Thursday, May 12, 2011

Saya Sayang Komuter!!!

Meh sini aku nak cerita pengalaman aku bersama komuter. Sejak keje kat kotaraya metropolitan kesayangan rakyat Malaysia ni, aku tak sanggup nak mengharungi jalan yang jam ditambah lagi ongkos tol dan parking yang sangat mencekik leher aku. So sebagai alternatif, aku memilih untuk naik pengangkutan awam iaitu komuter dan putra LRT.

Dah setahun keje ni, macam-macam hal yang aku tempuhi bersama komuter. Aku tak nak story pasal putra sebab putra setakat ni kurang memberi masalah pada aku. Sapa yang tak tau komuter tu apa? Jangan korang tak tau, masih ada lagi rakyat Malaysia yang tak tau komuter tu apa.

Ini la dia komuter kesayangan rakyat Malaysia. Pasni jangan cakap yang korang tak tau komuter tu apa occay.


Ok mari kita mula bercerita..kang bosan plak korang baca mukadimah aku yang tak cukup satu muka surat ni


Kejadian 1 : Naik komuter bersama bau durian yang menyengat hidung

Masuk dalam komuter dengan penumpang yang sentiasa ramai, kadang-kadang aku rasa rakyat Malaysia ni saja buat-buat tak prihatin atau lebih tepat pentingkan diri. Dah tau nak naik komuter tu yang sentiasa ramai orang, perlu ke beli durian masuk dalam komuter? Tak boleh tunggu sampai destinasi then pegi la cari durian. Aku memang suka durian, tapi dah masuk dalam koc dengan keadaan semua tertutup ditambah aircond yang suam-suam sejuk, satu koc kami baru durian occay. Kesian pada mereka yang lain yang tak suka durian. Dari KL Sentral sampai ke Kajang, kalau la aku tau sapa punya angkara, memang aku bagi nasihat free kat dia. Dah terang-terang makanan tidak dibenarkan dibawa masuk, masih lagi degil nak bawa. Kalau tak berbau sangat takpelah.


Kejadian 2 : Jalan kaki atas landasan

Korang penah alami tak? Jalan kaki atas landasan tau. Tak semua orang dapat merasai pengalaman ni tapi aku penah. Kenapa kene jalan atas landasan? Dalam banyak-banyak pengalaman bersama komuter, aku rasa ini yang paling sadis. Kejadian berlaku tahun lepas di antara stesen seputeh dan midvalley. Entah kenapa komuter tiba-tiba berhenti. Terkurung kami hampir 3 jam dengan aircond takde pastu pintu tak dibuka. Sorang demi sorang pengsan dalam koc kami. Geram tak terkata!!! Hampir 3 jam baru pintu dibuka dan kami semua diarah keluar dari koc dan perlu berjalan kaki atas landasan ke stesen midvalley. Huaaaaa sadis tau, kenapa la hampir 3 jam korang try repair komuter baru suruh kami keluar? Kenapa tak selepas sejam. So apa lagi, seperti rombongan cik kiah ke sukan komanwel, kami semua berjalan atas landasan ke stesen midvalley yang jauhnya 200m. 


Kejadian 3 :  Komuter delay, koc dah macam sardin penuhnya


Yang ni la paling aku tak suka bila komuter delay. Dah la jarak antara komuter 15min waktu puncak pun sentiasa penuh, ini kan pula bila dah delay. Bila komuter sampai, maka bermula la babak-babak pergaduhan antara penumpang yang nak masuk dengan penumpang yang nak keluar. Masing-masing tak nak mengalah. Yang masuk tolak yang nak keluar, yang nak keluar tolak orang yang nak masuk. Bila dah penuh macam sardin sampai nak bergerak kiri kanan pun tak boleh, muka yang gatal pun tak boleh garu. Ini aku tak tipu, cite betul sebab aku dah penah alami. Seksanya Tuhan aje yang tahu. Perjalanan dari KL Sentral ke Kajang yang biasanya 45 min aku rasa macam 2 jam. Dan semalam kaki kiri aku kejang, sakit gile kaki aku sebab penumpang ramai. Belum lagi aku kene siku dengan orang sebelah. Takpelah aku maafkan la dia sebab aku paham keadaan dalam koc.


Bila agaknya KTM nak upgrade servis komuter dorang ni? Dalam berita kata bulan April tahun depan. Harap-harap dorang kotakan janji pada rakyat Malaysia. Kadang-kadang kenangan pahit bersama komuter ni manis untuk dikenang sebab tak semua orang merasainya. Hanya mereka yang setia dengan komuter je tau betapa seksa bila naik komuter. Apapun terima kasih pada KTM sebab takde komuter, rakyat Malaysia akan lebih pening kepala walaupun servis korang sangat mendukacitakan.

Wednesday, May 11, 2011

Sila Jaga Attitude Anda!!!

Hari ni bos aku sms bagitau yang ada sorang candidate untuk ganti tempat aku dan juga merangkap kepada PA bos aku. Kenapa ganti aku? sebab insyaallah jika takde aral melintang aku hanya di sini sampai hujung tahun je walaupun bos aku cuba cari jalan untuk aku stay keje dengan dia sampai pencen. Ok, macam biasa la procedure nak interview tu aku panggil candidate ke dalam bilik meeting, ye la sebagai kuli bawahan macam aku ni mana ada bilik khas hanya untuk aku sorang je kan.

Dari segi penampilan candidate ni aku takde masalah, berbaju kurung dan bertudung. Company tempat aku keje ni 100% Melayu, tak perlu nak menyeksi menyeksa sana sini. Cukup la sekadar berpakaian yang sesuai ke tempat kerja dan paling penting SOPAN. 

Tapi!!!!! Macam mana pula la sebagai candidate yang datang untuk interview boleh tak bawa resume dan segala bagai certificate especially education certificate??? Bila aku tanya, alasan kata dah email pada aku last week. Haiyakkkk ini macam olang pun ada ke? 

Pada adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang tak lupa juga pakcik dan makcik yang masih bekerja, meh sini akak bubble nak bagitau korang, wahhh tetibe je akak ye. Sebagai orang yang masih bekerja dan plan untuk mencari peluang yang lebih baik dalam membina karier korang, bila dipanggil untuk interview, apa yang patut korang ambil berat? 

Ni aku buat checklist khas untuk korang (PENTING) :

1. Penampilan - penampilan harus jaga, 1st impression tu penting. Kalau selama ni korang pakai selekeh-selekeh je datang keje, why not this time korang pakai sehabis cun/smart. Sehari je pun korang nampak mabeles apa la nak dikisahkan sangat kan. Kata nak karier bagus-bagus, penampilan pun harus nampak bagus

2. Bawa Resume & Cert yang berkaitan - korang bawa la resume dengan mana-mana sijil yang berkaitan. Jangan la bagi alasan yang korang dah email pada interviewer tu. Pada aku, itu adalah satu ALASAN yang sangat KOLOT dan TAK MASUK AKAL!!! Korang dah email pada interviewer tu, itu hanya sebagai reference dia sahaja untuk tengok sejauh mana kemampuan dan pengalaman yang korang ada. 

3. Jaga sikap - Ni pun penting juga, masa interview tu, dah tentu kene tanya macam-macam. Kalau dapat soalan yang korang tak suka, jangan la nak melenting kat situ juga. Kalau aku dapat candidate macam ni, immediately aku reject. Masa ni la kami pihak syarikat nak tengok sejauh mana korang boleh bertindak secara professional kalau kene marah dengan client. Pada yang tak berapa fasih berbahasa mat saleh, yang ni aku tak boleh tolong la. Apa pun percaya pada rezeki.

4. Lain - lain perkara - untuk lain-lain perkara, aku nasihatkan korang search la mengenai company tu. Tak banyak at least korang tau serba sedikit pun dah ok. Jangan bila tanya company buat apa, korang nganga luas-luas. Lepas tu, senyum la sekerap yang mungkin, kadang-kadang interviewer ni kita tak tahu apa dia nak. Mana la tahu korang senyum membuatkan dia selesa dengan korang, tak ke satu bonus tu untuk dapat keje tersebut. Dan jangan lupa ucapkan terima kasih pada interviewer, cuma sekadar berbasa basi je dengan dorang. Bukan ke BAHASA BUDAYA KITA

anyway, good luck pada yang ada interview tu. Jangan lupa checklist aku bagi kat atas. Kalau tak dapat keje tu anggap je takde rezeki tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha semampu yang boleh.

Tuesday, May 10, 2011

JAWAPAN DARI ALLAH SWT...Mengapa AKu Tak Kahwin Lagi?



1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU?

ALLAH MENJAWAB:

(24:26)
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

(An Nuur : 26)



2- KITA BERTANYA: AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?


ALLAH MENJAWAB:

(24:32)
Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan.

Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(An Nur: 32)



3- KITA BERTANYA: TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN?

ALLAH MENJAWAB:

(24:33)
Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya.


4- KITA BERTANYA: WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN
AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?


ALLAH MENJAWAB:

(30:21)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar Rum : 21)



5- KITA BERTANYA: KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB:

(40:60)
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

(Al Mu’min : 60)



6- KITA BERTANYA: AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA


ALLAH MENJAWAB:

”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”.
(Al Baqarah : 153)


”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)



7- KITA BERTANYA: AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?


ALLAH MENJAWAB:

”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

(Muhammad : 7)



8- KITA BERTANYA: KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?


ALLAH MENJAWAB:

”Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.
(Al Hajj : 40)



9- KITA BERTANYA: SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB:

”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.
(Al Baqarah :214)





Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya.
Dan Allah swt Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah

Monday, May 9, 2011

Cuti Sakan!!!

Alhamdulillah, setelah 2 minggu aku keluar masuk bilik big boss hanya semata-mata nak follow up cuti aku atau lebih tepat cuti kawen, finally bos aku mengalah (mengalah dengan muka masam mencuka masa nak sign leave form). So dengan ini maka aku akan mula bercuti 26 Mei sehingga 17 Jun 2011