Tuesday, April 12, 2011

Beras Pun Tiruan Juga Ke!!!!

Entry aku yang lepas menyentuh mengenai isu hangat masa kini iaitu TELUR TIRUAN. Rujuk entry Palsu @ Fake. Dan sekarang ni aku nak share info mengenai beras tiruan pula (lepas ni apa yang tiruan??). Aku dapat info ni daripada email kawan pagi tadi.

Sedikit info :
dikatakan some companies kat China dah menghasilkan beras dari gabungan kentang, keledek, n plastik. kreatif kan mereka? dan kerana tahap kekreativiti yg tinggi nih maka dikatakan kita cuma perlu makan 3 mangkuk beras tiruan sahaja untuk mendapatkan hasil yg sama dgn memakan sebungkus plastik. bukan nasi bungkus yer... diulangi.... bungkusan plastik itu sendirik. 

Kerajaan China dah buat investigation untuk memantau aktiviti yg merbahaya nih. Bayangkan, kita dah siap2 kat umah nak masak yg sedap2 siap lauk daging ayam tetibe tanpa disedari nasi yg kita telan tuh sebenarnya plastik... x ker haru?

Dah lah plastik amik beratus tahun nak hancur kan? pastu kita tak sedar, kita makan nasi tuh ari2.... habis kalau dah dari kecik ko asik makan plastik, sampai ke besar la muke ko jadik muke plastik kan?






Beras daripada plastik? So pada korang yang suka beli beras dari China tu, berhati-hati la ye. So far famili aku memang beli beras tempatan je dari dulu sampai sekarang. Harapnya kerajaan lebih memantau produk-produk makanan tiruan yang semakin berleluasa

Monday, April 11, 2011

Kejap Naik Kejap Turun

Sekejap aku naik sekejap lagi aku turun. Apa yang naik apa yang turun ni? mood nak menulis dalam blog aku ni kejap ada kejap lagi takde. Macam mana nak sustain mood yang macam ni supaya blog aku tak terabai seperti blog-blog yang lepas? Idea tu banyak je nak update blog tapi tangan rasa berat je nak menaip. Sebab mood dah hilang entah kemana. Jadi, bagaimana untuk aku sentiasa rajin mengupdate blog aku?


Aku percaya kebanyakan blogger di Malaysia ni berperasaan sama seperti aku iaitu MALAS NAK UPDATE BLOG. Sekali aku dah malas, aku akan malas dan malas dan malas nak update blog. Sudahnya blog terabai then bila datang semangat yang berkobar-kobar nak update, aku akan buka lagi satu akaun blog yang baru (konon-konon nak memulakan hidup yang baru la padahal kebanyakan blog yang lepas-lepas tu, aku lupa password dengan username..hak hak hak)

Harapan aku agar blog aku sentiasa update dengan pelbagai cerita-ceriti mengenai apa jua yang aku rasa nak cerita. Pada korang yang selalu jenguk blog aku (ada ke yang rajin singgah blog cik bubble ni?), jangan bosan-bosan la dengan entry aku yang kadangkala mengarut je. Sebab blog ni adalah satu medium yang pada aku kadangkala boleh dijadikan tempat untuk meluahkan apa yang kita rasa.





Friday, April 8, 2011

Palsu @ Fake

Tak sangka betul la aku bila zaman semakin canggih, teknologi serba lengkap dan manusia semakin bijak, kita akan hidup dengan senang tapi semakin canggih teknologi itu, semakin bahaya kehidupan manusia di muka bumi ni (ahhh sudah apa aku merepek ni)

Itu baru mukadimah je. Ni aku nak cite pasal telur ayam. Rasanya semua orang pun dah tahu pasal ayam telur tiruan yang masuk berita. Tak sangka kan telur pun boleh ada tiruan. Inilah akibatnya kalau manusia semakin bijak, tapi kebijaksanaan mereka bukan kearah kebaikan tapi kepada kehancuran.

Boleh rujuk gambar di bawah, perbandingan antara telur tiruan dengan yang asli

Sumber rujukan : KLIK SINI



sila la berhati-hati ye korang, sebab aku tahu telur di memang banyak kegunaannya terutama masa majlis kenduri kendara ni. So lepas ni bukan sahaja telur, malah makanan yang lain pun kemungkinan besar akan ditiruan kan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab


Thursday, April 7, 2011

Birthday Costumes

Hari isnin lepas big bos aku bagi satu task pada aku memandangkan segala hal personal dia memang aku yang buat (tak kan aku nak kata tak nak pulak kan!! aishhhh ini lah nasib kuli seperti aku). So apa task yang dia bagi? dia suruh aku cari info mana2 kedai yang jual birthday costumes untuk anak perempuan dia berumur 2 tahun. Birthday party tu hari ahad ni.


Apa temanya? OCEAN THEME


Big bos suruh aku tengok kan kostum ikan buntal atau ikan jaws tak pun lanun (ada ke patut dia nak suruh anak perempuan dia pakai kostum ikan buntal/jaws? memang tak patut betul!!!) so dalam kepala otak aku ni kostum yang sesuai untuk anak dia mungkin mermaid




atau pun si lanun yang sedang mengganas..rasanya budak perempuan pun sesuai pakai kostum lanun ni



ada juga beberapa kostum yang kelakar tapi still cute mute tau..so cuteeee





mana nak cari kedai yang jual kostum birthday untuk budak2 ni? jenuh juga la aku cari kat internet tapi encik google macam dah buntu untuk membantu aku. Pada korang yang tahu mana-mana kedai yang jual kostum macam ni, bantuan korang sangat aku hargai



Wednesday, April 6, 2011

Segalanya Bermula - Part 2

Salam sejahtera semua pada pembaca blog bubble lebam. Untuk bahagian kedua ni, aku nak cerita mengenai HIV test. Seperti semua sedia maklum especially bakal-bakal pengantin, HIV test merupakan salah satu procedure yang semua orang wajib lakukan sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Tujuan pemeriksaan kesihatan ni, korang boleh rujuk laman web rasmi JAIS 

Khamis minggu lepas aku pergi klinik kesihatan kajang. Memandangkan aku memang tak pernah ambil tahu langsung mengenai HIV test ni, tak tahu pula nak kene buat appointment sebelum datang. Info yang aku dapat, dorang buat hari Rabu dan Jumaat sebelah petang. Bila sampai ke klinik, dorang minta aku datang 16/4. Dengan rasa teragak2, nurse tu cakap mungkin hari rabu. Esoknya aku check balik, 16hb tu hari sabtu. Aku call balik klinik, dan mungkin rezeki aku kot, dorang minta aku datang hari tu juga pukul 2.45 petang disebabkan ada yang cancel  appointment last minute. Fuhhhh lega sangat. Nak buat HIV test pun ada limit juga ye.


Boleh tahan ramai juga kat klinik ni walaupun hari bekerja


Isi borang dulu sebelum ambil no giliran 



 Menunggu giliran. Hampir satu jam juga la nak menunggu..mengantuk la


 Bilik no 10. Nak menunggu giliran sikit punya lama, tapi nak buat pemeriksaan tak sampai 5 minit pun


Ouchhhh jari ku sakit (eleh mengada betul la cik bubble ni, baru kene jentik dengan jarum sikit pun dah sakit)


result dapat masa tu juga, kene tunggu dalam 10 minit macam tu la. So HIV test - setel