Tuesday, March 15, 2011

Nak Meniaga Tapi macam Tak Nak!!!

hari ni cik bubble rasa macam nak bakar duit je la..wallaaweyyy bakar duit la pulak..macam dah kaya sangat je kan..bukan bakar duit btol2 tau..u ols jangan salah faham dengan cik bubble plak..istilah bakar duit ni maksudnya nak bershopping atau apa2 jela yang memerlukan kita keluarkan duit..hari ni cik bubble rasa macam nak beli shawl je..

ye la kan..ingatkan baju je yang ada fesyen2 ni..tudung pun ada juga..dari yang ada anting2 sampaikan yang berkedut2 pun ada..so google punya google cik bubble terjumpa satu blog yang jual shawl..

KLIK!!KLIK!!KLIK!!

aik apesal kosong je blog ni..cik bubble salah masuk blog ke? atau ada masalah dengan internet connection? kebetulan ada call masuk so cik bubble pun biarkan la blog tu sementara waktu...lepas lebih kurang 5 min baru la nampak apa yang terkandung dalam blog tu..itu pun tak secara keseluruhan blog..hadoiiiiii boleh TERTIDO dibuatnya dan BUANG MASA!!!!



ni cik bubble nak nasihat sikit la ye pada peniaga2 online ni..kalo berniat nak buka business secara online..sila la ambil berat pasal hal kecepatan loading blog/website u ols tu...cepat atau lambat blog/website u ols tu sangat PENTING occay untuk buyer macam cik bubble ni..sama juga la konsep kalau kita pegi real kedai..masuk je kedai, staff atau owner kat situ masing2 muka kelat mencuka..kita yang niat nak bershopping ni jadi terbantut niat tu dek kerana kemasaman muka mengalahkan buah mangga muda..

buang la gadget2 yang tak sepatutnya..contohnya u ols letak gadget monyet yang terlompat2 kononnya cute tu..tak pun background yang bling2 kononnya nak bagi meriah blog..releven ke bendalah tu semua dalam business website u ols? pada cik bubble sebagai pembeli, yang penting dalam website tu barang yang dijual gambar mesti clear, info mesti jelas dan contact no mesti ada supaya senang nak contact..sebab cik bubble lebih suka nak berurusan melalui sms tak pun call..email2 ni leceh..kadang kala respond pun lambat..

bila dah jadi macam ni..legaaaa cik bubble sebab tak payah nak login maybank2u atau cimbclikcs...hari ni tak jadi aktiviti membakar duit...ngeeeee




No comments:

Post a Comment