Assalamualaikum.
Ada sesiapa antara korang yang rasa blogwalking dah tak relevan? Amboi amboi. Mentang-mentang korang dah glamer kan. Dah terkenal. Apa barang nak blogwalking ni. Korang ping je latest entry kat memana, sure beribu riban traffic naik. Memang la blogwalking ni dah tak boleh digunapakai tapi hanya pada blogger otai la. Untuk blogger picisan macam aku ni, blogwalking tu sangat efisen.
Actually aku start blogging ni baru je lagi. Maksudnya secara aktif tu baru beberapa bulan yang lepas. Tak sampai setahun pun. Sebelum ni ikut mood je. Nak update ke tak ikut suka hati. Famous? Aku ni famous ke? glamour apetah lagi. Kalau setakat visitor yang datang tak sampai 200, itu pun kadang-kadang tak sampai 100 sehari, ada hati nak kata aku ni blogger yang famous. Tak terjangkau dek akal fikiran aku yang aku akan menjadi blogger yang famous.
Tapi takpe, lupakan bab famous dan glamour ni. Apa yang aku nak cite kat sini, pada aku blogwalking ni banyak kebaikan pada blogger picisan seperti aku. Apa yang baiknya? Buat penat je nak terjah satu blog ke satu blog. Yang tu memang la aku tak nafikan. Ingat senang ke nak senang? Nak traffic tinggi, tapi pemalas. Apa kes? Dalam beberapa hari ni aku saja la test blogwalking. Terjah ke setiap blog. Wah, bila aku terjah setiap blog korang kan, hasilnya memang menakjubkan. Bukan sahaja dari segi traffic yang mencanak naik (walaupun tak sampai ribu riban tapi hasilnya memang puas hati), tapi aku dapat melihat pelbagai template blog yang sangat cantik dan cute mute.
Ingatkan blog aku la yang paling cantik dan cute. Perasan!!!! Keh keh keh. Kreatif sungguh la korang design blog korang. Nak aku senaraikan blog mana yang cantik, tak cukup 10 hari untuk aku senaraikan sebab terlalu banyak yang cantik dan cute. Blog aku? Hanya simple tanpa sebarang gambar yang boleh menarik perhatian. Hu hu hu sedihnya saya. Actually blogwalking telah membuka mata aku betapa ramainya blogger kat Malaysia ni. Pelbagai genre. Gosip, informasi, hiburan, personal etc. Bila dah start blogwalking ni, aku dapat berkenalan dengan ramai blogger. Kadang tu tak terkejar untuk aku jenguk balik blog korang yang sudi singgah blog aku yang simple ini. Saya minta ampun dan maaf dari kalian yang mana aku tak sempat singgah tu. Esok lusa mesti akan aku luangkan masa untuk singgah ke blog kalian. So, no worries ok as long korang masih meninggalkan jejak di shoutbox.
Bercakap mengenai shoutbox plak, tak semua blogger yang letak kat blog mereka. Nape korang tak letak ye? Rimas dengan parasit-parasit iklan yang suka datang tanpa diundang ke? Ok itu pilihan masing-masing. Bukannya apa. Kadang tu bila aku terjah blog korang yang takde shoutbox, bila nak komen kat entry, not allowed plak. So macam mana nak tinggal jejak? Itu belum lagi aku bercerita berkenaan blog yang lambat loading. Ada sekali, pc aku jadi hang dek disebabkan beberapa blog ni. Huh bahaya betul. Boleh bikin rosak sama aku punya pc.
Anyway, pada yang baru menjengah blog aku ni, salam perkenalan pada korang semua. Sila tinggalkan jejak untuk aku terjah blog korang balik. Sebab aku dah semacam ketagih untuk berblogwalking dan menambah kenalan di alam maya. Uishh bahaya. Tau dek bos aku karang, kantoi sudah. Mana tau satu hari nanti ditakdirkan kita menjadi BFF. Tak gitu?
hai, nice entry, sy suka. huhu. blog akak dh cantik pun.. ;) hee. sy pun baru lg dlm blogger. Salam kenal ya.. :)
ReplyDeletebtol2 kner ar rjin blogwlking..
ReplyDeleteSemata-Mata for iPhone 4 ??
ye ye..rajin2 kan la berblogwalking..
ReplyDeletesalam perkenalan semua..nice to know you guys
ReplyDeleteseronok blogwalking ni sbb dapat tgk blog2 korang yang cantik2 tu
setuju sangat dengan pendapat cik bubbele...kalau tak BW alamatnyer...sunyi sepi laaaa blog...huhuhu
ReplyDeletelike lah entry kamuu . shuke2 . hehe
ReplyDeletesetuju ngan bubble...mana tahu kan kot kot satu hari nanti kita boleh jadi bff
ReplyDeleteyup! stuju dgn entri nih.. blogwalking itu perlu untuk mempromosi apa yg ada pd blog kita sambil menambah rakan2 blogger..
ReplyDeletesaya parasit iklan xnk letak kat shoutbox :P
ReplyDeleterelevan . cari2 kwn ..:)
ReplyDeleteKalau rasa nak tengok blog saya boleh je! (Shameless Self Promotion) Sumpah saya bukan Spam-Bot.
ReplyDeletehttp://scribbledarchive.blogspot.com/
blogwalking memang penting pun..
ReplyDeletetapi klu dah blogwalking jgn masuk cari shoutbox je..
singgah bace entry & komen dulu,
baru tuan blog tu nampak kite..:)
eyh , fara still BW tao
ReplyDeletelain la kalu da jd cm CE or FL
tak bw , trafik naik
haha
btw , nice entry (: