Friday, May 20, 2011

Save Malaysia! Stop Lynas!

Sedikit Info :

By The People's Green Coalition
There will be a solidarity walk from KLCC to the Australian Embassy on May 20th @ 2.30pm to hand in a memorandum  to stop Lynas from exporting hazardous materials to Malaysia.

Solidarity Walk

May 20, 2011
Friday 2.30pm

Meet at KLCC
Walk to the Australian Embassy

The Save Malaysia Stop Lynas Group will hand in a memorandum  to stop Lynas from exporting hazardous materials to Malaysia

Please come to support the people of Pahang to safeguard their health from pollution and radioactive waste!

Background Information 
An Australian rare earth company Lynas Corporation is constructing a refinery in an area closed to densely populated fishing communities and the city of Kuantan.
Local residents and environmentalists in Malaysia have since got together to stage a series of protest actions against the project which will leave behind a huge amount of radioactive wastes containing a cocktail of other hazardous substances.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch kat KLCC tadi aku nampak ramai umat manusia berkerumun depan bangunan Public Bank dan sepanjang jalan nak ke Embassy Of Austalia. Terfikir gak aku kenapa dorang berdiri berkumpul macam tu macam seolah-olah menyaksikan sesuatu sehingga menarik perhatian mereka untuk berkumpul. Dah seminggu rasanya aku tak baca paper. Entah. Takde hati nak baca paper la sepanjang minggu ni.

Oh ya, aku baru teringat masa nak ke KLCC tadi ramai polis berhimpun depan bangunan Embassy Of Austalia. Ingatkan ada perarakan diraja rupanya pasal hal ni. Yang paling best bila aku lalu sebelah lori FRU dorang jerit BERSIAP!! BERSIAP!! wahhhh macam menarik je untuk membuatkan aku stay lama nak tengok apa akan jadi lepas tu. Tapi apa kan daya, big bos aku call suruh aku buat satu keje untuk dia. Kacau daun betul la.



Sila klik gambar untuk melihat tulisan pada sepanduk yang dorang pegang tu. Gambar kedua, berderet-deret lori FRU ni. Adalah lebih 5 biji rasanya. Ni je ke gambar? Disebabkan kelalaian aku, aku terdelete gambar-gambar lain. Ni pun nasib baik terselamat sebab MMS kat en.tunang

Weekend Yang Sibuk

Salam semua. Hari ni aku nak cite mengenai weekend aku. Apa daa. Weekend belum lagi tapi sibuk nak cerita pasal weekend. Seperti yang korang tau, aku hanya ada lagi seminggu sebelum my big day itu bakal tiba. Ini bermakna, weekend ni adalah weekend yang terakhir untuk aku buat segala persiapan untuk majlis aku nanti.

Apa barang yang dah siap? Takde apa yang siap 100%. Semua masih dalam proses. Gila kan aku sebab lagi 8 hari je lagi apa pun tak siap lagi. Itu belum lagi gila sebab sampai hari ni aku tak sure baju pengantin aku dah siap ke belum. Huk huk huk. Tapi takpe, kalau niat kita betul, insyaallah Tuhan pasti akan membantu.

So aktiviti aku esok dan lusa adalah berjalan ke serata alam semata-mata nak membeli belah bagi mencukupi segala keperluan masa majlis aku nanti. Lokasi? Entah. Aku tak fikir lagi nak ke mana. Tengok la malam ni aku tido mana tau dapat ilham ke. Tapi destinasi aku ke nilai 3 esok, itu sudah pasti. Ada beberapa barang yang dah aku usha dari awal bulan haritu cuma tak berkesempatan nak beli sebab bala tentera aku 2 orang tu (mak dan adik pompuan) dah tak larat nak berjalan. Ni yang aku malas nak bawa dorang, tak bawa kang merajuk.

Apa pun aktiviti aku weekend nanti, akan aku update kemudian beserta dengan gambar. 

Wednesday, May 18, 2011

10 Masjid Terbesar Di Dunia

1. Masjidil Haram di Mekah


Masjid Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di seluruh dunia dimana di tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi arah kiblat solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih daripada 4 juta jemaah samada di dalam ruang masjid ataupun diluar. Masjid yang tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam selalu ada umat yang beribadah, baik mengerjakan solat mahupun melakukan tawaf (berjalan mengelilingi Kaabah). Masjidil Haram adalah masjid yang paling ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia dikala musim ibadah haji setiap tahun.


2. Masjid Al-Nabawi Madinah



Masjid Al-Nabawi Madinah Al Munawaroh
Siap umat Islam di dunia mungkin tidak mengenali masjid ini kerana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi orang muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di Yerusalem. Merupakan tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arab Saudi malahan di dunia juga.


3. Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran



Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran
Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Ridha, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah dan dikenal sebagai masjid terbesar ketiga di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, museum, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat, dan lain-lain bangunan.


4. Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia



Masjid Istiqlal Jakarta, Indonesia
Masjid yang dibangun di era lama di saat pemerintahan Presiden Soekarnao ini sehingga kini masih lagi digelar sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara, walau kebanyakan masjid-masjid baru mula muncul dan megah namun secara keseluruhan belum lagi boleh menandingi kebesaran Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia melepaskan diri dari belenggu penjajahan.
 

5. Masjid Hasan II Maroko


Masjid Hasan 2 Maroko
Masjid yang berada di Casablanca ini direka oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih daripada 200 meter, di mana menara tersebut menghadap terus ke Samudera Atlantik


6. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan

 

Masjid Faisal Islamabad Pakistan
Masjid Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menyandang pgelaran sebagai masjid terbesar di dunia daripada 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid kebangsaan Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribuan jemaah.


7. Masjid Badhshahi Lahore Pakistan


Masjid Badhshahi Lahore
Juga dikenali dengan nama lain iaitu Masjid Sultan, Masjid ini pernah menjadi masjid terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti sehingga 100 ribu atau lehih dan berada betul-betul di tengah kota Lahore Pakistan.


8. Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA


Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi
Nama masjid diambil sempena nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mula digunakan oleh penduduknya pada tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA tersebut.


9. Masjid Jami” Delhi India


Masjid Jama" Delhi Lama India
Masjid yang berada di kota lama India Delhi ini merupakan masjid lama di India, masjid yang dibina di prakarsai oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibina pada tahun 1656 Masehi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat bukan sahaja memenuhi seluruh ruang di dalam masjid bahkan di luar masjid.


10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh


Masjid Al-Mukkaram Bangladesh
Masjid ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhakka, masjid yang selalu penuh sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan, masjid ini dibina sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu umat, namun dalam perkembangannya ditambahkan menjadi 40 ribu umat  dalam satu masa.


Kredit kepada : KLIK SINI
Nota kaki : Ada beberapa ayat yang terpaksa diedit mengikut kesesuaian.

Monday, May 16, 2011

Penyimbahan Asid : Kaum Wanita Sila Ambil Perhatian!!

Salam semua. Owhhh sedihnya bila minggu lepas blogspot mengalami masalah teknikal. Yang paling sedih bila latest entry aku pun hilang. Haiyakkkkk tapi takpe semua dah kembali normal. Mari berblogging walaupun update entry merepek meraban. Yang penting hati mau happy.

Rasanya semua orang tau mengenai info yang ingin aku kongsi kan bersama korang. Apa lagi yang sedang hangat diperkatakan kalau bukan pasal PENYIMBAHAN ASID sekitar LEMBAH KLANG.


Currently, in KL areas like Brickfields, Jln Bukit Bintang, Jln Pudu, Bangsar, there r 2 Indian men on a motorbike, likely to be crazy throw acid onto pretty girls. So far 20 ladies already splashed with acid. Beware and inform all yr female frens or loved. Attention to all females! If you're a guy, be aware to and let your girl friends know about this too.Beware of "acid man"!
 Lokasi yang telah dikenalpasti berlakunya kes simbah cecair kimia | Sasaran utama, wanita dan pelajar sekolah (perempuan) | Gambar ihsan oleh The Star |

NOTA: Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.
Salah seorang dari mangsa penyimbahan asid secara rambang, tumpang simpati pada mangsa. 

Inilah botol asid yang dikatakan digunakan oleh penyimbah asid. Aci tak kalau aku cakap bila dapat tangkap je dorang berdua, mari kita pakat-pakat simbah asid kat muka dorang pulak. Biar dorang rasa betapa seksanya mangsa-mangsa kekejaman dorang
Pening la pihak polis dengan bermacam-macam jenayah di Malaysia. Kepada kaum hawa di Malaysia, berhati-hati la ketika berjalan terutama yang berjalan bersedirian. Dah la kita kaum wanita terdedah dengan gejala ragut dan rogol, tak habis dengan tu terdedah pula dengan penyimbahan asid secara rambang. Rakyat kita ni dah semakin kurang sifat perikemanusiaan. Hopefully pihak polis dapat mencegah gejala ni dengan segera. Risau juga aku kalau terjadi perkara-perkara yang tak diingini. Nauzubillah min zalik. Pada yang lain, jaga diri korang occay.
Credit to : KLIK SINI