Hanya sekadar indah khabar dari rupa. Hari ni aku nak bercerita pasal unifi. Korang mesti tau Unifi ni kan? Kononnya internet berkelajuan tinggi. Masa mula-mula aku pindah ofis ni, internet takde lagi, so aku jumpa staff TM yang memang aku dah kenal, dia suggest kat aku untuk langgan Unifi sebab kebetulan ofis aku ni memang ada coverage untuk Unifi.
Dah la nak tunggu dorang pasang ambil masa 2 minggu, punya la sabar ktorg ni tunggu sebab kononnya nak cuba la internet berkelajuan tinggi yang digebang sana sini. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya technician Unifi datang ke ofis ktorg. dalam 3 jam juga la proses pemasangan. Bila dah siap, aku pun dengan tak sabarnya, cuba la access nak tengok laju ke tak. Ya betul memang laju, tapi!!!!!! ada tapi ni, takde lah laju mana pun, ofis aku tingkat 20 (tingkat paling atas sekali occay tapi adakah itu satu alasan?), kecewa juga la aku tapi takpela yang penting laju sikit dari streamyx. Kalau streamyx lagi laju, memang ada yang nak kene maki hamun.
Itu baru mukadimah je, tujuan entry aku ni aku nak cerita betapa teruknya servis pihak Unifi ni. Kenapa aku cakap teruk? Macam biasalah, internet kat Malaysia ni ada je masa-masa dia down, tapi kalau dah 3 4 hari down lepas tu call customer service dia dari pagi bawak ke petang setiap hari selama 3 4 hari asyik sibuk je memanjang (sekali pun tak pernah lepas dapat cakap dengan CS officer Unifi), sapa tak marah? Kalau kat rumah takpelah masih boleh aku bersabar tapi ini kat ofis. DIULANGI KAT OFIS!!!! Operation ktorg satu ofis memang stuck la. Backup memang ada, tapi broadband yang ada still tak boleh nak smooth kan operation kat ofis sebab kami semua bekerja 100% communicate melalui email.
sekadar gambar hiasan betapa marahnya ktorg kat Unifi
Akhirnya, big boss aku dapat satu contact no (see, big boss aku sendiri dah hilang sabar, tapi sebelum dia maki orang Unifi, dia maki aku dulu..sabar jela). Dapat je cakap dengan CS Unifi ni, kaw-kaw kena makin dengan big boss aku. Antara perbualan yang aku dengar :
CS Unifi : Hello, selamat petang encik, boleh saya bantu
Big Boss : Hello, unifi kat ofis i ni dah 3 hari prob, u all pegi mana sampai my staff try call banyak kali tak dapat? (fuhh bos aku pun agaknya dah marah sangat sampai mukadimah takde terus maki)
CS Unifi : Ok encik, boleh cerita apa masalah encik? berikan saya details encik bla bla bla
Big Boss : Kan i dah cakap tadi unifi kat ofis i ni dah 3 hari tak boleh access. My staff dah banyak kali on off modem tu. Please send your technician to my ofis now. I don't care. I nak unifi kat ofis i ok by today.
CS Unifi : Ok encik, saya buat report dulu, dan technician kami akan datang dalam masa 3 hari waktu bekerja
Big Boss : What???? another 3 working days? u all gila ke apa? u ingat i meniaga kedai runcit ke? dah la 3 hari i bersabar, semua staff i berkongsi broadband yang ada, and now u ask me u will send technician within 3 days?
CS Unifi : Kami kekurangan staff encik. Dan kebetulan takde technician kami di area ofis encik buat masa ni.
Big Boss : Takde technician area my office? dah tu yang u all jual product unifi to us ni kenapa? apa lagi alasan yang u all nak bagi? apa la lembab sangat u all buat keje? takde technician itu masalah u..yang i nak tau by today i dapat access internet
Lepas tu big boss aku salin no report dan bagi kat aku untuk aku follow up. Macam mana pulak area Jalan Yap Kwan Seng takde technician unifi? mula-mula kata kabel utama kat bawah rosak, lepas tu technician pula takde? yang paling aku kecewa bila dorang kata takde technician untuk datang ofis buat masa ni. Habis tu kalau sebulan takde technician, sebulan la kami takde internet? Tapi bil tetap kene bayar? Dah la nak jawab call sekali pun tak pernah nak jawab, yang paling best nya orang TM yang aku kenal pun cakap dia baru je hantar email komplen pasal CS Unifi ni.
Kepada pihak TM, u all kene buat sesuatu la, sebabnya dalam iklan korang gebang sana sini bukan main. Internet berkelajuan tinggi, tapi bab service korang ni memang sangat teruk. Dan kadang-kadang connection Unifi lebih teruk dari streamyx, bukan aku suka hati nak kondem TM tapi minta pihak atasan buat sesuatu.
P/S : Terima kasih kepada pihak TM kerana telah membiarkan kami satu ofis 'bercuti' kerana perkhidmatan terbaik Unifi anda. Disaat aku menulis entry ini, internet masih down dan aku terpaksa meminjam personal broadband ofismate aku (dan masih sempat menulis entry ini).
betulla khabar angin yang saya dengar... UNIFI ni lembab... sabar je la...
ReplyDeleteprefer streamyx dari Unifi..geram btol dengan unifi ni
ReplyDeleteyaaa...saya baru terkena....telefon unify sampai seminggu xpernah dapat...telefon line 100, cakap dengan operator tm, dia suruh call, unify...dah tu kena tengkinglah...dan suruh dia cuba call unify dapat ker tak....bengong punya servis....duit bill nak...pronote gila-gila...backup xda...
ReplyDeleteBiasa kalau kes-kes servis lembab mcm ni, kerja orang-orang UMNO juga.. Kroni diorang la tu.. Allah dah cabut nikmat otak cerdas. Tu yang servis sloww je..
ReplyDeleteBetul betul betul..promote kemain..service hancur..tepon CS sokmo bz..dah la tepon kena charge bukan free call. Pls do something la Unifi oiii..
ReplyDelete