Meh sini aku nak cerita pengalaman aku bersama komuter. Sejak keje kat kotaraya metropolitan kesayangan rakyat Malaysia ni, aku tak sanggup nak mengharungi jalan yang jam ditambah lagi ongkos tol dan parking yang sangat mencekik leher aku. So sebagai alternatif, aku memilih untuk naik pengangkutan awam iaitu komuter dan putra LRT.
Dah setahun keje ni, macam-macam hal yang aku tempuhi bersama komuter. Aku tak nak story pasal putra sebab putra setakat ni kurang memberi masalah pada aku. Sapa yang tak tau komuter tu apa? Jangan korang tak tau, masih ada lagi rakyat Malaysia yang tak tau komuter tu apa.
Ini la dia komuter kesayangan rakyat Malaysia. Pasni jangan cakap yang korang tak tau komuter tu apa occay.
Ok mari kita mula bercerita..kang bosan plak korang baca mukadimah aku yang tak cukup satu muka surat ni
Kejadian 1 : Naik komuter bersama bau durian yang menyengat hidung
Masuk dalam komuter dengan penumpang yang sentiasa ramai, kadang-kadang aku rasa rakyat Malaysia ni saja buat-buat tak prihatin atau lebih tepat pentingkan diri. Dah tau nak naik komuter tu yang sentiasa ramai orang, perlu ke beli durian masuk dalam komuter? Tak boleh tunggu sampai destinasi then pegi la cari durian. Aku memang suka durian, tapi dah masuk dalam koc dengan keadaan semua tertutup ditambah aircond yang suam-suam sejuk, satu koc kami baru durian occay. Kesian pada mereka yang lain yang tak suka durian. Dari KL Sentral sampai ke Kajang, kalau la aku tau sapa punya angkara, memang aku bagi nasihat free kat dia. Dah terang-terang makanan tidak dibenarkan dibawa masuk, masih lagi degil nak bawa. Kalau tak berbau sangat takpelah.
Kejadian 2 : Jalan kaki atas landasan
Korang penah alami tak? Jalan kaki atas landasan tau. Tak semua orang dapat merasai pengalaman ni tapi aku penah. Kenapa kene jalan atas landasan? Dalam banyak-banyak pengalaman bersama komuter, aku rasa ini yang paling sadis. Kejadian berlaku tahun lepas di antara stesen seputeh dan midvalley. Entah kenapa komuter tiba-tiba berhenti. Terkurung kami hampir 3 jam dengan aircond takde pastu pintu tak dibuka. Sorang demi sorang pengsan dalam koc kami. Geram tak terkata!!! Hampir 3 jam baru pintu dibuka dan kami semua diarah keluar dari koc dan perlu berjalan kaki atas landasan ke stesen midvalley. Huaaaaa sadis tau, kenapa la hampir 3 jam korang try repair komuter baru suruh kami keluar? Kenapa tak selepas sejam. So apa lagi, seperti rombongan cik kiah ke sukan komanwel, kami semua berjalan atas landasan ke stesen midvalley yang jauhnya 200m.
Kejadian 3 : Komuter delay, koc dah macam sardin penuhnya
Yang ni la paling aku tak suka bila komuter delay. Dah la jarak antara komuter 15min waktu puncak pun sentiasa penuh, ini kan pula bila dah delay. Bila komuter sampai, maka bermula la babak-babak pergaduhan antara penumpang yang nak masuk dengan penumpang yang nak keluar. Masing-masing tak nak mengalah. Yang masuk tolak yang nak keluar, yang nak keluar tolak orang yang nak masuk. Bila dah penuh macam sardin sampai nak bergerak kiri kanan pun tak boleh, muka yang gatal pun tak boleh garu. Ini aku tak tipu, cite betul sebab aku dah penah alami. Seksanya Tuhan aje yang tahu. Perjalanan dari KL Sentral ke Kajang yang biasanya 45 min aku rasa macam 2 jam. Dan semalam kaki kiri aku kejang, sakit gile kaki aku sebab penumpang ramai. Belum lagi aku kene siku dengan orang sebelah. Takpelah aku maafkan la dia sebab aku paham keadaan dalam koc.
Bila agaknya KTM nak upgrade servis komuter dorang ni? Dalam berita kata bulan April tahun depan. Harap-harap dorang kotakan janji pada rakyat Malaysia. Kadang-kadang kenangan pahit bersama komuter ni manis untuk dikenang sebab tak semua orang merasainya. Hanya mereka yang setia dengan komuter je tau betapa seksa bila naik komuter. Apapun terima kasih pada KTM sebab takde komuter, rakyat Malaysia akan lebih pening kepala walaupun servis korang sangat mendukacitakan.
pestime nek benda alah tuh masa g uitm isnin lepas..owh sangat2 jakon...haha..tp menyaborkan dirik bla delay kt bts..sadiss kan..? dari kl sentral nk p pdg jawa lagi r..senggot2 jadiknye..muahaaha
ReplyDelete