Saturday, January 1, 2011

Fashionable High Heels



aku percaya ramai wanita kat luar sana yg suka pakai high heels tak kira la waktu formal atau casual..paling kurang pun sorang mesti ada sepasang..sekarang ni dh byk high heels yg cantek2..tak kurang juga yg pelik2..tepuk dada tanya selera..aku suka yg mana? aku suka yg simple2 je asalkan tak menyakitkan kaki..

BEAUTY IS PAIN!!!!

nak cantek kan? kdg2 utk kelihatan cantek, kita sanggup tahan segala kesakitan..kenapa aku ckp mcm ni? kebanyakan dari kita main belasah je bila pakai high heels ni tanpa mengetahui cara2 pemakaian high heels dgn betol..itu yg kdg2 aku tgk ada pompuan tu jalan dh mcm org mabuk minum todi dek kerana high heels..terhuyung hayang dan tak kurang juga yg terpeleot ketika berjalan..kan ke dh malu diri sendiri..malu wehhh kalau tgh jalan dgn gaya ala model catwalk, sekali opocot omak ekau..uhuk uhuk kalau jd mcm ni kat aku..sumpah aku takmo dh pakai high heels..cukup pakai wedges jela..
ok sekadar nak berkongsi dgn korang, sumber rujukan aku mcm mana cara nak pakai high heels dan juga tips pemakaian high heels :



tukar tayar kete masa pakai high heels? amacam? ada bran? tp make sure korang yg tukar tayar tu sendiri la..bukan brader2 yg singgah tepi jalan nak tunjuk kehandalan menukar tayar kete

sila pastikan korang btol2 dlm keadaan waras sebelum consider utk pakai kasut ni..tinggi wehhh..aku pikir 1000x sebelum nak pakai

kreatif btol org zaman skang ni..high heel bentuk kereta? adakah harganya pun mcm sebijik kete? ahaksss pengsaannn ahkak

origami high heel? sila pakai di saat keadaan cerah jela..kenapa lak waktu yg cerah? if korang pakai waktu hujan..rabak lerrr deco2 yg colourful itewww..

owhhhh i loiiikeeeeee this..so sexy occay pd mata aku la..luv boot so much..dan aku sgt suka tgk pompuan yg pakai boot tak kisah lerrr mcm mana pon designnya..tp aku tak penah pakai boot..dan takde koleksi pun dlm rak kasut aku tu..tak tau nak pakai mase bile..dari aku bakar duit yg tak seberapa nak byk tu..better aku beli benda lain

whattt??? lari sambil pakai high heels? biar btol ni..eh buat2 terkejut plak aku ni..no..no..no..aku mmg seyes gaban terkejut..nak jalan dgn btol mase pakai high heels pun susah..inikan lari?kirim salam jela kan..

so hasil bantuan dari pakcik google yg berilmu itewww ditambah sedikit info dari aku yg naif ini (naif ke aku? hua hua hua muntah darahhh occay) aku share dgn korang kebaikan & keburukan pemakaian kasut tumit tinggi..sharing is caring

Kebaikan
1. korang akan kelihatan seksi dan bergaya - inilah masanya korang berjalan2 ala model catwalk, mana tau dpt rezeki terpijak korang terserempak dgn owner model agency
2. confident level korang tetibe je boleh naik ke meter yg paling maksimum - paling koman pun akan naik la juga kalau tak maksimum pon
3. akan membuatkan korang nampak lebih tinggi - dah kalo korang pakai kasut tumit tinggi pastu org sekeliling tegur korang yg korang nampak pendek dari biasa..aku nasihatkan korang pegi jumpe doc cepat2

Keburukan
1. Memakai terlalu lama kasut bertumit tinggi melebihi 2" akan menyebabkan kesakitan tulang belakang di kemudian hari. Elakkan memakai HEELs melebihi 2 jam - aku pakai 10min je azabnya tuhan saja tau
2. Heels tidak mempunyai ciri keselamatan dan perlindungan diperlukan tubuh kerana berat tubuh hanya terbeban pada bahagian jari kaki sedangkan bebanan seharusnya pada keseluruhan tapak kaki - ni mmg betol la..korang tak sakit tumit ke pakai heels lama2? jawapan standard "ala aku dh biasa dh pakai high heel ni"
3. Wanita mudah tededah dengan  masalah sakit sendi, lenguh kaki dan badan jika diamal dalam tempoh panjang - aku setuju part ni, pakai kejap je tp lenguhnya melekat 2 atau 3 hari gak la..nk cantek punya pasal
 

wanita dgn dunia fesyen ni mmg tak boleh dipisahkan..ada di kalangan kita tu sanggup nak bakar duit kat shopping2 complex semata2 utk dapatkan rekaan terkini handbag, kasut, pakaian etc..namun tak ramai yg tau fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita apatah lg ada yg boleh menyebabkan penyakit..tepuk dada tanya selera..takde sapa pun yg paksa korang utk kelihatan cantek..tp biar berpada2


Thursday, December 30, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 - Malaysia Boleh




Malaysia Boleh!!!!

Slogan yang selalu kita dgr utk naikkan semangat rakyat Malaysia dlm apa jua yg kita buat..congrats to Malaysia Team and I am really proud of u..walaupun aku tak pegi menyaksikan sendiri perlawanan akhir kat Bukit Jalil, tp lepak dengan membe kat kedai makan and dgr riuh rendah sorakan gol pun dh cukup menggembirakan aku..

Gollll!!!!!Gollll!!!!!!Golll!!!!

meriah gile beb kat kedai makan tu lebih2 lagi bila dorang bersorak keriangan bila gol demi gol berjaya disumbatkan ke gawang pasukan lawan..dengan aku sendiri pun bersorak sama...hahahaha

perlawanan kali kedua kat tempat pihak lawan, aku makan dekat tempat yg sama aku saksikan perlawanan yg pertama..konon2 ambik berkat la mudah2an Malaysia menang..tp rezeki tak memihak Malaysia..apepun still menang dengan aggregate 4-2..ok la tu yg penting menang dan tak balik dgn tangan kosong..

terima kasih pd PM sbb declare yg esok cuti umum..yeahhh boleh la aku merayau2 esok..Y.E.S timeeee atau lebih tepat shopping time..eh sejak bila aku jadi kaki shopping? opssss sekali sekala xpe..tp jgn jd shopaholic tegar sudehhh..itu penyakit namanya..kesian boss aku..tensen btol dia sbb Malaysia ni asyik cuti je..tp sbg pekerja..itu yg aku paling suka..sorriii la ye boss..cuti tetap cuti occayyy


so kemenangan ni boleh la menjadi kenangan paling manis bagi rakyat Malaysia sbg penutup tirai 2010..

sebelum tu..selamat tahun baru pd semua..semoga tahun yg baru ni akan memberi kan kita kehidupan yg lebih baik dari tahun sebelumnya



Sunday, December 26, 2010

Azam Tahun 2011

as usual, setiap kali nak masuk tahun baru mesti korang dah ada checklist apa azam korang utk tahun 2011..aku tidak terkecuali tp azam aku utk tahun 2011 ni lebih kepada rancangan aku sepanjang 2011..

Checklist 2011
1. Get a Promotion
2. Study smart, don't study hard
3. Getting married

ni je azam aku? sikit je kalau nak compare azam tahun sebelumnya..and now aku baru sedar yg azam sebelum ni lebih byk mengarut dan lepas je buat azam aku tak penah buat apa yg aku ptt aku buat dlm checklist azam aku tahun sebelumnya..tak ke mengarut namanya tu? so kali ni azam aku lebih pd apa yg aku rancang..

my main target, get a promotion..yeahhhh i noe my boss really satisfied with what I'm doing now..and i really enjoy my work..secondly, aku rasa aku tak boleh study hard mcm dulu..dgn keadaan keje aku yg super duper bz skang ni..aku kene study smart..dan yg paling aku bersyukur sgt, alhamdulillah sepanjang hampir 3 tahun blaja, aku mampu menampung kos pembelanjaan tanpa buat apa2 pinjaman pun..and last but not least, kawin termasuk dalam plan aku tahun 2011..dengan siapa? dh ada calon ke? ini aku tak nak fikirkan sgt..sampai masa nnt baru aku fikir dan aku hanya merancang, tp aku berserah pd Allah s.w.t..sebagai hambaNya, aku hanya berusaha utk diri sendiri...amin