Wednesday, September 28, 2011

Assalammualaikum.

Fuh!!!! Berhabuk setebal 3 inci blog aku ni. Sorry ye kengkawan. Dek kerana banyak hal aku nak kene setel, walaupun banyak benda nak story kat blog ni, tapi idea nak mengarang tu macam terbantut je. Sudahnya aku membiarkan aje labah-labah yang cute mute bermaharajalela membuat sarangnya di blog aku ni. 

Aku dah pun selamat tiba di Labuan minggu lepas. So apa pendapat aku tentang Labuan? Masih terlalu awal rasanya untuk memberi sebarang reaksi tentang Labuan. Lain kali aku cite pasal Labuan. Hari ni nak story satu kisah di antara seorang aku dan juga suamiku. Kisah benar occay, bukan dongeng semata-semata.

Al-kisah.....

Pada tahun 2000, nak dijadikan cerita selepas tamatnya PMR, masuk form 4 je member aku ajak apply sekolah teknik. Dalam hati aku terdetik " pejadahnya sekolah teknik ni, tak pernah dengar pon " tapi malas nak bertanya banyak, aku pun apply. 1st application aku ditolak sebab mungkin aku mintak course perdagangan di Sekolah Menengah Teknik Ampangan. Yela PMR aku tak sepower mana tapi ada hati nak join bebudak yang cerdik-cerdik belaka. Then aku dengan member try buat rayuan, pertengahan tahun 2000 rayuan aku diluluskan dan aku dicampak ke Sekolah Teknik yang aku tak pernah dengar pun. SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KERIAN, BAGAN SERAI, PERAK. 

Hari yang aku perlu mendaftar, pagi-pagi buta sebelum matahari keluar, kami sekeluarga dah bertolak dari rumah. Perjalanan mengambil masa dekat 7 jam. Kebas segala otot-otot badan aku ni weh. Sampai tersesat ke Parit Buntar sebelum kami berpatah balik, dan alhamdulillah kami selamat sampai ke bakal sekolah aku nanti. Sesi pendaftaran selesai, aku terus di tempatkan di kelas 4 PKM 1. Untuk pelajar baru, hanya 7 orang sahaja yang mendaftar termasuk aku. Dan aku bersama seorang lagi pelajar baru ditempatkan di kelas yang sama. Ok la tu at least aku ada geng. Takdelah mati kutu.

Disebabkan aku masuk pertengahan tahun, aku agak ketinggalan berbanding student yang memang dah masuk dari awal-awal lagi. Dah la aku ni jenis malas nak belajar, masuk pertengahan tahun plak tu. Tawakal je la. Masa berlalu pergi, exam hujung tahun pun bakal tiba. Student semua masing-masing memerapkan diri kat bilik study menelaah buku pelajaran, tak terkecuali aku. Tiba masa exam, student berkumpul di dewan dengan harapan untuk score dalam exam. Selesai sudah exam, masing-masing tak sabar nak pulang ke kampung berjumpa keluarga. Dan aku bersama roomate yang lain plan untuk balik ke kampung naik bas. Dan kebetulan kami semua stay kat area KL. Maka tutuplah buku tahun 2000. 

Next entry nanti aku cerita tahun 2001. Yang ni la bermulanya kisah yang sangat menarik. Ini baru introduction. Belum klimaks lagi. So korang baca pun mesti ada rasa agak-agak boring

Monday, August 8, 2011

Surat Cinta Buat Bos Ku

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan minggu kedua kita umat Islam sekalian berpuasa. Pada yang tak pernah kantoi tu, syabas aku ucapkan. Pada yang terkantoi, jangan lupa ganti pose korang tu erk. Nasihat ini juga aku peringatkan untuk diri sendiri juga. 

Selepas 8 hari berpuasa, dan selepas mengambil kira segala macam kemungkinan di masa akan datang, aku dengan rela hati telah pun memberi notis sebulan pada bos aku. Aik kata stay sampai aku habis berpantang. So plan tu tak jadi. Aku dah tukar plan. Kali ni confirm aku akan ke Labuan tengah bulan depan. Notis pun dah selamat sampai di meja bos aku, walaupun dia menerima tapi tidak menandatanganinya, apa aku peduli. Yang aku tau bulan depan, bye - bye. Jahatnya aku. 

Idak ler aku jahat nak draft resign letter sampai cenggini simple. Kerja orang pemalas ni.


Sebagai pekerja dedikasi, aku masih melakukan kerja seikhlas hati yang mungkin walaupun kadang-kadang aku datang keje lagi lambat dari bos. Aku bos ke dia bos? Lantak. Dan sempena bulan puasa ni, macam-macam aktiviti yang perlu aku laksanakan dengan jayanya, yela  kalau boleh nak tinggalkan ofis dengan nama yang harum semerbak.

Semoga dengan pengorbanan aku ini, aku lebih mendapat keberkatan dengan berada dekat disisi suami. Actually aku dah plan apa yang aku nak buat kat sana nanti. Tapi aku hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dengan berkat doa suami, insyaallah semua akan dipermudahkan.

Sedih juga nak meninggalkan ofis ni, ye la dengan kengkawan semua best, environment yang tidak terkongkong, bos-bos yang sangat concern perihal kebajikan pekerja. So far, aku cuti banyak kali pun bos aku tak pernah suruh potong gaji. Aku datang lambat pun bos aku cuma perli-perli dengan gelak ketawa je. Tapi aku lagi sedih bila memikirkan suami tercinta yang duduk bersendirian di rumah tanpa ditemani sesapa. Biar la aku hidup susah senang bersama suami sebab itu lebih berkat. 


Notatangan : Sedang pening mencari pengganti.



Monday, August 1, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum.



Selamat berpuasa pada kalian semua. Mesti bulan Ramadan ni adalah bulan yang sangat dinantikan oleh kita semua sebagai umat Islam. Mana tidaknya, bulan yang penuh keberkatan, penuh dengan segala macam aktiviti yang mendatangkan kebaikan. Di bulan yang mulia ini, adanya solat terawih dan juga adanya malam Lailatulqadar dimana ia merupakan hari yang sangat baik dibandingkan 1000 bulan.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Tapi masih belum menunaikan kewajiban aku sebagai isteri. Almaklum saja la, suami jauh nun beribu batu di Labuan, tapi aku masih di di sini. Walaupun begitu, masih tidak menghalang kami untuk mengucapkan selamat berpuasa antara satu sama lain.

Harini korang sahur apa? Hari pertama, sudah semestinya nak makan yang sedap-sedap bukan? Daging masak kicap disertai sayur cendawan goreng, perghhhhh memang sangat membuka selera aku di hari pertama bersahur. Selepas itu diikuti dengan beberapa biji kurma yang dibeli di tesco semalam dan juga air teh o kurang manis.

Anyway, apapun juadah kita untuk bersahur dan berbuka nanti, itu tak penting. Masing-masing punya selera. Apa yang penting, amalan kita ketika berpuasa dan apa yang sudah kita lakukan sepanjang berpuasa. Adakah memberi manfaat pada kita semua? Erkkkk dah macam ustazah plak aku ni. Ok malas nak bercerita panjang lebar hari ni. Selamat berpuasa semua. Daaaaaaaaaaaa



Friday, July 29, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Assalamualaikum.

Seperti korang semua ketahui, semalam merupakan hari bersejarah bagi kita semua rakyat Malaysia dimana ia merupakan penentu menang atau kalahnya pasukan Harimau Malaya ke pusingan seterusnya. Untuk ke sekian kalinya, dah lama aku tak bersemangat macam ni menanti pasukan kita beraksi. Selalunya tengok bola tempatan ni, acuh tak acuh je. Ye la aura takde lagi masa tu. 



Lebih kurang dekat-dekat pukul 9 malam, aku dah tercongok depan TV. Ye aku memang bersemangat, tapi dengan keadaan aku sekarang ni, selepas memikirkan keselamatan aku dan juga baby dalam perut, lebih baik aku hanya bersorak depan TV je. Pada korang yang berkesempatan merasakan aura dalam stadium, tahniah juga la pada korang. Mesti best kan.



45 minit berlalu, aiseh Malaysia tak dapat sebarang gol ni. Hati dah mula risau. Hati juga mula berkata-kata, mampukah pasukan Harimau Malaya berjaya membawa Malaysia ke peringkat seterusnya. Tetibe je aku hilang konfiden plak dengan pemain Harimau Malaya. Sori abang-abang tiger, saya rasa yang korang macam takde semangat je nak main. Kami penyokong ni plak yang terlebih semangat. Hangpa semua gugup ka berdepan dengan player dari Singapore tu? Jawab jangan tak jawab.

Ok masuk separuh masa kedua, aku berdoa dengan penuh harapan semoga pasukan tiger lebih bersemangat untuk mendapatkan gol. Minit ke 58 kalau tak silap, macam tak percaya je penyerang berbisa kita, Safee Sali meledakkan gol yang pertama buat Malaysia.

Cayalah Safee, anda memang hebat dan anda memang layak untuk senyum sebegitu rupa ^_^

Hati berbunga riang tatkala kita mendahului 1 gol dengan Singapore. Tapi apakan daya, bunga-bunga riang tak bertahan lama bila player Singapore ni dengan pantas menyamakan kedudukan. Owhhhh masa tu aku rasa macam nak tutup je TV, naik atas tido lagi baik. Tapi takpe, atas sokongan dan semangat yang masih ada dalam diri aku, aku masih setia berada di depan TV sehingga babak terakhir. Masa ni nak makan nak minum memang tak lalu la. Sebab kalau Malaysia kalah, aduhaiiiii robek hati ini. Mana tidaknya, bukan senang nak dapat aura sebegini rupa. 

Tettttttttt, kedengaran wisel penamat. Dengan ini juga bermakna Malaysia vs Singapore seri 1-1. Yang buat aku sedih bukan apa. Kalau kita kalah di tempat lawan, macam-macam alasan yang diberikan masih boleh diterima. Tapi seri ditempat sendiri? Dengan puluhan ribu penyokong sekeliling stadium? Apa lagi mau? Memang patutlah player Singapore ni semua berlagak konfiden dorang boleh menang. Takde rezeki kita malam semalam. Try lagi next time. Apa pun aku tetap bangga dengan Harimau Malaya sebab sampai ke pusingan ke-2. Go go chaiyokkk Harimau Malaya.

Masih dalam mood kesedihan atas kekalahan Harimau Malaya.


Notakaki : tamat perlawanan Malaysia vs Singapore, penuh kat wall FB kengkawan meluahkan perasaan sedih atas kekalahan Harimau Malaya. 



Wednesday, July 20, 2011

Mengimbau Kenangan Lalu

Assalamualaikum.

Korang pernah dengar pasal aiskrim Malaysia tak? Atau korang memang tau apa itu aiskrim Malaysia? Pada mereka yang membesar di tahun 80an ke 90 an ni kan, sure antara korang tau aiskrim ni. Pada mereka yang tak tau, meh sini aku tunjuk beberapa keping gambar untuk tatapan korang, kasi korang tak blur-blur gitu bila aku nak story lagi dengan panjang lebar.


One more

 Yang ni aiskrim perisa feveret aku. ASAM BOI. Apa rasanya? Mabeles gua cakap lu. 

Ok aku sambung story. Masa zaman aku kecik-kecik cenonet dulu, zaman suci tak tau apa gitu, aiskrim ni la paling femes selain wujudnya Cornetto, paddle pop tu semua (ke tak wujud lagi aiskrim-aiskrim ni eh? entah, aku pun tak sure). Kenapa aku bangkitkan entry pasal aiskrim Malaysia ni? Sebab minggu lepas masa aku layan bersamamu TV3, ada cite pasal aiskrim ni. Wah wah korang. Aku tak sangka sebenarnya yang wujud lagi aiskrim ni di zaman sekarang. Aku ingatkan zaman aiskrim Malaysia ni dah lama berlalu. Serius dalam kepala otak aku ni ingat yang tak kan ada lagi peniaga yang nak jual aiskrim ni. Dan tak kan ada lagi bebudak yang teringin nak makan aiskrim macam ni.

Macam-macam perisa ada. Apa korang nak? Kacang hijau, jagung, sirap bandung, anggur, asam boi, milo. Eh banyak lagi la. Tak tersenarai dalam entry aku ni. Harga? Murah je beb. 2 kupang sebatang. 20 sen la tu kalau sesapa tak paham kupang. Zaman aku dulu 20 sen tu sangat berharga. Zaman sekarang ada lagi ke aiskrim harga macam tu? Kalau ada pun payah nak cari. 


Dek kerana masa zaman kanak-kanak aku dengan kengkawan dilanda demam aiskrim Malaysia, mak aku dengan rajinnya telah mengikut jejak langkah makcik yang menjual aiskrim  tersebut. Mana tidaknya, asal balik sekolah je ktorang terus ketuk pintu makcik jual aiskrim dan menghabiskan sisa-sisa duit belanja hanya disebabkan nak makan aiskrim. Mana tahan macam ni beb. Sebab tu mak aku pun join sama buat aiskrim ni. Bukan susah pun. Mak aku cakaplah. Tapi mak aku tak jual aiskrim ni. Dia buat khas untuk anak-anak supaya kami berjimat cermat guna duit belanja sekolah.


Surprisingly, harga aiskrim ni masih dijual dengan harga yang sama masa zaman aku dulu iaitu 2 kupang. Ni yang aku tengok kat bersamamu tu la. Makcik tu jual aiskrim ni kat bebudak dengan harga 2 kupang. Well, ok la kan sebab tak mudah nak jumpa aiskrim ni kat mana-mana tempat. Actually, aiskrim macam ni senang je nak buat, tinggal lagi korang rajin atau tak je. Tepuk dada tanya selera


Terima kasih kerana sudi membaca entry saya =)