Thursday, April 28, 2011

Indah Khabar Dari Rupa

Hanya sekadar indah khabar dari rupa. Hari ni aku nak bercerita pasal unifi. Korang mesti tau Unifi ni kan? Kononnya internet berkelajuan tinggi. Masa mula-mula aku pindah ofis ni, internet takde lagi, so aku jumpa staff TM yang memang aku dah kenal, dia suggest kat aku untuk langgan Unifi sebab kebetulan ofis aku ni memang ada coverage untuk Unifi. 



Dah la nak tunggu dorang pasang ambil masa 2 minggu, punya la sabar ktorg ni tunggu sebab kononnya nak cuba la internet berkelajuan tinggi yang digebang sana sini. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya technician Unifi datang ke ofis ktorg. dalam 3 jam juga la proses pemasangan. Bila dah siap, aku pun dengan tak sabarnya, cuba la access nak tengok laju ke tak. Ya betul memang laju, tapi!!!!!! ada tapi ni, takde lah laju mana pun, ofis aku tingkat 20 (tingkat paling atas sekali occay tapi adakah itu satu alasan?), kecewa juga la aku tapi takpela yang penting laju sikit dari streamyx. Kalau streamyx lagi laju, memang ada yang nak kene maki hamun.

Itu baru mukadimah je, tujuan entry aku ni aku nak cerita betapa teruknya servis pihak Unifi ni. Kenapa aku cakap teruk? Macam biasalah, internet kat Malaysia ni ada je masa-masa dia down, tapi kalau dah 3 4 hari down lepas tu call customer service dia dari pagi bawak ke petang setiap hari selama 3 4 hari asyik sibuk je memanjang (sekali pun tak pernah lepas dapat cakap dengan CS officer Unifi), sapa tak marah? Kalau kat rumah takpelah masih boleh aku bersabar tapi ini kat ofis. DIULANGI KAT OFIS!!!! Operation ktorg satu ofis memang stuck la. Backup memang ada, tapi broadband yang ada still tak boleh nak smooth kan operation kat ofis sebab kami semua bekerja 100% communicate melalui email. 

sekadar gambar hiasan betapa marahnya ktorg kat Unifi


Akhirnya, big boss aku dapat satu contact no (see, big boss aku sendiri dah hilang sabar, tapi sebelum dia maki orang Unifi, dia maki aku dulu..sabar jela). Dapat je cakap dengan CS Unifi ni, kaw-kaw kena makin dengan big boss aku. Antara perbualan yang aku dengar :

CS Unifi : Hello, selamat petang encik, boleh saya bantu
Big Boss : Hello, unifi kat ofis i ni dah 3 hari prob, u all pegi mana sampai my staff try call banyak kali tak dapat? (fuhh bos aku pun agaknya dah marah sangat sampai mukadimah takde terus maki)

CS Unifi : Ok encik, boleh cerita apa masalah encik? berikan saya details encik bla bla bla
Big Boss : Kan i dah cakap tadi unifi kat ofis i ni dah 3 hari tak boleh access. My staff dah banyak kali on off modem tu. Please send your technician to my ofis now. I don't care. I nak unifi kat ofis i ok by today.

CS Unifi : Ok encik, saya buat report dulu, dan technician kami akan datang dalam masa 3 hari waktu bekerja
Big Boss : What???? another 3 working days? u all gila ke apa? u ingat i meniaga kedai runcit ke? dah la 3 hari i bersabar, semua staff i berkongsi broadband yang ada, and now u ask me u will send technician within 3 days? 

CS Unifi : Kami kekurangan staff encik. Dan kebetulan takde technician kami di area ofis encik buat masa ni.
Big Boss : Takde technician area my office? dah tu yang u all jual product unifi to us ni kenapa? apa lagi alasan yang u all nak bagi? apa la lembab sangat u all buat keje? takde technician itu masalah u..yang i nak tau  by today i dapat access internet

Lepas tu big boss aku salin no report dan bagi kat aku untuk aku follow up. Macam mana pulak area Jalan Yap Kwan Seng takde technician unifi? mula-mula kata kabel utama kat bawah rosak, lepas tu technician pula takde? yang paling aku kecewa bila dorang kata takde technician untuk datang ofis buat masa ni. Habis tu kalau sebulan takde technician, sebulan la kami takde internet? Tapi bil tetap kene bayar? Dah la nak jawab call sekali pun tak pernah nak jawab, yang paling best nya orang TM yang aku kenal pun cakap dia baru je hantar email komplen pasal CS Unifi ni.

Kepada pihak TM, u all kene buat sesuatu la, sebabnya dalam iklan korang gebang sana sini bukan main. Internet berkelajuan tinggi, tapi bab service korang ni memang sangat teruk. Dan kadang-kadang connection Unifi lebih teruk dari streamyx, bukan aku suka hati nak kondem TM tapi minta pihak atasan buat sesuatu. 


P/S : Terima kasih kepada pihak TM kerana telah membiarkan kami satu ofis 'bercuti' kerana perkhidmatan terbaik Unifi anda. Disaat aku menulis entry ini, internet masih down dan aku terpaksa meminjam personal broadband ofismate aku (dan masih sempat menulis entry ini).

Monday, April 25, 2011

Durian

Ada antara korang yang tak suka makan durian? Mesti ramai yang tak suka makan durian ni kan dengan alasan bau durian yang busuk la kuat la apa2 je la. Aku tak tergolong dalam golongan yang tak suka makan durian sebab AKU SANGAT SUKA DURIAN!!! so yummyyyyy


Dari bulan lepas aku teringin sangat nak makan durian ni. Bila lalu dekat Bangi tu, ada la peniaga2 jual durian tepi jalan, tapi aku pandang je, tak berhenti nak singgah pun sebab aku tak reti nak beli durian, risau kene tipu pulak. Yang menjadi persoalannya, buah durian ni dah tak ikut musim ke sebab aku rasa sepanjang tahun lepas kerap betul nampak peniaga jual durian ni. 


Bagi penggemar durian macam aku, tengok isi kuning durian macam ni je dah cukup buat aku terliur. Tak boleh tahan beb!!!!! Semalam aku buat special request pada en.tunang iaitu nak makan durian juga. Dah lama mengidam ni nak makan durian (amboiiii mengalahkan orang mengandung pulak nak mengidam bagai). Alhamdulillah, dah memang rezeki aku sebab masih lagi ada peniaga yang jual durian tepi jalan dekat Bangi. Yang bestnya dapat makan durian kat situ juga. Sebiji RM28. Fuhh!!! Mahal juga erk harga durian sekarang padahal durian yang aku makan tu kecik je pun saiznya. Nipis la poket en.tunang kalau hari-hari aku request nak makan durian.

Friday, April 22, 2011

Tudung Nikah

Hari ni aku nak cerita mengenai tudung nikah. Aku tak nak sentuh langsung pasal baju masa aku sanding sebab orang kat butik tu dah janji yang dorang akan provide aku lengkap dari atas kepala sampai ke kaki. Confirm aku meletoppssss mengalahkan artis (ini akak kat butik tu cakap kat aku tau bukan aku saja nak sesuka riak, karang korang tengok takdelah cantik mana pun baju sanding aku, aku juga yang malu)

Berbalik pasal niat asal aku nak bercerita mengenai tudung nikah, masa majlis nikah ni nanti semua kelengkapan aku kene sediakan sendiri kecuali make up la. Aku akui yang aku ni jarang make up dan kalau make up pun memang hancur la. Takut nanti masa nikah kalau aku make up nampak serupa macam pelakon opera cina. 

Apa jenis tudung yang aku nak cari?



Yang ni cantik juga. Simple dan tak la nampak serabut dengan dipenuhi manik-manik 




Yang ni pun lawa tapi ada awning, aku tak berapa selesa dengan tudung awning tapi tak salah untuk aku mencuba



Yang ni pun cantik cuma aku tak penah lagi cuba jenis anak tudung macam ni, tak tau la sesuai ke tak tapi bila tengok orang lain pakai molek terletak je muka dorang



Aku paling suka yang ni. Cantik dan tak la meriah sangat dengan manik. Orang kata kalau nak cari anak tudung macam ni pegi Jalan TAR atau pun Semua House.

Apa pun tengok la nanti tudung apa yang aku decide nak beli. Kalau boleh nak yang simple, cantik tapi harga berpatutan (semua orang pun nak macam ni juga kan cik bubble). Bermula dari minggu ni, setiap hujung minggu aktiviti aku hanya akan dipenuhi dengan persiapan majlis perkahwinan aku je. Dan alhamdulillah sepanjang 2 bulan ni aku memang takde kelas, boleh la betul-betul fokus dengan persiapan je.


Notakaki : Semua gambar sekadar gambar hiasan dan pemberian pakcik google ~sekian

Thursday, April 21, 2011

Tido Bawah Meja

Minggu ni aku kerap betul sakit kepala tapi bukan sakit yang teruk la. Cuma ada rasa pening-pening lalat especially bila aku dah start mengadap komputer. Sampaikan satu ketika aku rasa aku tak boleh nak buat kerja langsung, yela kerja aku dah semestinya memerlukan aku sentiasa untuk mengadap skrin komputer.

Jadi, aku pun try la bertanyakan dengan pakcik google petua-petua untuk diguna pakai bagi mengurangkan rasa sakit kepala aku ni. Antara petua yang tersenarai ialah TIDO. Yesssss i loikeeeeeee. Disebabkan ofis aku ni takdelah besar mana pun kan, surau pun muat-muat orang nak solat, so aku taknak lah menganggu ofismate yang nak solat. 

Dimanakah port biasa untuk aku tido? Sudah semestinya bawah meja kerja aku (nasib baik la meja aku mengadap dinding, bila lepak bawah tu ofismate lalu lalang tak kan nampak kalau aku baring bawah meja)


Aku percaya mesti ada antara korang yang selalu tido bawah meja kerja kan bila dah takde port lain yang lebih strategik. Yang bahaya bawah meja aku ni bukan apa, bila dah mengadap dinding, keadaan agak gelap yang membolehkan untuk aku cepat lena tu sangat senang. Kesian ofismate aku terpaksa jadi MAK GUARD tolong kejutkan aku kalau aku terlajak tido sampai 2 jam. Nak tido lama-lama pegi balik rumah..ahakssss




Wednesday, April 20, 2011

Kad Jemputan

Salam semua. Hari ni aku nak cerita berkenaan kad jemputan. Alhamdulillah kad jemputan majlis perkahwinan aku dah pun siap dari minggu lepas lagi tapi baru hari ni berkesempatan untuk aku update kat blog yang tercinta ni. Tarikh keramat aku bersama en.tunang semakin dekat, so macam mana dengan persiapan aku? 

Terus terang aku katakan persiapan aku hanya 10% saja (baju nikah + baju sanding + makeup + photographer = done), yang lain insyaAllah bermula minggu ni akan aku usahakan bersama ahli keluarga lain. Korang rasa sempat tak? Mesti ada yang kata tak sempat sebab kebanyakan dari bakal-bakal pengantin buat preparation 6 bulan sebelum tarikh majlis. Tapi aku? semuanya aku buat sebulan sebelum tarikh keramat. So tengok je la nanti macam mana. 


Ni la dia kad jemputan majlis perkahwinan aku (actually yang ni khas untuk sahabat handai dan saudara mara terdekat sahaja). Minggu ni adalah sesi pengumpulan alamat dan pengeposan kad jemputan. Kepada korang yang mengenali aku (termasuk yang dah lost contact tu aku minta maaf kalau time kenduri baru nak terhegeh-hegeh cari korang sebab medium untuk aku still keep in touch cuma FB je, sila add aku P'ruz Yoes)

Pada semua kengkawan aku, tunggu kedatangan kad jemputan dari aku dan juga en.tunang. Diharap dengan kedatangan kalian ke majlis kami dapat memeriahkan lagi majlis kami nanti. InsyaAllah..