Tuesday, March 8, 2011

Apa aktiviti kat ofis bila internet tak ada???

hari ni dah masuk hari yang ke-3 ofis cik bubble takde internet..susah juga kan kalau internet takde ni..satu hal sebab bosan tak boleh nak layan facebook, layan forum dan layan segala hal yang berkaitan internet (nampak sangat la cik bubble ni kejenya kat ofis suka LOGIN benda bukan2)..cik bubble bukan macam tu occay..maksud cik bubble tadi ialah susah nak berinteraksi dengan orang lain yang memerlukan cik bubble menggunakan email..kejap2 pinjam BERUKBAND ofismate...ALASAN!!!!

disebabkan tak semua ada BERUKBAND kat ofis, so masing2 buat aktiviti bebas sementara menanti dengan penuh harapan moga2 ada la internet dalam masa terdekat..so sementara menanti, macam2 gaya cik bubble tengok kat dalam ofis tu..

gaya seorang boss yang tensen sebab nak email pada customer pun tak boleh...alaaaa apa susah, pegi jela mana2 starbucks terdekat..poket tebal pun still ada masalah macam ni ke? ngeeeeeee



ni fokus buat keje ke atau boring sebab internet takde?


haaa yang ni kes parah untuk fulltime/professional blogger..kalau line internet takde, dah macam business tak berjalan kalau ada business..haru jadinya


tido atas meja mengadap PC? owhhh pemandangan macam ni dah biasa sejak 3 hari yang lepas..dan cik bubble la salah seorang dari mereka yang tido depan PC sementara menanti mana2 BERUKBAND yang free untuk cik bubble pinjam..



ada seorang ofismate tanya cik bubble, macam mana la orang dulu2 buat keje takde internet ni..so cik bubble pun terfikir, mungkin perubahan taraf hidup manusia semakin meningkat, kita sebagai manusia dah biasa dengan apa yang dah tersedia depan mata, sekali benda tu takde itu yang nampak susah..

KESIMPULAN : internet ni sebenarnya merupakan satu keperluan masa kini..internet bukan saja medium untuk cari info, tapi juga tempat untuk cari rezeki seperti bizz online dan macam2 lagi la..cuma berbalik pada diri sendiri juga sebenarnya macam mana cara untuk kita menggunakan internet..






notatangan : gambar2 diatas di copy n paste dari mr.google..tq pada mr.google

Sunday, March 6, 2011

Karnival Pengantin

memandangakn cik bubble bakal menjejakkan diri ke alam perkahwinan (ohh seperti mimpi di siang hari yang cik bubble ni sebenarnya dah semakin tua..tapi rasa macam umur belasan tahun je..perasan!!!!!), jadi amat penting untuk cik bubble ambil tahu berkenaan karnival pengantin..serius cakap cik bubble tak pernah tau pun pasal karnival2 pengantin sebelum ni..karnival jom heboh tau la cik bubble..see, nampak sangat macam cik bubble ambil remeh je hal2 nak kawin ni kan



so berkat information dari encik suratkhabar metro, cik bubble pun buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke karnival pengantin bertempat ni Exhibition Hall The Mines, Serdang..memandangkan ini kali pertama cik bubble pegi, so tak boleh nak komen la meriah atau tak karnival ni..cuma tadi orang tak berapa ramai..rasanya lagi ramai orang yang buka booth dari pengunjung..sampaikan tak cukup tangan nak ambil flyers yang diberikan pada cik bubble..

haiyooo sangat pening occay bila kiri kanan depan belakang dorang dok hentam cik bubble dengan pelbagai pakej sehinggakan cik bubble rasa macam tak boleh berfikir secara rasional mana satu nak ambil..so sebagai peringatan kepada cik bubble dan juga pada u ols yang bakal menjadi raja sehari dalam masa terdekat ni, disini cik bubble senaraikan tarikh-tarikh penting untuk karnival pengantin :



31/12 - 1/2/2011 : Stadium Melawati Shah Alam.
1,2,3 April 2011  : Stadium Melawati Shah Alam
3,4,5 Jun 2011    : SACC Convec, Shah Alam.
Oktober 2011     : SACC Convec, Shah Alam





dekat karnival ni macam2 pakej ada mengikut budget dan ketebalan poket masing2..so pada cik bubble, sebagai bakal pengantin yang mempunyai ketebalan poket yang agak tiris, cik bubble sangat berhati2 memilih pakej yang ditawarkan..

so dimana destinasi seterusnya? owh ok sebelum cik bubble terlupa, pada u ols yang jenguk blog cik bubble ni, kalau ada sesapa nak rekemenkan mana2 butik untuk cik bubble ni, cik bubble sangat2 hargai sebab insyaAllah kalau takde aral melintang, cik bubble plan dengan encik tunang yang kenduri berlangsung bulan 7 atau 9..


sila email cik bubble : bubble_lebam@yahoo.com

Sunday, February 27, 2011

Sila Beratur Ye Adik-Adik

Setiap hari Jumaat, bertempat di Suria KLCC, u guys boleh tengok satu kumpulan budak2 kecik berpakaian seragam beratur panjang sambil di awasi oleh beberapa orang dewasa melangkah keluar dari KLCC..pemandangan ni boleh dilihat setiap kali cik bubble and da geng nak balik ofis lepas puas melantak kat food court..



ala la la...so cuteeee la budak2 ni..berjalan satu baris sambil masing2 pegang bahu kawan yang kat depan tu..teringat zaman tadika cik bubble, nak pegi mana2 mesti jalan sebaris macam ni sambil pegang bahu kawan yang kat depan..ditakuti salah seorang dari kami hilang kalau jalan secara berkelompok

Saturday, February 26, 2011

♥ My E-DAY ♥ - Part 2

seperti yang cik bubble janjikan, entry kali ni cik bubble nak upload gambar2 sepanjang majlis pertunangan cik bubble ahad lepas..thank you so much pada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan, saudara mara yang banyak membantu dan juga kawan2 cik bubble yang datang memeriahkan majlis (alamak!!! dan macam speech nak terima award la pulak)

anyway, enjoyyyyy..


berminat dengan set mini pelamin ni? pakej termasuk set mini pelamin, makeup dengan photoshoot..sesiapa yang berminat boleh contact syima (017-3776346)..harga boleh nego lagi (sambil2 cik bubble tolong member promote set mini pelamin dia)

rombongan pihak lelaki datang jam 11 pagi





debaran kian terasa dalam hati...ngeh ngeh sampai nak senyum pun tak mampu 






lega...senyuman pun lebar bukan main



outdoor photoshoot..tak payah pegi jauh..depan umah pun jadi lah disebabkan panas yang terik dan malas nak berjalan..


tq so much pada kawan2 yang datang untuk memeriahkan majlis cik bubble..love u all


banyak lagi gambar2 dalam simpanan cik bubble..tapi setakat ni je la yang cik bubble upload kat blog..hope u guys enjoy...

Monday, February 21, 2011

♥ My E-DAY ♥

Alhamdulillah....

majlis pertunangan cik bubble semalam berjalan dengan lancar walaupun penat masih lagi terasa..status cik bubble kini dah bertukar kepada tunang orang..orang kata dugaan masa bertunang ni macam2..tapi cik bubble dah merasai dugaannya sehari sebelum majlis pertunangan..

adik cik bubble eksiden..sedihnyaa..tapi alhamdulillah adik dah boleh berjalan sendiri sekarang ni..semalam majlis bermula pukul 11 pagi..takde yang kelam kabut..semua berjalan dengan sangat lancar..majlis habis pukul 2 petang


pic lain akan diupload kemudian ;-)