Monday, March 14, 2011

Matta Fair 2011

semalam selepas menghadiri kursus perkahwinan, cik bubble ke matta fair yang bertempat di PWTC..dari stesen putra Setiawangsa, cik bubble transit di masjid jamek dan dari situ naik LRT star ke stesen PWTC..sampai je di PWTC, dari jauh dah boleh nampak orang ramai yang tak henti2 keluar masuk ke dalam PWTC..sangat crowded occay sehinggakan berlaga bahu sesama sendiri tu adalah pemandangan yang wajib dapat kita lihat di matta fair..standard karnival la kan..kalau tak ramai bukan karnival la namanya lagi2 karnival besar macam ni..




ramai kan? tapi ni tak cukup ramai kalau nak dibandingkan dengan yang kat dalam tu..memandangkan ni 1st time cik bubble jejakkan kaki ke matta fair ni (nampak sangat la cik bubble ni jarang bercuti kan) so ingatkan booth2 yang ada cuma kat bahagian luar jee..pusing punya pusing sampai dah naik letih kaki cik bubble berjalan, tibe2 terdetik dalam hati..dari mana dorang ni dapat goodies bag? rata2 dari pengunjung mesti bawa goodies bag matta fair sorang satu..

jalan punya jalan..sampai cik bubble sendiri pun tak tau mana nak pegi..just ikutkan aje la kaki ni melangkah, tiba2 ternampak macam satu kaunter..laaaa nak masuk kene bayar rupanya..so sila la bayar dulu sebelum masuk ye..haa tapi padan muka kat diri sendiri sebab sapa suruh datang lambat..goodies bag dah abis pun..huuu takpela cik bubble anggap takde rezeki nak dapat goodies bag (tapi dalam hari frusttt btol laaaaa!!!)


masuk je dalam dewan, mata cik bubble kan main meliar lagi sana sini..destinasi yang menjadi pilihan? semestinya PULAU PERHENTIAN..dah puas hati dengan segala penerangan dan juga info yang diberikan, cik bubble proceed booking dan bayar booking fee di kaunter..untuk pakej yang disediakan, cik bubble pilih pakej yang berharga RM450..harga asal ialah RM800 seorang


Pakej termasuk:
* Welcome Drink  *2 Nights Accommodation  * 2 Breakfast / 2 Lunch / 2 Tea / 1 Dinner & 1 BBQ Dinner
* 2 x Snorkeling Trips without Equipment (mask, snorkel & life jacket, rental at RM 30 per person per package)
* Return Speedboat Transfer  * 1 x Hybrid Station Trail  * 1 x Sunset Discovery  * Free WiFi

Booking fee : RM 200/person

dah selesai bayar booking fee, cik bubble tak tunggu lama untuk keluar dari dewan tu..sebab orang ramai berpusu2 keluar masuk..yang menjadi satu masalah bila nak keluar pun kene jalan berpusing2..padahal pintu keluar kat sebelah je..sakit hati betul!!!


nak keluar pun kene beratur macam gambar diatas..sebab keadaan sekeliling terlalu sesak..itu belum lagi nak bergerak pun slow..bila dapat jejak kaki kat pintu keluar tu..legaaaaaa!!!!

penat memang penat, tapi apa yang cik bubble nak dah dapat..kurang la sikit rasa penat dan sakit hati..hikssss
so PULAU PERHENTIAN, here I comeee..yeeebaaaaa yeeebaaaaa..nantikan la daku pada 7 Jun ini...


No comments:

Post a Comment