entry kali ni aku nak bercerita pasal bunga..oh sebelum tu blog aku dah berwajah baru dek kerana template lama banyak sangat setting yang tak boleh. Cik bubble ni malas bebenor nak memeningkan kepala, less is more kan.
bunga oh bunga
kenapa dengan bunga pulak? apa yang cik bubble nak cerita pasal bunga? korang penah tak dapat sejambak bunga yang dihantar oleh penghantar bunga (mestilah penghantar bunga yang hantar bunga..tak kan la orang yang hantar air nak hantar bunga pulak) ke ofis korang? kalau pernah apa korang rasa masa tu? terkejut beruk? gembira tak terkata? atau korang rasa macam nak campak je bunga tu kat tong sampah?
kisah ini adalah kisah benar. Bukan aku yang dapat bunga tau (cik bubble sedar cik bubble ni tak femes macam orang lain..alahaiiii ayat kesian pulak cik bubble ni) tapi ofismate aku yang dapat sejambak bunga ros 12 kuntum..
mula2 ingatkan big bos aku yang dapat bunga, kebetulan semalam besday dia..dan dia bab2 bunga memang no 1. mat bunga la katakan tapi haram nak mengaku..bila tengok nama yang tertera kat kad tu, we ols sendiri terperanjat occay. Jangan kata we ols, empunya badan yang dapat bunga lagi terkejut..jeng jeng jeng..sapa gerangan yang memberi bunga itu? sampai ke hari ini siapa pemberi bunga masih menjadi tanda soal???
ok bercerita pula pasal bunga ni..sebagai seorang pengguna pengangkutan awam yang tegar (area KL ni nak drive kete? kirim salam banyak2 la ye) seboleh2nya we ols cuba bawa barang2 yang perlu sahaja sebab tak rasa membebankan..ye la kadang2 bukan dapat duduk pun dalam tren tu..nak bawa banyak sangat barang rasa rimas pulak kan. So yang menjadi persoalannya, macam mana ofismate aku ni nak bawa sejambak bunga yang besar naik tren? idea yang mula keluar
1. letak bunga dalam kotak - pada aku idea yang menyusahkan sebab mesti la nak cari saiz kotak yang sama besar dengan bunga, tak ke rasa lagi membebankan?
2. letak bunga dalam plastik - macam leceh sebab nak pegang dengan tangan ke bawah takut terseret pulak plastic bag tu, belum pun sampai rumah dan terkoyak
3. letak je dalam ofis - idea ni la yang paling baik walaupun bila orang lalu lalang dok sibuk bertanya "sapa dapat bunga?" tak pun "sapa yang bagi bunga tu?" jenuh nak jawab weiiii
sudahnya bunga tersebut diletakkan di tepi meja aku je sebab ofismate aku segan nak letak kat meja dia. Tak pasal je aku tumpang glamer dia semalam sebab kene jawab soalan demi soalan yang keluar dari mulut yang memandang bunga.
So apa sebenarnya yang aku nak cite ni? tujuan entry ni adalah aku nak bagitau kat u ols semua, sebenarnya dapat bunga ni bukan menyenangkan, tapi kadang kala menyusahkan si penerima bunga. Pada sesiapa yang berniat nak bagi bunga pada aweks2/bini korang, sila la fikir terlebih dahulu. Kalau dorang drive kete sendiri boleh dipertimbangkan nak hantar bunga kat ofis, tapi kalau penggguna pengangkutan awam? sendiri mau ingat!!