Monday, April 25, 2011

Durian

Ada antara korang yang tak suka makan durian? Mesti ramai yang tak suka makan durian ni kan dengan alasan bau durian yang busuk la kuat la apa2 je la. Aku tak tergolong dalam golongan yang tak suka makan durian sebab AKU SANGAT SUKA DURIAN!!! so yummyyyyy


Dari bulan lepas aku teringin sangat nak makan durian ni. Bila lalu dekat Bangi tu, ada la peniaga2 jual durian tepi jalan, tapi aku pandang je, tak berhenti nak singgah pun sebab aku tak reti nak beli durian, risau kene tipu pulak. Yang menjadi persoalannya, buah durian ni dah tak ikut musim ke sebab aku rasa sepanjang tahun lepas kerap betul nampak peniaga jual durian ni. 


Bagi penggemar durian macam aku, tengok isi kuning durian macam ni je dah cukup buat aku terliur. Tak boleh tahan beb!!!!! Semalam aku buat special request pada en.tunang iaitu nak makan durian juga. Dah lama mengidam ni nak makan durian (amboiiii mengalahkan orang mengandung pulak nak mengidam bagai). Alhamdulillah, dah memang rezeki aku sebab masih lagi ada peniaga yang jual durian tepi jalan dekat Bangi. Yang bestnya dapat makan durian kat situ juga. Sebiji RM28. Fuhh!!! Mahal juga erk harga durian sekarang padahal durian yang aku makan tu kecik je pun saiznya. Nipis la poket en.tunang kalau hari-hari aku request nak makan durian.

3 comments:

  1. uish..
    mahal nye...
    i love durian too..
    hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe suke mkan tp xd la smpai pgkat hantu durian.. lgpon kat blkg umah ad pokok durian hehehe sdap~!!!

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  3. tu la..durian mahal juga skang ni..

    farhana : bestnya ada pokok durian

    ReplyDelete