Tuesday, October 2, 2012

Proud Mother, Housewife & Part Time Student

Assalamualaikum

Acapkali kita dengar yang suri rumah tangga ni sering diperlekehkan oleh pihak yang berasakan diri mereka sudah hebat berbanding orang lain. Apa korang ingat dah hebat sangat sampai nak perlekeh housewife ni? Nampak macam senang je kan keje housewife.Alah duduk rumah je apa yang penat. Amboi amboi amboi. meh sini aku piat telinga hangpa yang cakap ikut sedap mulut tu. Kata-kata tidak semudah apa yang dilakukan.

Ingat tak penat nak buat keje-keje rumah ni? Penat tau tapi kami suri rumah ni cuba buat kerja dengan hati yang redha. Semoga dengan apa yang kami buat mendapat keberkatan dari Tuhan dan tentunya suami tercinta. Amin


Ini baru keje rumah. Belum yang ada anak lagi. Kalau seorang takpe. kalau ada anak kecik yang ramai? Peninggg mak ni haa dik non oiiii


Lepas tu, dah anak ramai, bergelar student pulak tu. Tak ke superwoman namanya tu. Tabik spring la pada yang beranak ramai. Sambil buat kerja rumah, tanggungjawab terhadap suami dan anak masih tidak diabaikan. Pulak tu masih berkesempatan lagi menimba ilmu. 


Dan aku kategori ibu, surirumah dan juga bergelar student. Walaupun PJJ student, bebannya tetap sama macam fulltime student. Bezanya aku cuma ada seorang anak je..ngeeeeee masih dalam kawalan. Apa pun aku bersyukur kerana walaupun aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja, suami tetap mampu menanggung makan minum kami sekeluarga. Dan yang pasti anak aku sentiasa berkepit 24/7 dengan aku..ngeeeee

Seronok dan satu pengalaman yang teramat indah melihat anak membesar depan mata. Ibu mana tak nak lihat anak mereka membesar depan mata kan. kalau diberi pilihan, aku yakin semua ibu inginkan perkara yang sama. Cuma mungkin keadaan yang tidak mengizinkan. 








12 comments:

  1. Sama laaa. Benti keje gak ditanggung Suami & further study. Bezanya, belum ada rezeki anak lagi. Hehe. Org kata, suri rumah ni banyak pahala :)

    ReplyDelete
  2. bukan mudah menjadi seorang ibu..tp solute kat mak bapak kita..harmoni jek

    ReplyDelete
  3. memang superwomen if dalam masa yang sama dia isteri+suri rumah tapi dia juga seorang student ..

    ReplyDelete
  4. setuju housewife+student+anak memang seorang wanita kental.. tabik spring. pasal tu perempuan lebih tabah dan kuat berbanding kaum lelaki.. hiks.

    ReplyDelete
  5. superwomen...!!!bukan mudah nak wat sume dlm 1 mase....hanya org yg betol2 kuat shj yg mampu...:)

    ReplyDelete
  6. haa, yg nie lah menunjukkn perempuan yg nmpak je lemah tapi sebenarnye kuat..cer bagi laki yg buat sume nie..huh,.tak sempay setengah hari dah mngeluh..:p
    huhu

    ReplyDelete
  7. mulut takde insuran betul sapa yg cakap camtu..kan

    ReplyDelete
  8. penat wooo keje + blaja..
    cma blum kawen jer..
    hehehe

    ReplyDelete
  9. murni tugas tu...org yg xda hati je xpandai menghargainya..:)

    ReplyDelete
  10. betullah kak.. ini kan yg belum kahwin pun, buat kerja rumah letih jgk, berpeluh.. klu dduk ofice tu, satu titik peluk tak ada.. kerja sebagai surirumah ni, byk kuar peluh, sihat..

    ReplyDelete
  11. tahniah utk awk yg masih belajar even dah berumahtangga. sy tetap salute golongan surirumah... even tak bekerja pun dia tetap bkerja di rumah kan. tanpa gaji pulak tu utk keluarga tercinta. sy jd once a month suri rumah cos ddk jauh dr suami. jmp suami pun sebulan sekali je atas faktor kew + nk berulang kulim - klang selalu x termampu

    ReplyDelete
  12. moga hidup awak sekeluarga dipermudahkan selalu :)

    ReplyDelete