Tuesday, February 1, 2011

Kerjaku Kerjamu

kerja oh kerja..aku percaya semua orang pasti pernah merasai keperitan kerja tak kira betapa susah pun kerja yang kita lakukan..

kadangkala kita rasa yang kerja kita tu

membosankan...
membencikan...
memenatkan...
merimaskan...
menjengkelkan..


dan segala bagai perasaan la yang melanda dalam diri kita..sampai kadangkala kita rasa kerja yang kita lakukan itu adalah kerja yang paling teruk dari segala kerja di dunia ini..hanya disebabkan keadaan sekeliling yang mendesak perasaan kita untuk bekerja dengan ikhlas..

tapi pernah kah kita terfikir bahawa sebenarnya dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, tak kira betapa teruknya kita rasa pekerjaan kita itu, ada pekerjaan yang lebih teruk dari apa yang kita bayangkan..



SILA BUKA MINDA ANDA SELUAS YANG MUNGKIN!!!!




anda sanggup? masih ada orang yang sanggup kerja tinggi beribu kaki semata2 untuk mencari sesuap nasi tanpa memikirkan akan keselamatan diri mereka


kalau niat memang nak bekerja..keadaan sekeliling tidak akan menjadikan satu ALASAN untuk tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh

(bagi yang gayat..nasihat aku tak payah la nak cari keje seperti gambar diatas..berlambak lagi keje yang sesuai kat luar nun)



bagi mereka yang ada penyakit asma/lelah..kerja macam ni sangat tidak sesuai dijadikan sebagai profession anda..tapi masih ada juga yang sanggup lakukan



 alamak!! tadah tahi gajah? sedangkan tahi sendiri pun jijik nak tengok inikan pulak tahi gajah..tapi pekerja tu siap boleh tersenyum lagi..adakah senyuman itu menunjukkan dia happy dengan kerja yang dilakukannya?



tugas seorang doktor ialah merawat pesakitnya walaupun terpaksa mencium ketiak pesakit..kerja tetap kerja tak kira apa pun keadaan



kerja ni senang je..gosok gigi buaya..senang kan? tapi yang senang ni la susah nak buat..ada berani nak buat kerja ni? buaya tau..bukan biawak..hehe..aku nak ambil gambar dengan buaya yang dah awet pun still takut2 lagi..otak masih imagine buaya tu masih hidup..so kerja ni memang tak sesuai untuk aku



bekorban apa sahaja demi kerja biarpun nyawa menjadi taruhan..



terima je la apa jua keadaan sekeliling pekerjaan kita..yang kecil kene hormat pada yang besar



apa pun jua pekerjaan yang kita pilih..





macam mana pun keadaan kerja yang kita hadapi setiap hari..





tiada ALASAN untuk kita bekerja sambil lewa..kerana kita dibayar untuk melakukan pekerjaan tersebut..kadang2 aku rasa apa yang aku lakukan sekarang, dengan keadaan kerja yang stress membuatkan aku terfikir adakah kerja aku yang paling teruk dalam banyak2 kerja di dunia ni..jadilah seorang yang bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT..setiap dari kita mempunyai rezekinya masing2..

aku teringat satu cerita yang ingin aku kongsikan bersama dimana Allah SWT itu Maha Adil..jika kita bekerja dengan ikhlas dan niat bekerja kerana Allah SWT..ganjaran yang kita perolehi dari niat kita itu PASTI ada..Allah itu Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita..tetapi yakinlah what you give, you get back..mungkin Allah SWT tidak memberikan kita ganjaran kepada organisasi tempat kita bekerja tetapi Allah SWT memberikan kita ganjaran kepada ahli keluarga kita..

sebagai contoh, kalau niat kita bekerja itu ikhlas dan niat kerana Allah SWT, walaupun bertahun-tahun lamanya kita bekerja di organisasi tersebut tanpa sebarang kenaikan pangkat atau gaji, kita masih tetap bekerja dengan ikhlas..mungkin kita tidak mendapat kebaikan di dalam organisasi tersebut, tapi Allah SWT berikan ganjaran dengan menjadikan anak2 kita seorang anak yang soleh, baik budi pekerti atau dikurniakan seorang suami/isteri yang soleh dan menenangkan jiwa..

No comments:

Post a Comment