Thursday, January 27, 2011

Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'

Ini adalah emel yang aku terima dari seorang kawan..cerita ni memang panjang tapi luangkan la sedikit masa kita untuk menghayati apakah hikmah yang terkandung disebalik cerita ni..

Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang ######l stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang,bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Saturday, January 22, 2011

Aku Termalu Sendiri

pernah tak korang rasa termalu sendiri? macam mana keadaan yang buat korang rasa malu?


 aku nak cite pasal keadaan yang buat aku termalu sendiri..malu bila aku cakap dengan salah orang..bukan orang yang salah tau..tapi salah orang..

kejadian berlaku kat kinokuniya @ KLCC jumaat lepas..aku dengan 3 orang ofismate yang lain masuk bookstore nak survey buku yang menarik untuk dibaca..masuk je dalam bookstore tu, bos aku pulak sms tanya macam2 pasal keje..tanya itu ini sampai nak pandang kiri kanan pun tak sempat..

nak dijadikan cerita, aku berhenti kat satu area yang penuh dengan buku berunsur Islamik..sambil belek buku tu aku reply sms bos aku..tibe2 datang la satu hamba Allah ni belek buku yang sama..dengan mata yang khusyuk reply sms dan dengan hanya berpandukan ekor mata, aku assume yang sebelah aku ni akak ofismate aku..so dengan konfidennya aku cakap "eh tebalnya buku ni kan..bila la nak habis baca"..yang menjadi persoalannya dia pun boleh balas pertanyaan aku "aah la tebal betul kan buku ni"..dah lagak macam kenal lama jee..

then aku dongak kepala, aku nampak 2 orang ofismate aku dah tahan2 gelak..oh adakah????


AKU SALAH TEGUR ORANG!!!!!

eeee...malunyaaa la aku..tak tau nak letak mana muka ni..kalau la boleh disorok dalam poket seluar..memang aku dah buat dah..lepas tu aku terus pandang pompuan sebelah aku..dia pun senyum je bila tau yang aku tegur salah orang..rasa macam nak pecut lari balik ofis time tu juga..nasib baik aku terus maintain buat muka selambe..tapi dalam hati tuhan je tau betapa malunya aku dengan kejadian tu..


Kesimpulan : tak kira betapa sibuk pun kita dengan keje..jangan la sampai tak pandang kiri kanan

Thursday, January 20, 2011

Popeyes Chicken & Biscuits

Location : Popeyes Chicken & Biscuits Restaurant @ Jln Yap Kwan Seng
Time : Lunch Hour @ 1.00Pm - 2.00 PM


1st time try makan kat popeyes during lunch hour..10min walking from our office..service dia lebih kurang macam KFC and McD juga la..tapi pada aku ayam dia memang sedap..walaupun tak la sehebat rasa ayam KFC ni sebab ayam goreng popeyes lebih pada rasa ayam goreng kat kedai2 makan + resipi KFC


we all order satu set yang ada 8 ketul ayam..so cukup 2 ketul sorang satu..sooo yummyyyyy

sebelum makan sempat lagi tu nak posing...tapi sorang ofismate tak masuk dalam gamba sebab sibuk cari sos cili..ngeeee
ayam goreng...sedap sangat
kentang plak..pon sedap
biskut..lembut dan sedap
pendek kata semua sedap la dan berbaloi-baloi


kruuppp kraappp kruuppp kraappp..sedar tak sedar sejam lebih lepak kat popeyes ni..sepantas kilat menghayunkan kaki balik ofis..next time nak lepak sini lagi..

Saturday, January 15, 2011

True Beauty

Hosted and judged by Vanessa Minnillo, along with judges Cheryl Tiegs and Nolé Marin


True Beauty is a television series in which contestants are competing to see who is the most beautiful. However, they think they are only being tested on outer beauty. The show is hosted by three judges, who judge the contestants on their inner beauty. The contestants are competing for $100,000 and to be "featured in People magazine's 100 most beautiful people issue." The series is produced by Tyra Banks and Ashton Kutcher. It premiered on SWR channel (ASTRO) every Thursday on 8.00 PM.

baru intro je..belum masuk lagi isi kepada entry aku kali ni..

apa itu cantik? or in english nya beauty? ha ni baru nak masuk part isi


ramai di kalangan kita bila bercakap pasal cantik, apa yang terus berada dalam fikiran kita adalah rupa yang cantik..kan kan kan? kecantikan ni terlalu subjektif..kenapa aku kata subjektif? sebab ia tak tetap..kecantikan ni mengikut kepada mata yang melihat sesuatu objek

ada yang kata LISA SURIHANI ni cantik..tak kurang juga ada yang kata biasa jee...tapi pada aku? dia memang cantik..ahaksss

ada yang kata HELIZA ni cantik dan manis..mata dia cantik..ayu bla bla bla..tapi ada juga tu yang kata dia ni takdelah cantik mana pun..tapi pada aku? yess dia mmg cantik..aku suka betul la cara dia pakai tudung..macam2 style dia pakai..

korang kenal ni sapa? cantik tak pada pandangan mata korang? pada mata aku memang cantik..perfect di mata aku sebagai manusia..cantik gilerrr woooo dia ni..tapi sapa ni? untuk pengetahuan korang, dia adalah Miss India 2010..



asyik cite pasal pompuan jeee...ok takpe, aku cite pasal lelaki plak..adil kan?

amacam? ensem ke tak? chinese look ni..pada aku ok la..nak kata ensem sesangat tu idak lerrr sebab bila tengok lama2 aku tak rasa nak tengok banyak2 kali..so maknanya pada mata aku sekadar good looking jee..


next!!!!

hua hua hua..boleh gugur jantung aku dengan pandangan mata mu iteww....pada mata aku yang ni baru ensem..amboiii mentang2 mat saleh idung mancung, terus aku kata ensem..


tak kisah la macam mana pun kita lihat kecantikan yang ada pada seseorang itu..sama ada dia cantik atau tak..kurus atau gemuk..putih atau hitam..manis atau ayu..hensem atau tak..macho atau bergaya..

persoalannya kat sini ialah...

ADAKAH KECANTIKAN ITU HANYA SEKADAR DI NILAI DARI LUARAN????

the best part from true beauty ni bukan hanya menilai kecantikan dari luar sahaja..tapi juga menilai kecantikan dari dalaman..apa itu kecantikan dari dalaman? ramai orang diluar sana yang salah paham di mana bagi mereka, kecantikan cukup sekadar mempunyai rupa paras yang menarik..tapi kecantikan yang sebenarnya datang dari dalaman kita..sikap kita terhadap keadaan sekeliling akan membawa kepada personaliti kita secara tak langsung

KECANTIKAN BERMULA DARI DALAM!!!!

tak perlu mengejar kesempurnaan sebab kita tak akan menjadi sempurna seperti yang kita mahukan..cukup la sekadar mempunyai etika yang betul dan apa jua tindakan yang kita buat tidak melangkaui batas seorang manusia..




notakaki : semua gambar di dalam entry ini di ambil dari google image

Wednesday, January 12, 2011

Genggam Tak Tiris

Sesungguhnya harta kekayaan yang di kurniakan oleh Allah SWT adalah suatu nikmat yang terkandung di dalamnya ujian ... mampukan kita manusia menerima ujian kesenangan dan kekayaan dunia itu ??? ... Adakah manusia yang sabar sanggup menerima kesusahan dan kepayahan hidup??? ... tidak kurang juga yang gagal bila di uji dengan kesenangan

tu baru intro jeee..ok berbalik pada tajuk entry aku kali ni..apa tu genggam tak tiris? GENGGAM TAK TIRIS ni maksudnya org yg bersifat kedekut dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT atau selalunya org yg kedekut ni kita panggil haji bakhil..kenapa haji bakhil? pd yg penah tgk cite nasib si labu dan labi (lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) mesti korang dah kenal sangat dengan haji bakhil ni kan?

aku baru je layan cite genggam tak tiris ni kat astro prima..aku selitkan sedikit info pasal cite ni

Description: Kisah mengenai Zairul anak sulung kepada Naemah dan Bahar yang begitu terkenal dengan sikap kedekut dan bakhil. Bagi adik beradik yang lain zairul dipanggil tangkai jering. Namun panggillah apa sahaja Zairul tak kisah, yang penting Zairul bahagia dengan cara dia. Lakonan: Zinan Nin, Norkhiriah, Fauziah Nawi.


perlukah kita kedekut....


sampaikan nak beli peti sejuk pun tak nak..lebih sanggup gantikan peti sejuk dengan kotak..ni kedekut taik idung masin dah ni..bukan masin lg dah...masam kelat semua ada..

apa guna kereta mewah, pakaian dan kasut yg mahal tp nak sedekahkan kasut pd mereka yg betul2 memerlukan pun kedekut..kedekut satu hal..ni ditambah kata2 hinaan yang menyakitkan hati..Allah tu maha adil..bila2 je Dia boleh tarik segala kenikmatan yg kita ada sekarang..toksah takbur sgt laa dgn kekayaan donia fana ni..

bila org sekeliling minta kita curahkan ilmu yg kita ada...haaa yg ni paling aku tak suka..aku tak suka org yg kedekut ilmu...apa sgt la ilmu yg kita ada kalau nak dibandingkan dgn org lain..bila kawan2 minta tlg ajar..mula la bg alasan2 super duper tak masuk dek akal..bz la ade hal penting la bla bla bla..apa ko dpt dgn kedekut ilmu ni? bukan boleh buat ko org paling pandai pun dgn ilmu yg ko ada tu..

menu hari ni - megi..esok pon megi lg..lusa pun still makan megi..tulat dan seterusnya makan megi..perlu ke kedekut sampaikan hari2 nak kene makan megi?  nak makan makanan lain nak kene keluar byk duit..maklommmm org kedekut ni syg duit..kdg2 tu 1sen pun berkira..lebih sanggup pilih makanan murah daripada menikmati makanan mahal tp menyelerakan..



duit berkepuk2 dlm bank tu nak bawa kemana? sampaikan lebih sanggup ikat perut dan tak peduli dgn keadaan sekeliling sehingga mengabaikan diri sendiri..dalam Islam pun ada cakap yg kita sbg manusia mmg tak perlu terlalu seronok dgn harta donia tp tak pula diminta utk kita mengabaikan keseronokan duniawi..pandai2 la balance idup antara donia dgn akhirat..


semoga kita dijauhkan dengan sifat kedekut ni...

"Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan, dan janganlah kamu bertolong tolongan dalam dosa dan permusuhan".
(Surah Al Maidah 5:2)