yang famous. Tak terjangkau dek akal fikiran aku yang aku akan menjadi blogger yang famous.

Tapi takpe, lupakan bab famous dan glamour ni. Apa yang aku nak cite kat sini, pada aku blogwalking ni banyak kebaikan pada blogger picisan seperti aku. Apa yang baiknya? Buat penat je nak terjah satu blog ke satu blog. Yang tu memang la aku tak nafikan. Ingat senang ke nak senang? Nak traffic tinggi, tapi pemalas. Apa kes? Dalam beberapa hari ni aku saja la test blogwalking. Terjah ke setiap blog. Wah, bila aku terjah setiap blog korang kan, hasilnya memang menakjubkan. Bukan sahaja dari segi traffic yang mencanak naik (walaupun tak sampai ribu riban tapi hasilnya memang puas hati), tapi aku dapat melihat pelbagai template blog yang sangat cantik dan cute mute.

Ingatkan blog aku la yang paling cantik dan cute. Perasan!!!! Keh keh keh. Kreatif sungguh la korang design blog korang. Nak aku senaraikan blog mana yang cantik, tak cukup 10 hari untuk aku senaraikan sebab terlalu banyak yang cantik dan cute. Blog aku? Hanya simple tanpa sebarang gambar yang boleh menarik perhatian. Hu hu hu sedihnya saya. Actually blogwalking telah membuka mata aku betapa ramainya blogger kat Malaysia ni. Pelbagai genre. Gosip, informasi, hiburan, personal etc. Bila dah start blogwalking ni, aku dapat berkenalan dengan ramai blogger. Kadang tu tak terkejar untuk aku jenguk balik blog korang yang sudi singgah blog aku yang simple ini. Saya minta ampun dan maaf dari kalian yang mana aku tak sempat singgah tu. Esok lusa mesti akan aku luangkan masa untuk singgah ke blog kalian. So, no worries ok as long korang masih meninggalkan jejak di shoutbox.



Bercakap mengenai shoutbox plak, tak semua blogger yang letak kat blog mereka. Nape korang tak letak ye? Rimas dengan parasit-parasit iklan yang suka datang tanpa diundang ke? Ok itu pilihan masing-masing. Bukannya apa. Kadang tu bila aku terjah blog korang yang takde shoutbox, bila nak komen kat entry, not allowed plak. So macam mana nak tinggal jejak? Itu belum lagi aku bercerita berkenaan blog yang lambat loading. Ada sekali, pc aku jadi hang dek disebabkan beberapa blog ni. Huh bahaya betul. Boleh bikin rosak sama aku punya pc.



Anyway, pada yang baru menjengah blog aku ni, salam perkenalan pada korang semua. Sila tinggalkan jejak untuk aku terjah blog korang balik. Sebab aku dah semacam ketagih untuk berblogwalking dan menambah kenalan di alam maya. Uishh bahaya. Tau dek bos aku karang, kantoi sudah. Mana tau satu hari nanti ditakdirkan kita menjadi BFF. Tak gitu?

Monday, July 4, 2011

♥ Solemnization Day ♥

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share some of the photos during my solemnization day. Sebelum ni ada aku share gambar-gambar masa wedding belah pihak lelaki. Insyaallah esok tak pun lusa takpun tulat aku share belah aku plak. Tak janji la ye. Maklum, kurang makan kismis, itu yang manjang je lupa nak upload gambar dalam pc.

Date : 29 Mei 2011
Location : Dewa Serbaguna, Kg Pandan Dalam, Ampang Selangor














Alhamdulillah. Aku dapat merasai betapa nikmat dan indahnya perasaan ini bila ketika suami selamat melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Indahnya perasaan tu bukan sebab suami aku lafaz sekali jalan je, tapi bila memikirkan aku akan masuk ke fasa yang baru, sempat juga dalam hati mengucapkan selamat tinggal pada dunia bujangku.

Oh ya, kengkawan ada bertanya. Aku tak nangis ke? Alaaaa buat apa nak nangis. Kan hari bahagia tu. Patutnya senyum sampai ke telinga. Dek kerana happy sangat, airmata aku nak keluar pun segan-segan. Karang nangis cair plak mekap ni kan. Ahakssss. Nak nangis ke tak masa nikah tu, terpulang pada individu macam mana cara nak tunjuk kebahagiaan yang baru kita kecapi.

Hope korang enjoy dengan beberapa gambar kat atas tu. Kalau nak share semua gambar, tak cukup 10 entry =)



Terima kasih atas kesudian membaca entry ini =)

Friday, July 1, 2011

Korang Nak Stay Ke Atau Angkat Kaki??

Assalamualaikum.

Banyak sangat idea dalam kepala ni dengan bermacam cerita, kalau korang perasan, hari-hari aku update blog. Ye la tengah semangat la katakan. Cer kalau idea tu tak datang-datang, berhabuk blog. 

Kalau korang berada di situasi sebegini di tempat kerja, korang nak stay atau angkat kaki?


Diganggu oleh staff lelaki yang suka bebenor nak menggatal tak tentu pasal secara fizikal atau nak lebih tepat lagi dalam bahasa omputihnya ialah sexual harrasment. Kadang-kadang yang peliknya, niat dorang ni konon-konon nak bergurau je, nak kaco-kaco staff wanita especially yang masih bujang, macam dah takde keje lain je nak dibuat, nak-nak lagi kalau pompuan tu sikit punya cun melecun. Salah tu. Dan tindakan macam ni boleh di bawa ke pihak berkuasa. Ada masa-masanya yang kita tak boleh buat perkara tu sebagai gurauan. Sensitif. Tapi yang memburukkan lagi keadaan apabila big boss sendiri yang dah join this group. Masak beb. Nak layan ke tak? Kalau bujang lagi ok la. Peluang keemasan ni. Tapi kalau yang perut ke depan, tinggi 153cm je,  rambut agak jaghang-jaghang, anak-anak dah siap boleh buat 1 team bola, korang mau ka? Jangan jadi desperate woman. Unless kalau dah itu memang jodoh korang. Itu kes lain. Kes macam ni memang banyak terjadi kat merata tempat. Especially tempat-tempat public. Aku sendiri pun pernah kene. Rasa nak debik je mamat tu.



Selalu dibuli oleh pihak atasan. Part ni yang paling menyakitkan hati. Mana tidaknya, sometimes keje yang sedia ada pun tak terkejar, lagi mau tambah beban yang sedia ada. Paling sadis siap bagi dateline lagi. Hari ni bagi lusa dah minta. Padahal keje yang dia bagi, sikit punya banyak tak hengat dunia. Kalau kita expert takpe, kalau tak expert? Entah sapa-sapa punya keje la yang dia bagi kat kita. Main belasah je. Dah la terkial-kial nak siapkan keje, siap kene gasak dengan pihak atasan lagi sebab keje tak siap-siap. Apa ingat kita robot ke?  Dah submit, ada je yang tak kena. Haihhhh bos ni memang nak kena debik ke? Cewahhhh. Dalam hati boleh la kita cakap macam ni kan? Realitinya? Haram korang nak cakap. Tapi bila tengok pihak atasan relaks je siap boleh main game lagi, aku rasa tindakan yang wajar untuk orang atasan macam ni, memang debik sebijik je la jawabnya. Opssss terlebih sudah. Korang jangan buat. Aku cakap je. Bila stress keje bawa ke rumah, kita nak berehat kat rumah pun dah ikut sama stress. Kalau hari-hari macam ni, korang nak stay ke angkat kaki?




Ofismate ada hobi pok pek pok pek je keje dia. Suka mengata orang sana sini. Bayangkan, tengah korang sibuk nak siapkan keje, dia datang semata-mata nak cakap benda merapu. Buat tambah dosa je. Ye la, cepat korang setelkan keje, maka boleh la balik rumah on time kan. Balik lambat kalau bayar OT takpe la, kalau tak bayar? Nganga je la jawabnya. Aku percaya mesti ada golongan-golongan seperti ini kat ofis korang. Ada tu siap bergaduh lagi bila wujudnya pihak ketiga yang suka menyampai. Bila dah jadi macam ni, maka mula la adegan perang mulut sesame sendiri dan seterusnya suasana untuk bekerja pun dah semakin menurun. Motivasi untuk bekerja dah hilang.



Ada someone kat tempat keje memang minat gile dengan korang. Gila-gila punya minat. Fanatik la katakan. Dan paling best sekali bila yang minat kat korang tu ialah bos korang yang hensem dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Apa je yang korang nak dia mesti bagi. Tak best ke bila ada orang yang sentiasa layan korang macam raja/permaisuri. Syok wooo. Tapi janganlah berlebihan. Boleh mendatangkan rimas pada mereka yang tak suka terlalu diberi perhatian. Tapi, bila korang tolak cinta dia, haaa ape lagi, macam-macam yang dia buat. Antaranya, tak bagi keja langsung. Wah bestnya kan. Makan gaji buta je la jawabnya. Ataupun pi canang satu ofis yang korang ni la manusia paling teruk kat dunia. Takpun, paling sadis sekali bila dia putuskan line internet kat tempat korang. Ha kalau dah sampai ke tahap ni la kan, korang nak stay lagi ke tau angkat kaki?


Actually, aku bangkitkan entry ni sebab ada antara kejadian-kejadian kat atas ni telah terjadi pada adik pompuan aku sendiri sekarang ni. Kesian. Now adik aku pun dah berhenti dan menternak lemak kat rumah sambil-sambil mencari peluang kerja kat tempat lain. Yang menjadi persoalannya, lelaki yang dok tergila-gilakan adik aku ni adalah SUAMI ORANG dan juga BAPAK ORANG. Nak tanggung bini sekarang pun entah lepas entah tak, dok sibuk nak menggatal tambah cawangan. Bila lamarannya tak diterima, adik aku yang jadi mangsa. Tapi takpe sebab rezeki Tuhan di muka bumi ni luas. Allah S.W.T sentiasa bersama orang yang teraniaya. Adakah korang juga salah sorang yang menjadi mangsa keadaan seperti diatas? Kalau ya, maka banyakkan lah bersabar. Kerana kita semua tidak selalunya bertuah dan kadangkala apa yang kita kehendaki itu la yang susah untuk dimiliki. Tapi bila dah dapat, jadilah orang yang paling bersyukur.