Sunday, February 26, 2012

4 Keadaan Wanita Perlu Mandi Wajib

Assalamualaikum

Sebelum aku beranak (entah la bila baby aku nak keluar dari perut ni, padahal entry sebelum ni aku cakap maybe yang terakhir sebelum aku beranak), aku rasa macam terpanggil untuk share satu info ni bersama kalian semua. Mungkin ada setengah dari kita yang memang sedia maklum akan hal ni, alhamdulillah pada yang tahu tapi pada yang belum, aku sangat rasa bersyukur sekiranya info yang ingin aku kongsikan bersama ni dapat dimanfaatkan bersama.

Pada kaum hawa, dulu-dulu zaman sekolah mesti kita ada ambil subjek agama Islam kan. Mesti korang tau 4 keadaan yang menyebabkan mengapa kita sebagai wanita beragama Islam perlu mandi wajib. Pada yang samar-samar, meh sini aku senaraikan :

1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak

Aku pasti no 1, 3 dan 4 tu mesti korang dah sedia maklum kan. Yang menjadi masalahnya, ada di antara kita yang konfius. RAMAI YANG MENGANGGAP WILADAH DAN NIFAS TU SAMA. Oh tidak sama sekali ye kengkawan. Malah aku sendiri pun ingin wiladah dan nifas adalah sama. Rupanya berbeza.

Ni sedikit info yang aku google untuk pengetahuan korang :


MANDI WAJIB WILADAH DAN NIFAS ADAKAH SAMA?
Soalan: Saya seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Masalah saya, adakah saya perlu mandi wajib nifas selepas saya habis pantang (berhenti darah nifas) sekali sahaja. Kerana saya ada mendengar bahawa seorang perempuan bersalin, perlu mandi dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Minta penjelasan? (Anis-PMM)
Jawapan: Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok saya definisikan maksud wiladah dan nifas. Wiladah ialah bersalin dan nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin. Oleh itu wiladah dan nifas adalah dua darah yang berbeza. Oleh sebab itu perempuan yang bersalin perlu mandi wajib dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani. Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri. Wallahu a’lam.



Kenapa aku rasa terpanggil untuk share info ni? Sebab Tuhan dah buka mata aku luas-luas untuk tidak mengambil mudah perkara wajib dalam agama Islam. Syukur aku masih belum terlambat. Then kelmarin aku saja google mengenai mandi wiladah ni, aku terkejut bila mana ada para ibu yang dah beranak pinak tak pernah mandi wajib wiladah. Mereka menyangka wanita bersalin hanya perlu mandi selepas darah nifas kering. Dan apa yang aku faham, sekiranya kita kaum ibu tidak mengerjakan mandi wajib wiladah sejurus selepas melahirkan anak, segala amalan kita tidak akan diterima. Tidak kah sia-sia saja amalan kita hanya kerana kurangnya ilmu pengetahuan?

Mandi wiladah ni takdelah betul-betul dilakukan lepas kita beranak je terus kena mandi. Kalau dah tak larat tu, tunggu la sampai kita betul-betul boleh berdiri. Islam bukan agama yang kejam. Tapi ada juga kaum ibu bagi alasan takut masuk angin la kalau basahkan kepala bla bla bla. Alasan yang sangat tak masuk akal. Takut masuk angin, sila guna air suam. 

Nasihat aku (aku idak lerr baik mana, tapi selagi mampu untuk menegur sesama sendiri, tak salah untuk aku lakukannya)

Kaum ibu - tiada alasan untuk tidak mandi wajib wiladah sekiranya anda mengetahui hukum mandi wajib tersebut. Tak larat nak mandi, minta bantuan suami atau keluarga terdekat. Takut masuk angin sekiranya basah rambut, mandi la guna air suam

Kaum bapa : ini yang aku paling kesian sebab ada segelintir bapa yang memang tak tahu pun pasal ni, tapi masih selamba cakap bukan dia yang melahirkan. Bukan ke tugas suami itu membimbing isterinya?


Minta share pada kengkawan kalian ye mana-mana yang tak tahu. Harapnya lepas ni ada yang tak konfius bahawa wanita yang melahirkan anak perlu mandi wajib sebanyak 2 kali..Untuk keterangan lanjut, korang boleh google sendiri



Friday, February 17, 2012

Kejutan Yang Membahagiakan

Assalamualaikum

Sebelum nak beranak ni, mungkin ni entry aku yang terakhir sebelum bertukar status menjadi seorang IBU, insyaAllah jika diizinkan olehNya. Nak dipendekkan cerita, sepanjang aku mengandung ni, idak ler mengidam apa-apa melainkan aku hanya nak makan sama seperti aku bujang-bujang dulu. Tapi dek disebabkan memikirkan masa berpantang nanti aku dah tak boleh bedal segala jenis mak nenek makanan, pagi tadi husband aku beli roti canai untuk santapan pagi kami. Aku dah tak bape larat nak masak la. Alasan je aku ni kan padahal nak manja lebih dengan laki aku.

Tengah syok dok bedal roti canai 2 keping sorang, sian laki aku kene follow diet gajah aku ni..hehehe tiba-tiba terkeluar perkataan yang aku nak makan prosperity burger (owhhh i'm lovin' it!!!) . Alasannya nak makan semua jenis makanan yang terlintas kat kepala. Then laki aku pun jawab ' ok esok kita pi McD'. 



Untuk pengetahuan korang, kat Labuan ni McD cuma ada kat airport je. Nasib baik la rumah aku sebelah airport je. Nak dijadikan cerita, macam biasa hari Jumaat kaum adam pastinya ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Biasanya kul 1.30 laki aku dah balik dari masjid tapi ini kul 2 petang tadi bayang pun tak nampak. Ok la aku assume maybe dia ada hal kot. Then dalam kul 2.30 laki aku pun balik. Buka je pintu rumah,

Supriseeeeeeeeeeeee!!!!!!

Aku yang tengah layan sapu lantai konon-konon nak tunjuk rajin kat laki aku, rasa macam nak melompat bila tengok dia bawak balik chicken prosperity burger bersama dengan ayam goreng 2 ketoi & McFlurry Oreo. Tak terharu korang bila suami kita cuba untuk dapatkan apa yang kita nak di saat-saat kita dah sarat bawa perut yang besar tu. Perasaan ibu mengandung ni lain sikit. Perhatian kene lebih. Ingat tu para suami sekalian!!! Nasib baik aku masih sedar yang aku ni mengandung, kalau tak memang aku melompat terus kat laki aku tu. 

Happynya aku bila suami aku cuba manjakan aku sampai macam ni sekali. Sepanjang mengandung ni, tak pernah sekali la apa yang aku nak makan tu tak dapat. Nak pizza, jom. Nak roti canai, jom pegi sekarang. Nak KFC bagitau je bila nak. Nasib baik juga aku tak rasa mengidam nak makan makanan yang pelik-pelik.

Apa pun saya sangat sayangkan suami saya...hiksssss suami saya adalah segalanya. Dia la schoolmate saya, classmate saya, best friend saya. Pendek kata peneman saya dunia akhirat. 



Thursday, February 16, 2012

My 1st Buffered Earnings

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan rezeki anak. Di saat-saat aku menanti kelahiran cahayamata pertama, entah kenapa setelah sekian lama tak jenguk hasil aku berblogging, hari ni aku jengah nuffnang dan seakan tak percaya, setelah hampir 2 tahun berblogging, akhirnya aku dapat juga buffered earnings. BE yang pertama occay. Dulu aku beria tunggu BE ni bila la nak jengah ke blog aku. Finally di waktu-waktu yang tak di jangka, muncul jua

Double excited occay. Kenapa? 1st sebab for sure la tak sabar nak tengok baby and 2ndly dapat BE. Thanks Allah sebab mengurniakan rezeki ini padaku. Percaya pada Allah kerana rezeki itu ketentuan dariNya. And thanks to nuffnang too sebab pengiklan telah memilih untuk memberi BE kepada blog bubble lebam. 


Pada kalian yang belum dapat BE, sabar adalah perkara yang terbaik yang boleh korang lakukan. Rezeki masing-masing tu berbeza. Macam aku, lepas 2 tahun baru dapat BE yang pertama. Kalau orang lain mesti dah give up, begitu juga aku hampir-hampir give up tapi aku tetap berpegang pada rezeki yang ditentukan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah ada rezeki tak kan kemana


Notatangan : Kalau sudi, klik la iklan kat blog saya ni...ekekekekeke sempat promote tu.

Tuesday, February 14, 2012

Menanti saat bahagia

Tick..tock..tick..tock


Bunyi jam ke? Oh tidak..tidak sama sekali. Sebenarnya minggu ni aku dah masuk minggu yang ke 38. Ini bermakna lagi 2 minggu aku bakal bergelar ibu, insyaAllah jika diizinkan olehNya. Dan kalau diikutkan, kandungan aku dah matang dan bila-bila masa sahaja aku boleh beranak tapi apakan daya, baby masih syok duduk dalam perut.

Macam mana dengan persiapan? Bercerita pasal persiapan ni kan, semuanya dah ready, tinggal lagi nak tunggu masanya saja untuk melihat baby aku ni. Tak sabar rasanya. Aku percaya, mana- mana pasangan yang menanti kedatangan cahayamata pertama, sudah pastinya tak sabar untuk melihat baby masing-masing. Melihat baju baby saja buat aku happy sangat inikan pula bila baby ku memakainya. Indahnya perasaan menjadi seorang ibu.






Semoga semuanya berjalan lancar. Amin

Tuesday, January 3, 2012

Pemilihan Nama Anak

Assalamualaikum

Wah wah wah dan wah u olssss. Lama juga aku tak update blog aku. Tup tup bila update cite pasal pemilihan nama anak pulak. Harap maklum ye aku sekarang ni dah jadi mak buyung, dah masuk bulan yang ke 8 dah pun. Bak kata orang sedang menanti saat-saat kelahiran. Perasaan aku? Of course sangat gumbira lagi mendebarkan occay. Macam orang lain yang sedang menanti cahayamata, aku pun tak terlepas juga di dalam  proses mencari nama anak.

Yes, untuk pengetahuan korang, 2 bulan lepas doc bagitau baby aku sudah pun menunjukkan pistolnya. 99% confirm lelaki, selebihnya 1% confirm bila dah deliver nanti. Anyway, masa bujang dulu aku teramat rajin mencari nama-nama yang baik dan unik. Tapi dek kerana semua ni aku tak jangka akan terjadi sebegini cepat, aku expect kawen tahun depan, so buku koleksi nama-nama yang sekian lama aku kumpul, entah kemana menghilang. Sudahnya aku terpaksa mula dari awal. Dah bermacam-macam website aku masuk. Bermacam nama yang aku pilih sampai naik juling mata ni ha. Nasib baik tak juling betul. Cik abang asyik tanya, list nama dah siap ke. Susah sangat letak je nama Muhammad. Habis cerita.

Serius korang, pening juga erk nak cari nama anak ni. Ingatkan senang je. Ngeh ngeh. Pada yang masih bujang tu, sila la mencari nama untuk anak-anak korang supaya tak pening di kemudian hari. Kerja aku hanya menyenaraikan nama yang aku suka, dan yang pasti mestilah mempunyai maksud yang baik. Nama itu kan satu doa pada anak-anak kita. Yang membuat keputusan tetap suami yang tercinta. Toksah gaduh-gaduh ye nak letak nama anak, yang penting nama itu indah, ada makna dan senang untuk dipanggil. Buat apa nama sikit punya unik, tapi nak menyebutnya sampai terbelit lidah. Kesian pada cikgu-cikgu sekolah juga.

Pada yang sudi nak share mana-mana website yang memberikan khidmat pemberian nama anak tak kira lelaki ke perempuan, yang penting nama Islam ye. Budi baik kalian amat aku hargai. Terima kasih banyak=banyak


Notakaki : Baru aku perasan, walaupun lama tak update blog, follower aku semacam bertambah dan trafik tetap seperti biasa. Thanks u olssss sebab support blog si bubble lebam ini. Xoxo