Ini adalah emel yang aku terima dari seorang kawan..cerita ni memang panjang tapi luangkan la sedikit masa kita untuk menghayati apakah hikmah yang terkandung disebalik cerita ni..
Seringkali kita meminta perkara  yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,  tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,  kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita  kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau  berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia  yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit  dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit  dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu  dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang  terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi  sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu  Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha  Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang  bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang  hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).  Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa  yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah  berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita  jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.  Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat  kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan  Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan  keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala  nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat  anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2  hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya  katanya.
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah  yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak  dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar  bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on  the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang  lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di  bawah.Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita  tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa  mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.  Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut  mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke  hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang  ######l stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,  dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya  memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.  Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji  RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat  RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun  dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.  Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga.  Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500  cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.  Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,  ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3  kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak  ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya  panjang,bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru  dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah  beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin  kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang.  Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.  Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki  untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini  benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah  dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.  Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok  hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat  (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah  maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki  untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar  ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,  duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.  Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap  dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab  tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk  besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin  dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga  kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2  dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.  Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke  tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.  Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari  Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke  masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita  tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia  hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.  Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya  pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan  niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya  mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.  Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa  kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak  kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita  tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah  pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah  memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang  sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong  adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.  Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini  kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat  syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami  insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....
