Tuesday, April 5, 2011

Nyah Kau Dari Hidup Aku!!!!

entry sebelum ni aku ada cerita mengenai seseorang yang mengatakan kami (siapa kami? sila rujuk entry ini  KLIK SINI) cari pasal dengan dia. So hari ni aku nak cerita pula sambungannya dan mungkin ini adalah entry yang terakhir aku cerita mengenai hal ini sebab aku rasa aku hanya buang masa memikirkan orang yang bersikap seperti dia.

Tadi, bila ofismate aku tanya kenapa dia dah takde dalam friend list kat facebook, aku ingatkan ofismate aku tu bergurau. Bila aku check balik kat facebook aku, memang betul dia dah buang kami semua dalam friend list dia. Yang menjadi persoalannya, mengapa dia bertindak macam tu? marah sangat ke dia dengan kami semua ni? yang lagi best bila dia set privacy kat kami semua. Ini bermakna kami tak boleh nak view facebook dia. Ada aku kisah? 

Apa pun yang dia cuba lakukan, itu hak dia. Cuma kami terfikir-fikir, adakah tindakan dia boleh dikategorikan sebagai perangai kebudak2an? nak kata budak bukan sebab dia mak budak. Atau pembawakan budak? masalah ni semua berpunca dari sikap dia sendiri yang tanpa sedar kata-kata yang diluahkan kadangkala menyinggung perasaan orang lain. Biarlah dia dengan dunia dia sendiri. Biar masa yang menentukan. Sampai masa kalau dah ditakdirkan untuk kami bergelak ketawa bersama dengan dia, kami terima dengan hati terbuka.




Aku percaya ramai lagi di luar sana yang mengalami hal-hal macam ni kan? Apa yang perlu kita buat? aku rasa kita buat tak tahu je kot. Sebab kalau dilayan makin tak ada penghujungnya. Tepuk dada tanya diri sendiri.





No comments:

Post a Comment